Nuffnang

Ada Bukti Pemimpin Pembangkang Terlibat!!!!



Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

“Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan dalam segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.

“Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.

“Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.

Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.

Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

- SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. saya cadangkan Pasukan keselamatan kita kena BERSIAP SEDIA untuk menghadapi segala kemungkinan dimasa hadapan kerana musuh sedang memerhati tindak tanduk dan langkah-langkah yang diambil serta dijalankan negara kita untuk mengurus,menghadapi,menangkis,taktik dan kaedah negara kita gunakan apabila berlaku keadaan sebegini. Maka dengan mudah mereka (musuh) untuk melakukan persiapan kerana sudah tahu tahap kekuatan pasukan keselamatan kita dan kaedah pihak keselamatan negara kita akan gunakan/akan digunakan untuk menghadpi serangan pihak musuh

    BalasPadam
  2. bosan...itu ini semua salah ketua pembangkang...nampak sangat jahatnya...tapi kejahatan pihak kerajaan BN tidak pula ditekankan...kita semua tahu salah satu punca bermula dari IC projek mahathir...rundingan mengambil masa 2-3 minggu kerana hampir semua penceroboh yang datang mempunyai IC malaysia,penduduk lahada datu tahu dalang dari lahada datu "Mat Bom" merupakan warganegara malaysia yang berasal dari kepulauan tawi-tawi dan merupakan Ketua Umno Sungai Nyamuk...kenapa pihak media atau kerajaan tidak mendedahkan hal ini?? mungkin benar ini semua permainan politik yang kita tidak tahu dari pihak mana,tapi bagi pandangan saya,tindakan yang diambil oleh penganas sulu ini boleh dikatakan sebagai tikam belakang,kerana banyak janji-janji manis telah ditaburkan kepada pihak pengganas ini yang mempunyai kewarganegaraan malaysia ini,bayangkan mereka tahu selok belok,jalan susur atau pun jalan tikus untuk bergerak di dalam kawasan FELDA tersebut, tidak adil bagi pihak media dan kerajaan kerana terus menuduh ketua pembangkang,pihak kerajaan BN juga wajib disiasat mengenai perkara ini,kita juga tahu siapa pemilik PETRON di filipina dan pemegang saham terbesar sebanyak 68% di syarikat minuman keras SAN MIGUEL filipina...ada kah ini salah satu cara untuk menutup kes RCI ic projek yang menyebabkan kemsaukkan penceroboh ke Sabah?? MAHATIR & AKJAN wajar disaisat mengenai hal ini..

    BalasPadam
  3. time ni xpayah nk salah kn sesape.. tgk diri sendiri... tanye ape sumbangan ko kt negara... tau nk salahkn org jek.. cettttt

    BalasPadam
  4. Tangkap cepat!!! jgn tunggu sampai berminggu mcm kes Ops Sulu tukar Ops Daulat, baru nak bertindak.....satu lagi tak payah sebut `tertentu` ...sebut terus siapa dia klu betul ada bukti.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top