Nuffnang

KISAH BENAR - Catitan Blogger AAKJ Sepanjang Membuat Liputan Ops Daulat Di Lahad Datu!!!



Amat berat kaki nak melangkah keluar dari 'war zone'..amta berat rasanya hati nak tinggalkan "medan juang"..hiba..sayu bila kenangkan wira negara terus berjuang tanpa henti menghapuskan pengganas Kiram III yang datang tanpa d undang..datang kononnya nak ambil balik Sabah..datang tanpa fikir dengan waras bahawa mereka datang untuk d kuburkan d sini !! 

Sepanjang aakj d Lahad Datu..d pusat media..banyak pengalaman aakj timba..banyak juga yang aakj lalui..hati budi orang sini..hati budi Anggota Keselamatan..samada Polis, Tentera maupun Polis Bantuan Felda..semuanya bergerak d bawah satu bumbung..OPS DAULAT !! Selamatkan Tanah yang berdaulat ini..

Walau jadual harian d atur sendiri..namun kerjasama semua pihak..tak lupa warga Felda Sahabat dan warga Semporna..kerja aakj "smooth and steady"..hilang rasa gementar..hilang sikit rasa rindu pada anak isteri..

Kedatangan aakj ke sini atas jemputan sahabat Sabah...datang atas dasar rasa tanggungjawab agar seluruh rakyat Malaysia mendapat berita secepat yang boleh..sama seperti media arus perdana yang lain..berita krisis amat penting d sebarkan agar rakyat tidak keliru dengan mainan 'dalang' yang cuba politikkan apa yang terjadi d sini..

Kata orang..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..inilah keadaan d sini..kalau d tengok raut wajah warga Lahad Datu dan Semporna..jelas kelihatan..mereka trauma dengan apa yang terjadi..bohonglah kalau mereka tidak trauma..itulah keluhan sahabat aakj yang sepanjang masa bersama ke lapangan mencari berita untuk d paparkan kepada seluruh rakyat Malaysia..

Sudah menjadi adat..sampai masa pertemuan ini akan ada penghujungnya..aakj terpaksa pulang juga..terpaksa tinggalkan sejuta memori yang tak pernah terbayang dalam hidup aakj bahawa diri ini juga pernah hadir d peristiwa yang menjadi sejarah negara..




Rasa longlai juga tadi semasa nak naik pesawat untuk tinggalkan daerah yang warganya amat baik sekali..malah aakj selalu tulis d Facebook..bahawa Orang Sabah Baik-Baik..ini bukan retorik..ini kenyataan..kerana terlalu baiklah maka mereka d tipu oleh pengganas Tausug yang datang kononnya nak menumpang tuah mencari rezeki d bumu Felda Sahabat ..

Baik sehingga penyamaran puak kera Tausug ini tidak dapat d baca langsung oleh warga Felda Sahabat..ada yang menyamar jadi pekerja ladang..tukang rumah dan berniaga kecil-kecilan..malah yang amat mendukacitakan mereka..ada yang menyamar menjadi Imam selama bertahun tahun..akhirnya sanggup menyarung seragam pengganas dan membunuh rakyat Malaysia..anggota keselamatan gugur syahid..

Itulah tahap kebaikan yang Sabahan ada..terlalu percaya pendatang..mereka amat berduka..sanggup..kita bagi makan..mereka balas racun..


Di kesempatan ini..aakj ucapkan jutaan terima kasih pada semua Sahabat Sabah yang bersam aakj..bantuan anda selama aakj berada d sana hanya Allah jua yang mampu balas..




Kepada warga Felda Sahabat..aakj doakan anda semua d lindungi Allah swt..

Kepada warga wira negara..aakj ucapkan terima kasih kerana sudi bantu aakj..Allah akan lindungi anda semua..yakinlah !

Kepada warga media yang masih berada d sana..aakj ucapkan jutaan terima kasih juga kerana ilmu yang aakj timba selama bersama..maklumlah aakj bukan lepasan media..


Kepada rakyat Malaysia..doakanlah keselamatan dan kesejahteraan mereka semua...aminnn


Ada rezki..aakj berjanji akan ke sana lagi...

-BB : BUKAN SEMUA BLOGGER YANG HIDUP DENGAN MENYEBAR FITNAH, TETAPI TIDAK RAMAI YANG BERANI MATI UNTUK MEMBONGKAR KEBENARAN!! SYABAS AAKJ!!! ANDA MENGANGKAT MARTABAT BLOGGER DI KACAA MATA MASYARAKAT. TABIK SPRING KEPADAMU.

- SUMBER
read more...

EKSKLUSIF!!! Terkini Gambar 6 Pengganas dan 2 Talibarut Sulu Tersebar


Gambar 1


Ini rasanya gambar terkini yang berjaya diperolehi menunjukkan 6 orang dipercayai pengganas Sulu dan 2 lagi talibarut mereka. Gambar ini mungkin diambil sebelum Ops Daulat dilancarkan oleh pasukan keselamatan kita iaitu sebelum 1 Mac yang lalu.


Cuba bandingkan lelaki berkaca mata hitam di atas dengan yang di bawah ini.



Gambar 2


Dan bandingkan juga lelaki berkerubung merah pada Gambar 1 dengan lelaki berkerubung di bawah ini.



Gambar 3


Dan di bawah ini antara gambar-gambar pengganas yang telah tersebar sebelum ini.



Gambar 4



Gambar 5



Gambar 6



Gambar 7
read more...

THE UNREPORTED NEWS!!! KRISIS PENCEROBOHAN DAPAT DITANGANI LEBIH AWAL SEKIRANYA......



LAHAD DATU - "Lihat apa yang telah terjadi sekarang. Ternyata apa yang saya dan rakan-rakan risaukan sebelum ini ada asasnya. Keamanan kami dirampas malah ada rakan memberitahu rumah mereka dibakar pengganas militan" 

Kerisauan beberapa penduduk Kampung Tanjung Labian dengan kehadiran sekumpulan 'orang asing' yang mendirikan rumah secara haram di pinggir hutan berhampiran nyata berasas.

Tindakan mereka melaporkan kehadiran 'orang asing' itu kepada ketua kampung Mahmud Mallang, 72, pada 27 Februari lepas, bagaimanapun ditempelak sesetengah penduduk yang kononnya tidak mahu berprasangka buruk.





"Kalau dahulu kita semua bersatu hati melaporkan kepada pihak berkuasa, sudah tentu keadaan tidak akan jadi seperti ini," kata Idris Abdul Kahal, 49, dalam nada kesal kepada Bernama, di sini.

Mengimbau kembali kejadian serangan militan pada 1 Mac lepas, Idris yang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang, berkata mereka dipaksa pengganas supaya segera meninggalkan kampung itu.

"Mereka bercakap dalam bahasa Suluk meminta semua orang kampung lari dengan segera jika tidak mahu diapa-apakan. Saya hanya sempat mengambil dokumen peribadi dan melarikan diri bersama penduduk kampung lain ke dalam ladang kelapa sawit.

"Suara pengganas sangat parau menyebabkan kami takut mendengarnya. Waktu melarikan diri, kami juga tidak tahu ke mana kami hendak lari dan hanya berserah kepada Allah dan lepas empat jam berjalan, kami tiba di Lok Buani," katanya.

Idris yang kini ditempatkan di Dewan Fajar Harapan, sebuah pusat penempatan sementara, berkata ekoran serangan pengganas militan itu, anak keduanya berumur 8 tahun, sering meracau dalam tidur berkemungkinan gangguan emosi. 

Katanya keadaan anaknya kini semakin pulih setelah melalui proses pemulihan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan dua anaknya yang beradad di tingkatan dua dan lima masih enggan ke sekolah kerana takut.

"Perkara ini sangat menyusahkan dan saya rasa seperti tidak mahu balik lagi ke Tanjung Labian kerana saya takut jika pengganas akan kembali semula," katanya yang menganggarkan mengalami kerugian hasil tanaman sawit, ternakan dan buah-buahan kira-kira RM10,000.

Penduduk Tanjung Labian keseluruhannya 3,500 orang merupakan antara penduduk yang dipindahkan selepas kampung itu diklasifikasi sebagai zon merah dalam Operasi Daulat susulan pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, sejak 12 Februari lepas. 

Halimah Naukan, 48, pula berkata, beliau dimaklumkan rakan bahawa rumahnya yang berdekatan Tanjung Batu dibakar pengganas militan itu. 

"Saya amat marah dan kecewa. Mereka (pengganas) ini semua bersifat binatang, langsung tidak memikirkan bagaimana kami mahu hidup semula selepas ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

"Saya dengar haiwan ternakan pun mereka ambil. Mereka langsung tiada belas kasihan dan sepatutnya mereka ini mati. Inilah hukuman yang patut mereka terima," katanya sambil menitiskan air mata. - Bernama
read more...

EKSKLUSIF!! INILAH WAJAH KOMANDER YANG DITAHAN.




Lagi gambar di PAGE FB BELIA BANGKIT

Tq AAKJ
read more...

BERITA PENUH PENAHANAN KOMANDER SULU DAN TALIBARUT DALAM OPS DAULAT








LAHAD DATU, 23 Mac 2013 - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.


"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.


"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini.


Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.


Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.


Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.


Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.


Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.


"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.


Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.


Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.


Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.


-- BERNAMA
read more...

UPDATE!!! KOMANDER KIRAM III BERJAYA DITAHAN BERSAMA ISTERI DAN "TALIBARUT!!!!!!!








Operasi awal pagi semalam berjaya menahan Komander Kiram III bersama dengan isterinya..tiada nyawa terkorban..


Yang mengejutkan "Local Coordinator"..talibarut juga turut d tangkap..




Berita lanjut bakal menyusul...Timbalan Ketua Polis Negara, menggesa agar penduduk Felda Kencana Sakti agar pulang ke rumah masing-masing..isyaAllah tiada apa yang perlu d bimbangkan kerana Felda Kencana Sakti da "clear" katanya...

* Talibarut tersebut yang menyediakan dan mengatur segala keperluan makan minum pengganas semenjak pendaratan mereka ditahan lewat tgh malam tadi. (Kg. Tungku)

** Komander pengganas dan isteri ditahan awal pagi tadi (1.30 pagi - di Kawasan Paya berdekatan Semporna)

*** Komander - Bertaraf Menteri Pertahanan Sulu

read more...

VIDEO Rakyat Malaysia MENGAKU Seludup Keluar Pengganas Dipercayai Azzimudie Ke Filipina!!!!



Seorang lelaki yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang menurut laporan akhbar online, ABN News.





** Sekiranya tidak dapat melihat video di atas, anda boleh terus ke link youtube ini : http://youtu.be/MbwZIQMxyxo


BERITA PENUH, KLIK SINI
read more...

ANGGOTA BERTUGAS DALAM OPERASI DAULAT DIPERTIMBANG KENAIKAN PANGKAT

Kuala Lumpur, 22 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan kenaikan pangkat untuk anggota yang bertugas dalam Operasi Daulat di Sabah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.





Namun, katanya keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diputuskan setelah insiden pencerobohan itu selesai.

"Kenaikan pangkat adalah berpandukan undang-undang yang ada, iaitu mengikut perkiraan tahun perkhidmatan, selain ada perkara lain yang perlu dilihat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail menyelar kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh yang menuduh PDRM menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

"Sekarang ni kita sedang menghadapi satu situasi yang mencabar dan saya tidak ada masa untuk mendengar tuduhan seperti itu dan tidak mahu menjawab," katanya.

Ismail juga memberi amaran tegas supaya soal keselamatan tidak dipolitikkan dengan dakwaan tidak berasas.

Minggu lepas sebuah portal berita melaporkan Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya operasi menghapuskan pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna dihentikan.

Laporan mengenai dakwaan tindakan polis mengambil kad pengenalan dan dokumen Imigresen mereka itu dibuat beberapa pemimpin Suluk kepada Harris. - BERNAMA
read more...

MUTAKHIR!!! Kg Tanduo 100% "DIAMBIL-ALIH" ATM. Tahniah PERWIRA!!!

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa".






Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.


"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan" di kawasan itu selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.


Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.


Beliau berkata, sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.


Katanya, apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.


Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.


Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

read more...

ANWAR Bertanding Di Perak, Tidak Di Permatang Pauh. Ini Sebabnya




Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja. 

Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya. 

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara.

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada kuasa yang jauh lebih besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya.

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.

Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU. 




Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau biseksualnya.

Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.

Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan integriti wakilnya.

Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini.

Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk mengundinya. Pandangan penulis, mungkin lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan Sultan Sulu tanpa bertanding.



read more...

HINA POLIS Oleh Mahasiswa. CHITT!!! Mahasewel Ada Laa....





Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Siap Buat Muka Bangga Lagi Tu... Hish!!!!


Tatkala seluruh rakyat Malaysia begitu menyanjung perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan kita ketika ini, budak-budak mahasiswa (bagi gua, mahasewel) ni menyumpah seranah pihak PDRM yang menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam.

Kira-kira pukul 4 petang tadi, tiga orang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) ditahan polis kerana berdemonstrasi berkhemah di pintu masuk bangunan Angkasapuri yang menempatkan stesen televisyen dan radio RTM. 

Antara mahasiswa yang ditahan termasuklah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, rakannya Muqit dan Akram Ahmar manakala tiada mahasiswi yang dikenakan tindakan sama.

Mereka berhimpun di hadapan Angkasapuri sebagai menuntut agar pihak mereka dibenarkan mengadakan debat terbuka dengan perdana menteri.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mahasiswa yang berdemonstrasi memacakkan khemah di tepi pejalan kaki sebagai tanda akan terus berada di pintu masuk bangunan berkenaan.

Wakil ketua pengarah penyiaran, Norhyati Ismail telah turun menerima memorandum dan berbincang dengan kumpulan mahasiswa terbabit.






Ketibaan pasukan keselamatan telah disambut dengan kata-kata keji dan mencabar polis. Walaupun telah diberi nasihat supaya beredar, mereka tetap tidak berganjak.

BB : Tak Payah Cakap Banyak, Hantar Jer Diorang Bertiga Ni Ker Lahad Datu. Nak debat kan?? Pergi la debat dengan pengganas Sulu tu dulu. Tak habis2 mendatangkan masalah!!!
read more...

SAYA BERAZAM UNTUK KEMBALI KE OPS DAULAT - L/KPL MOHD ZARIMAN

Kota Baharu, 22 Mac - "Saya berazam untuk kembali ke kawasan Operasi Daulat selepas sembuh nanti," kata L/Kpl Mohd Zariman Ibrahim yang cedera ketika bertempur dengan militan dari selatan Filipina di Sungai Nyamuk di Lahad Datu, Sabah 10 Mac lepas.

Mohd Zariman, 31, dari Batalion ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dari Sabah pada 4 petang tadi.






Ketibaan beliau yang diiringi bapa, Ibrahim Abdullah, 55, dan ibu, Noraini Mohamad, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira 500 orang yang memenuhi kawasan lapangan terbang itu sambil lagu patriotik dimainkan pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Mohd Zariman yang dibawa dengan kerusi roda turut diiringi beberapa rakan sepasukannya yang diketuai Pegawai Pemerintah Batalion itu Supt Syar'ie Saari dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Mohd Zariman berkata kejadian serangan hendap musuh seawal 3 pagi itu, turut menyebabkan seorang rakannya cedera.

Beliau yang berpangkalan di Kem PGA Miri, Sarawak lebih dua tahun lepas cedera parah terkena serpihan peluru di paha dan kaki kanan, akan menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

"Kecederaan yang saya alami semasa bertugas itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara," kata anggota polis yang masih bujang itu.

Sementara itu ibu Mohd Zariman berkata beliau akan mengadakan majlis kesyukuran untuk anaknya itu esok. - BERNAMA
read more...

RM200 Ribu Buat Perwira Yang Terkorban

KOTA BHARU - Kerajaan Sabah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 masing-masing kepada keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dua wira negara yang terkorban dalam Ops Daulat di Sabah.

Cek sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu majlis ringkas di Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa (8 Bridged) di sini hari ini.





Allahyarham Ahmad Hurairah diwakili ibu bapa beliau, Ismail Hussin, 55, dan Rohaya Mamat, 50, manakala pasangan Roslan Hassan, 49, dan Roslawati Ghani, 44, mewakili anak mereka, Allahyarham Ahmad Farhan.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Datuk Mohd. Abdul Ghani dan Ketua Staf 8 Bridged, Leftenan Kolonel Mohd. Zaki Abu.

Sukarti berkata, selain wang tunai, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut memberikan sekeping surat kepada kedua-dua keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat Sabah dan penghormatan terhadap pengorban setiap perajurit. - UTUSAN
read more...

VIDEO : Kalau dah Gengster Tu, Gengster Jugak - GANGSTER PARKING



Kasi Release Skit... Jom Ushar




read more...

2 Demo Cina Dan Melayu Bertembung!!! Penang Kecoh Beb

Hari ini selepas solat Jumaat 2 demo bertembung di Komtar.Gabungan NGO Islam Pulau Pinang telah membuat bantahan mengenai keceluparan Lim Guan Eng yang menuntut agar nama Allah digunakan didalam Kitab Bible.200 orang daripada NGO Gabungan Islam berarak dari Masjid Simpang 6 sebaik saja selesai bersolat Jumaat dan terus ke Bangunan Komtar.






Satu kumpulan lagi yang disertai lebih 150 orang berbangsa Cina dan India iaitu NGO 1Malaysia Brothers pula menyuarakan protes kerana Lim Guan Eng tidak menunaikan janji manifesto.Mereka turut mendesak Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang memberi penjelasan mengenai projek terowong dasar laut bernilai 6.3billion.



Mereka juga mendesak agar DAP menghentikan kegiatan cybertrooper DAP yang membuat ugutan keganasan,gengsterism dan ugutan ganguan seksual.Mereka juga menuntut agar regim DAP memberi penjelasan dimana lokasi dan unit rumah murah yang didakwa kerajaan negeri DAP pernah bina.
Mereka menuntut pendirian Lim Guan Eng mengenai Lynas sedangkan Anwar Ibrahim berjanji operasi kilang Lynas di Gebeng Kuantan boleh diteruskan.
Mereka juga mempersoalkan kenapa rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang perlu mendapat kebenaran Lim Guan Eng untuk mengunakan nama “Penang” !




Berita Penuh. KLIK SINI

read more...

KPN YAKIN STRATEGI JANGKA PENDEK DAN PANJANG JAMIN KESELAMATAN SABAH

"Kita percaya musuh sekarang tertekan kerana ramai rakan mereka telah ditahan dan ada yang kini didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri/Komander dan Komandan di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Pengukuhan kehadiran anggota keselamatan secara berterusan di kawasan yang terlibat dengan aktiviti pengganas dan penubuhan kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah, akan dapat mengekalkan keselamatan di Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kedua-dua strategi jangka pendek dan jangka panjang itu dapat menyekat kemasukan pengganas yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan Sabah pada masa-masa akan datang.





Isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ialah antara isu yang dibincangkan pada persidangan itu selain mengenai persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ismail berkata anggota keselamatan telah menambah baik persiapan awal PRU13 dan kini bersedia untuk mengawal keselamatan sepanjang PRU.

"Orang ramai mempunyai peranan yang sangat penting, jadi mereka diminta bersikap rasional dan jangan bertindak seperti negara kita tiada undang-undang," katanya. 

Terdahulu beliau menerima sumbangan berjumlah RM354,782 daripada 10 penyumbang meliputi badan bukan kerajaan dan sektor korporat antaranya Bank Islam, Adabi Consumer Industries serta Persatuan Polis Agama Buddha.

Sumbangan itu akan diagihkan kepada lima penerima iaitu Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, Balai Polis Lahad Datu, Balai Polis Tungku Lahad Datu, Balai Polis Cenderawasih dan Komtek Felda Sahabat 16 Lahad Datu. - BERNAMA
read more...

Surirumah Ditawan Pengganas, Tiada Petunjuk Kaitkan Dengan Pengganas - PDRM

Lahad Datu, 22 Mac - Polis meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin berhubung insiden seorang suri rumah yang mendakwa ditawan empat pengganas lebih dua jam di rumahnya di Kembara Sakti, Felda Sahabat 43 di sini, petang semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata selain tiada petunjuk jelas, siasatan awal yang dilakukan juga mendapati wujud keraguan untuk mengaitkan insiden pada 2 petang itu dengan militan pengganas seperti dakwaan suri rumah terbabit.



Gambar Hiasan


"Memang ada kejadian di kampung itu dan walaupun polis meragui dakwaan itu kami tetap melakukan siasatan dan sehingga kini tiada petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pengganas," katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang suri rumah yang bersendirian dilapor didatangi empat pengganas yang bertindak mengikat kedua-dua kaki dan tangan mangsa. Wanita itu dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

Sambil menafikan bahawa ada tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, Tan berkata khabar angin berkenaan mencetuskan suasana panik dan mendorong penduduk bertindak melarikan diri dan bersembunyi di masjid berdekatan. 

Beliau berkata berikutan itu, beberapa anggota keselamatan ditempatkan di kampung berkenaan bagi memastikan penduduk berasa selamat dan selesa untuk meneruskan aktiviti harian masing-masing.

Mengenai kerja-kerja penilaian di Kampung Tanduo, beliau berkata keputusan berhubung penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negeri akan diumum selepas laporan lengkap mengenai kerosakan dan jumlah pampasan yang akan diterima mangsa dibentang kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selewat-lewatnya minggu depan.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Tan berkata dua daripada 285 individu yang ditangkap masing-masing ditahan mengikut Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Pendaftaran Negara, manakala selebihnya mengikut Akta Imigresen.

"Jumlah yang ditahan mengikut Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)) kekal 108 orang, manakala bilangan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera juga masing-masing kekal 10 orang," katanya dan memberitahu bahawa operasi pembersihan dan penggeledahan di Kampung Tanjung Batu masih diteruskan.

- BERNAMA
read more...

EKSKLUSIF. : Inilah Surau Lokasi Pertama Pendaratan Pengganas Sulu


Surau yang anda lihat ini terletak berhampiran Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah
Untuk pengetahuan anda, difahamkan di sinilah para pengganas militan Sulu mendarat di hari pertama insiden pencerobohan itu.




Mereka telah menggunakan surau ini untuk berehat dan pada masa yang sama dipercayai merancang strategi dalam usaha menawan kawasan tersebut.
Ketika ini kampung itu telah dibersihkan daripada pengganas berkenaan tetapi penduduk masih lagi belum dibenarkan untuk kembali ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Sekali lagi agama telah diperalatkan untuk kepentingan peribadi, surau yang sepatutnya menjadi medium untuk beribadat dan menyebarkan dakwah telah disalahgunakan untuk tujuan menyerang  dan membunuh mereka yang tidak berdosa.
Hasil risikan keselamatan juga mengesahkan ada di antara pengganas yang menyamar sebagai jemaah tabligh untuk menjalankan aktiviti subversif mereka seperti mana dalam insiden di Kampung Senalang Lama, Semporna.
Ternyata demi matlamat untuk menjayakan nafsu rakus pemimpin mereka, Jamalul Kiram III, para pengikutnya telah MENGHALALKAN segala cara termasuk menggunakan rumah Allah seperti yang dilihat dalam gambar di atas.
Surau di Kampung Tanduo ini kini rosak akibat pertempuran puak pengganas ini dengan pasukan keselamatan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui secara eksklusif oleh Mynewshub.my menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku sewaktu tinjauannya ke kawasan tersebut petang tadi.
” Sayang sekali…kawasan kampung itu sangat cantik dan indah, tetapi disebabkan kerakusan puak penceroboh ini, segalanya telah musnah,” katanya.
Apalagi nak dikata… – Mynewshub.my

read more...

KAPAL SELAM BERJAYA LANCAR EXOCET SM-39


Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi Blok 2 ke permukaan air di kawasan Laut China Selatan pada Isnin lalu.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer.




Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi Isnin sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan. 

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika, katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu. 

Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telah membuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan. 

Beliau, yang turut hadir menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika. 

Katanya, misil Exocet SM39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancis pada 2008, merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter. 

KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion.

Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. 

KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009 manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu. 

- Bernama

LAGI GAMBAR MISSILE DILEPASKAN. KLIK SINI
read more...

NAMA DUA WIRA TERKORBAN AKAN DIABADIKAN PADA NAMA JALAN

Besut, 21 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengabadikan nama dua perwira negara berasal dari negeri ini yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada nama jalan.




Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan mereka iaitu ASP Zulkifli Mamat dan ACP Ibrahim Lebar. 


"Kami akan menamakan jalan di tempat kelahiran mereka sebagai tanda peringatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM50,000 masing-masing kepada keluarga kedua-dua perajurit itu di Kampung Kubang Ikan dan Jabi, Jerteh di sini hari ini.




Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga menawarkan pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada kedua-dua anak Allahyarham Ibrahim yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat. 


Balu Allahyarham Ibrahim, Rosiah Dahlan, 40, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah banyak membantu keluarganya. 


"Saya sangat bersyukur kerana kerajaan negeri banyak membantu dan wang sumbangan tersebut akan saya gunakan untuk merealisasikan impian arwah yang ingin melihat ketiga-tiga anak saya berjaya.


"Sumbangan ini sangat bermakna untuk kami harungi kehidupan selepas kehilangan ketua keluarga yang menjadi tempat kami berteduh," katanya. 


Ibu Allahyarham Zulkifli, Khatijah Ismail, 62, menerima sumbangan mewakili menantunya Noraziah Noor, 30, yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat. 


"Saya akan serahkan wang ini kepada isteri arwah, terpulang kepadanya sama ada untuk dibuat upah haji atau untuk kegunaan pelajaran anak-anak," katanya selepas menerima sumbangan daripada menteri besar. - BERNAMA
read more...

Felda Kembara Sakti Diceroboh - Detik Cemas Wanita Ditawan Pengganas




Berpuluh-puluh penduduk di Kampung Kembara Sakti, Felda Sahabat 42 dekat sini semalam bertempiaran lari selepas kampung mereka didatangi empat lelaki bersenjata api dipercayai saki-baki kepada kumpulan pengganas Sulu.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam kemudian memasuki rumah seorang penduduk di situ dan menjadikan tuan rumah berkenaan sebagai tawanan.
Satu sumber memberitahu, tuan rumah berkenaan membabitkan seorang wanita yang semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah tersebut.

Tuan rumah itu diikat kedua-dua belah kaki dan tangan sebelum mangsa turut diugut bunuh jika melawan atau membuat bising. Selepas itu, kumpulan pengganas terbabit masuk ke dapur dan sibuk mencari makanan kerana dipercayai terlalu lapar.

Tuan rumah yang menyedari kumpulan empat lelaki itu terlalu sibuk mencari makanan di dapur mengambil peluang melepaskan diri.

- Kosmo
read more...

STATUS TERKINI NKRA: #Transformasi @NajibRazak #1Malaysia



Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/Umno. Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.


Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam, adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat.


Ia selari dengan tema kerajaan 'Janji Ditepati' sekaligus menepati slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Berbeza dengan pembangkang melalui 'Manifesto bukan Janji' yang hanya mampu memberikan impian ‘bulan dan bintang’ namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga.




Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 semalam membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. Semua maklumat dikaji, dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih.


Lebih menarik lagi ialah, ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu  boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012.


Tambah membanggakan, kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Malam kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.


Bukan setakat itu sahaja, sepanjang menerajui pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.


Walaupun pakatan pembangkan sering mengatakan, kononnya kerajaan BN/Umno rasuah, tidak selamat dan sebagainya, namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web MACC.


Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.


Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat. 
read more...

Eiiii!!! MEREMANG Bulu Roma - Wajah PENGGANAS Wanita Yang Ditahan

Eiii....Meremang bulu ROMA satu badan nak buat posting ni. Eksklusif buat pembaca, inilah wajah pengganas wanita yang ditahan oleh pasukan keselamatan kita.





Dan semasa ditahan, wanita ini memiliki Senjata "sniper" bersamanya.

Info yang diterima mengatakan sebelum diserbu, rumah tempat persembunyiannya (sebetulnya macam pondok jer)  ini telah dihujani peluru.





Tetapi lihatlah sendiri keadaannya dalam gambar  ini walaupun rumah itu dah hampir roboh. Tak tahu nak cakap apa lagi. Yang paling tak dapat diterima, wanita ini masih dapat tersenyum (Sinis).

Wallahu 'alam

MAAF, kalau tak boleh upload gambar di sini, mohon pergi ke page BB, di link di bawah ini.

Entah kenapa masalahnya.

http://www.facebook.com/pages/Belia-Bangkit/334688036648319?ref=hl


read more...

JOM Kenali "ADNAN" Kereta Perisai Milik Kita


Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terutama mereka yang berpeluang berkhidmat mengendalikannya. Kor Amor DiRaja diamanahkan menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan yang dilesenkan pengeluarannya oleh FNSS dan dipasang oleh Deftech di Pekan.




 Kereta Kebal ACV-300S Adnan

 

Spesifikasi



Sejarah ACV-300S Adnan

ACV-300 asalnya dibangunkan oleh FNSS bagi memenuhi kehendak angkatan tentera Turki. Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawa dengan jarak yang lebih jauh. 


Kenderaan ini adalah amphibi sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi dan kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap. Sebanyak 1,698 (tambahan 665 unit) telah dimiliki oleh Turki dan Emiriyah Arab Bersatu telah menerima sebanyak 136 unit. Malaysia pula telah memesan dan menerima sebanyak 211 unit (tambahan 48 unit) ACV-300 dalam pelbagai versi.


Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik syarikat tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.





Kereta Kebal ACV-300S Adnan setiba di Lahad Datu, Sabah di sambut meriah rakyat tempatan


ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.


ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.

-  SUMBER
read more...

Apakah Video Ini Dapat Membuktikan Dalang @ Jalang Di Lahad Datu??.. #TanyaSamaBangNon




Hadoiii... Tak Payah Nak Kecoh-kecoh La... senang aje ni. So SIMPLE. Minta DS Anwar Jawab Jer Apa Maksud Video Ni. Kan Senang. Selesai....





Jikalau sebelum ini Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali dikaitkan dengan pelbagai agen. Dikaitkan sebagai “Agen CIA, Agen Yahudi, agen Kristian, agen India, agen Israel, agen Amerika, agen Cina“.

Krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah juga dikatakan ada kaitan dengan Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai “agen Sulu”…..Anwar Ibrahim adalah penyebabnya 





Kalau Betul semua tuduhan ini, BB harap pihak berkuasa kita dapat bekerjasama dengan pihak Filipina untuk mendakwa DS di Mahkamah!!!

Bab Kedaulatan Negara bagi BB bukan alat permainan!!!! Tak kira sesiapa pun!!!!
read more...

Saya Disuruh Dan Diupah Oleh Seseorang - Pengganas Kiram




TAWAU 21 Mac – Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu, Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan straight jacket seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan nothing to say (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. 

– BERNAMA



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top