Nuffnang

EKSKLUSIF !!! Bohong La Kalau Kami Tak Trauma, Tapi Mahu Kekal Di Sini!!!!! - 18 Pejuang Negara Yang Terkepung Di Lahad Datu!!!

Hiba hati aakj bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita..pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan lahanat pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah.



Blogger AAKJ di Kg. Simunul. BB TABIK SPRING SAMA LU!!!


Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang d hadapi oleh 18 orang anggota polis yang d kepung lebih dari 20 jam..mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera..ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah..lebih hiba bila ada yang jaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.

Aakj mengambil kesempatan menemubual sendiri anggota polis yang terlibat dalam peristiwa getir itu. Sambil bercerita, aakj lihat airmata sayu mula bergenang d mata anggota polis yang terlibat pada kejadian tersebut.

Sekali sekala aakj melihat anggota polis tersebut menggenggam erat senjata yang d bawanya..geram juga katanya..malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..

Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya d tembak dari arah sisi..melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah d tetak hampir putus kedua tangannya..tetakan d kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang..

Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam suram malam..makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya..'lambat lagikah bantuan tiba..?"

"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aakj..menurut beliau..siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama..TRAUMA..apalagi kami bertugas d balai ini sudah lama dan masyarakat d sini mengenal kami.samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami..

Aakj melihat sendiri semasa aakj mengikuti program Polis memberi penerangan kepada orang kampung

Aakj lihat mereka semuanya bertopeng semasa mengawal keselamatan penduduk dan OCPD ketika ceramah d jalankan semalam..Bila d tanya kenapa memakai topeng muka..beliau menjawab, mereka perlu lindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut d mana saja mereka berada..bimbang juga berada d khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...

Malah menurut beliau, ada d antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu..

Tambahnya lagi..kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera..kami dengar ada guru-guru d beri kaunseling supaya hilang trauma mereka..kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..

"Kami akan kekal d sini..kami takkan berganjak maupun di tukarkan.."

"Kalau boleh kami 18 orang ini d beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."

Saat itu aakj berjanji dengan anggota yang terlibat..insyaAllah kiranya aakj kembali ke Lahad Datu, kembali ke pusat Media maka aakj akan sampaikan hasrat ikhlas ini..

Alhamdulillah..semalam aakj dapat bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negara, ketika itu Tan Sri Khalid baru saja tiba ke Pusat Media Felda Residence..aakj terus sampaikan hasrat anggota polis yang terlibat dalam tragedi Simunul, Semporna..

"InsyaAllah..good idea..terima kasih..kita akan ambil perhatian serius.."

spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap yang amat tinggi..

Kepada Abang-Abang Wira Simunul..semoga anda semua baca apa yang aakj tulis ini..Aakj doakan anda semua d tenangkan hati oleh Allah swt..

Kepada Tan Sri..aakj ucapkan terima kasih kerana perihatin kepada semua anggota polis d bawah Tan Sri..

Kepada Rakyat Sabah..anda orang baik-baik..berilah kerjasama yang sebaiknya kepada mereka..ada d antara anggota polis bukan orang Sabah..tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua..

Kepada Rakyat Malaysia..janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera..mereka semua ke sana dengan satu tujuan..pertahankan kedaulatan negara kita !

Kalau ada pihak yang ingin lancarkan tabung mengenang budi dan jasa mereka..aakj ucapkan terima kasih..


BANYAK LAGI BERITA-BERITA EKSKLUSIF DARI "BLOGGER BERANI MATI AAKJ" YANG BERADA DI LAHAD DATU . KLIK SINI


BB : SIAPA KATA SEMUA BLOGGER PENIPU, TIDAK BERETIKA DAN TIDAK BERINTERGRITI
Share this article

2 Komen:

  1. Tulisan ni tak cool, sila baiki nampak terlalu lurus

    BalasPadam
  2. Nama saya mrs iman i
    adalah dalam hubungan untuk 3thn dengan seorang budak lelaki i percaya
    menyayangi saya lebih daripada apa-apa dalam perkara di dunia
    selepas beberapa ketika i perasan beberapa perubahan dalam perkara-perkara
    yang dia lakukan , dia mula bengkeng
    tentang mereka jadi saya tahu beberapa perkara yang salah saya cuba
    untuk sila kepadanya dalam beberapa adalah tetapi belum ada
    hasil. lama i perasan dia melihat gadis lain
    i cuba untuk membuat dia faham bahawa saya sayangkan beliau supaya
    banyak, tetapi dia tidak akan tidak mendengar. satu hari i membaca
    testimoni pada kes yang sama seseorang memberi keterangan
    kerja-kerja Dr okojie ini besar dan juga ketika saya tidak
    percaya i diyakinkan oleh kawan saya jadi saya dihubungi
    beliau dan cuba kaedah beliau dengan berat hati menghairankan dalam
    kurang daripada satu minggu kekasih saya menghubungi saya dan sehingga
    tarikh kami masih bersama-sama bahagia berkahwin dengan anak lelaki. Amat berterima kasih kepada Dr okojie dia specialiesed dalam penyelesaian masalah-masalah lain termasuk yang berikut:
    (1) Jika anda mahu kembali bekas anda.
    (2) jika anda sentiasa mempunyai impian yang buruk.
    ( 3) Anda ingin dipromosikan di pejabat anda.
    ( 4) Anda mahu wanita / lelaki untuk berjalan selepas anda .
    (5 ) Jika anda mahu kanak-kanak.
    (6) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
    (7 ) Jika anda mahu mengubati HIV AIDS
    menghubunginya sekarang untuk penyelesaian segera anda
    masalah pada Drokojiehealinghome@gmail.com
    Terima kasih

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top