Nuffnang

AKUR : AKHIRNYA PKR SERAH 3 NAMA KEPADA SULTAN!!!



Kuala Lumpur – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya mengemukakan tiga nama ke dalam senarai yang dihantar ke Istana Selangor setelah buat kecoh seketika mempertahankan hanya mahukan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baru.



Memetik sumber BNBBC, dua nama lain ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

Pun begitu, PKR dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor semalam mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.


Turut dikepilkan ialah akaun bersumpah yang ditandatangani 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah.


Perbincangan mengenai isu itu mengamil masa dua hari lantaran penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.


Biro Politik PKR akhirnya mencapai kata sepakat setelah Anwar bersetuju menambah dua lagi nama seperti titah Sultan Sharifuddin Idris Shah.


“Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah,” kata sumber.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan perkembangan terbaru ini namun enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.


“Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya.”
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top