Gambar yang diterbitkan oleh portal berita Filipina ini dengan jelas menunjukkan latihan pengganas Kiram yang dibuat mereka sebelum menyerang Sabah.
Diharap pihak yang berwajib dapat menyiasat dakwaan Borneo Insider di sini :http://borneoinsider.com/2013/02/16/elite-us-forces-backing-the-ras-militants/
Jika dakwaan ini benar, maka besar kemungkinan pendedahan mengenai kapal ini juga benar. KLIK SINI
Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung. Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang.
Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal.
Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini. KLIK SINI
- SUMBER
Sama2 kita doakan pejuang2 kita disana..Amin
BalasPadamAllah lebih Mengetahui dan Berkuasa... semoga Malaysia dilinduni drp anasir2 sedemikian...
BalasPadamjika benar si Kiram ni meminta bantuan mereka..kenalah mereka sadar bahawa satu masa nanti mereka juga akan dimakan oleh yang membantu sptmana yang pernah mereka alami dulu..kenalah rakyatx sulu ambil tahu kisah Iraq dan beberapa negara lain juga..nak tahu kerana apa..??..kerana orang sulu juga merupakan orang Islam..dan mereka takkan membiarkan begitusaja sehinggalah Islam di sulu menjadi Islam baka sahaja...SESUNGGUHNYA SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH YANG TIADA SEKUTU BAGI NYA...
BalasPadampercaya la sngt ngan habiba ni...hri tu pn da kantoi mnipu...
BalasPadamSaya mengkritik tuan punya blog...jika tak tahu hal syria jgn sebut dalam blog! macam orang hutan jer..
BalasPadamadmin yg bt kenyataan ni duduk dlm ATM 36 tahun ke yg ckp sedap je jeneral yg join pr x tahu apa2 nya,weh fikir lah demo tu org luar bkn nya tahu hal sulit tentera,jgn sembang kosong,kalau demo ckp betul jumpa jeneral tu deret,jgn main tikan belakang lah..
BalasPadammmg dia x tahu apa2 un tu yg bodo sgt p ckp krajaan gagal atasi pengganas ne... benci pr
PadamJeneral tu dalam service x kecoh pun...dah keluar baru kepoh...x lain x bukan minta simpati..kot2 dapat jadi calun PR...peeedaaaaahhh
BalasPadamSubhanallah.. Syukur kepada NYA kerana pihak keselamatan Malaysia telah menghidu lebih awal . Andaikata berlaku sewaktu pilihanraya umum , nauzubillah .. Minta dijauhi peperangan & pertelingkahan sesama kita .
BalasPadamYa Allah , aku memohan kepada Mu agar kami terpelihara dari gangguan Dajjal akhir zaman . Ya Allah, Engkau selamatkan keluarga kami dari malapetaka peperangan seperti yang berlaku ke atas negara Islam .
Amin .....
musyil aku. reti ke karim tu cakap dan tulis english kat facebook?
BalasPadamsaya cadangkan Pasukan keselamatan kita kena BERSIAP SEDIA untuk menghadapi segala kemungkinan dimasa hadapan kerana musuh sedang memerhati tindak tanduk dan langkah-langkah yang diambil serta dijalankan negara kita untuk mengurus,menghadapi,menangkis,taktik dan kaedah negara kita gunakan apabila berlaku keadaan sebegini. Maka dengan mudah mereka (musuh) untuk melakukan persiapan,menjalankan kajian kerana sudah tahu tahap kekuatan pasukan keselamatan kita dan kaedah pihak keselamatan negara kita akan gunakan/akan digunakan untuk menghadpi serangan pihak musuh
BalasPadamsetiap orang yang memegang ic Malaysia perlu ber kiblat kan Malaysia. Tetapibanyak yang kurang ajar.pegang IC Malaysia tapi sukong negara asing.Tak sedar diri ditempat asal mereka apa pun tak dapat dilayan oleh kumpulan mereka atau pun kerajaan mereka.Tapi bila datang Malaysia cakap besar.Kalau baik sangat tempat asal mereka balik saja lah,jadi malysia tak ada orang yang kampongan.Maka dengan itu kita rakyat Malaysia buka mata jamngan cepat melata,Dengar apa yang di cerita kan oleh pendatang berkenaan dengan keistimewaan negara mereka.Kita harus tinggi kan pengetahuan AM kita supaya tidak senang di buduh kan oleh sesiapa.Seperti kebanyakan pendatang pintar pintar buduh.Kita perlu Jadi seperti rakyat singpore,Polis hanya tunggu aduan ,sebab rak yat nya hampir semua jadi mata kerajaan.Maka dengan itu rakyat Malaysia perlu jadi mata kerajaan dan kerajaan perlu ubah sikap peke dengan aduan rakyat.Contoh nya,Kalau ada rakyat asing masuk perlu di lapor kan,kalau ada yang suka merusak kan harta awam perlu dilapor kan,kalau suka buang sampah perlu lapor kan,kalau kereta banyak asap perlu lap[or kan,Kalau buat pperkampongan haram perlu di laporr kan.Tetapi ada kah pehak yang ber kenaan dapat melayan laporan ini.dan adakah rayat di Malaysia ini boleh berubah perangai.?????????????????????
PadamDALAM UTUSAN KATA PEMBANGKANG FILIPINA PULAK,SEBELUM NI KATA ANWAR IBRAHIM.JGAN CAKAP KOSONG KALAU XDE BUKTI, SAH SAH MAHATHIR PUNYA KERJA BG IC KPD PENDATANG DI SABAH XNAK SIASAT PULA. ADMIN PULAK LEBIH SUDU DARI KUAH.
BalasPadamSebab IC tu la sabah now banyak masjid and surau klu tak umat islam kat sana di anaktirikan.
BalasPadamyg pengganas ni suma lanun tausug. hanya segelintir puak sulu yg kat sabah yg diberi ic tu yg khianat tu pun mgkin sbb dijanjikan duit etc.
Cakap ikut sedap mulut jer...saya orang Islam tulen Sabah. Sebelum projek IC kami tidak pernah pun dianak tirikan !!! Beri IC untuk mengundi jer tu...tapi yg dapat IC tu rupanya lanun
BalasPadamskrg ni bukan soal ic..skrg ni soal pengganas yang menceroboh Sabah...nak salahkan projek ic tak guna juga...benda dah jadik..skrg ni la masanya kita bersatu..bukan saling menyalahkan..besatu kita teguh bercerai kita roboh...bangkitlah semua Sabahan!!! jangan asyik menunding jari saja...jangan biar kita dijajah..berdoalah tentera kita dan polis yang bertugas disana...selamat..
BalasPadam