KUALA LUMPUR – Para belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diingat agar jangan menjadi ‘pak turut’ atau ‘macai’ kepada pihak yang mengkritik atau memburukkan pihak lain.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata trend berkenaan kini semakin menular dan agak merisaukan apabila belia disogok dengan pelbagai maklumat tanpa mereka memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.