Nuffnang

JIHAD TAHUN BARU?? Pelajar Kolej Dedah Perancangan!!!





Hujung bulan yang lalu diperuntukkan untuk bersama Sekolah Politik anjuran Institut Kajian Dasar dan Konrad Adenauer Stiftung di Hotel Quality, Shah Alam, Selangor. Satu kelas yang aku kira, memberi gambaran praktikal kepada kejadian-kejadian yang berlaku dalam senario politik negara. Bagi yang meminati kisah politik negara yang nampaknya semacam berkecamuk, Sekolah ini sesuai untuk dijadikan pentas permulaan memahami asas-asas politik. Yang menariknya, kisah keberantakan dan kebobrokan dalam politik negara, dilakonkan semula oleh peserta dalam bentuk permainan-permainan santai sehingga ke Sesi Parlimen.

Pertamanya, aku berterima kasih kepada Sekolah Politik, Institut Kajian Dasar (IKD) dan pemudahcara yang berjaya menyeronokkan suasana. Santai, bersahaja dan aktiviti berlalu tanpa sedar. Aku secara peribadi, seronok melihat ada segerombolan juak-juak yang punya kesedaran politik yang tinggi dalam jumlah yang agak ramai.

Di usia aku, kebanyakkan masih bercerita tentang kehebatan sesebuah kereta, pasukan bola kegemaran mereka, tetapi jarang sekali mereka berbicara tentang politik dengan tegar. Jarang sekali orang berasakan kepentingan politik dalam kehidupan seharian. Jarang sekali orang positif untuk dengar tentang isu-isu kenegaraan.

Mereka tidak ambil peduli soal politik. Sedangkan, kekuatan politik itu cukup mengkagumkan. Kehebatannya menggunung, sehinggakan naik jatuh sesebuah kerajaan, pasti berkait rapat soal kuasa politik. Tetapi sebahagian besarnya masih angau, mereka masih sibuk memburu keseronokan dan hiburan di luar, lebih mengujakan, mereka sudah pandai cerita tentang aktiviti di rumah urut, mereka jadi tidak bimbang tentang negara.

Sebahagian ini biasanya bising apabila harga barang naik, tetapi tiada tindakan, hanya pandai buat bising dan mengkritik. Usah kita beralasan lagi, ayuh daftarkan diri sebagai pemilih. Itu paling pokok, kesiap-siagaan untuk menghadapi PRU 14 lebih penting!

Aktiviti Sekolah Politik disusun dengan cantik. Semangatnya itu dipupuk jinak seawal kelas oleh saudara Mustaqim diikuti oleh saudara Hasmi hashim a.k.a Buddhi Hikayat. Kami mendengar dan berdiskusi soal apa itu politik, kemudian mula masuk ke isu-isu yang lebih penting bagi mempersiap peserta dengan Sesi Utama di sebelah malam.

Kemuncak aktiviti ialah pada Sabtu malam Ahad, Sesi Dewan Rakyat Olok-Olok bagi membahaskan usul. Usul yang dibawa ialah mendesak KPN meletakkan jawatan kesan daripada peningkatan kadar jenayah yang meruncing dan kritikal. Barisan Kerajaan dihuni bukan calang-calang pendebat yang cukup digeruni, disokong pula dengan serikandi yang manis dengan panglima-panglima lalat-nya.

Aku yang pada mulanya berada di pihak pembangkang, menerima arahan dari Tangan Ghaib untuk berada di pihak Kerajaan dan seterusnya dilantik sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi. Aku kira barisan Pembangkang cukup hebat dan kental, diketuai Ketua Pembangkang Fikri, Ketua Whip Aya, dan bala tentera seluruhnya. Kita terima, dan kita bahas. Isu terbentang, fakta dan statistik sudah tersedia panas-panas, ayuh bakar semangat lawan!

Sesi Parlimen menjadi kenangan tak terlupa buat semua. Dengan kepincangan hujah, diselang-seli dengan bunyi bising suara-suara sumbang, memang mengganggu proses perbahasan. Kekacauan semakin memuncak sehingga Tuan Speaker menghalau Ahli Parlimen keluar dari Dewan (rasa macam nak baling je pen ke Tuan Speaker).

Berlaku juga lompatan Ahli Parlimen dari Kerajaan ke Pembangkang dengan spontan. Ini memang mengejutkan kawan dan lawan. Belum pernah terjadi dalam Sidang Parlimen, lompatan sebegitu kudus berlaku. Kupasan tentang Sesi Parlimen ini masih terngiang-ngiang. Provokasi dan simulasi yang dimainkan Tuan Speaker memang cemerlang dan UNIK! Manis sungguh. Keriuhan Dewan Rakyat turut dihangatkan oleh ustaz Wan Ji yang tak habis-habis asyik tangkap gambar. kah kah kah.

Di Sekolah Politik, kita terbuka dan berlapang dada. Biar apa pun fahaman kita atau kecenderungan pemikiran kita, ia bukan masalah. Tidak kira fahaman apa sekalipun, walau kapitalis, walau sosialis, walau fundamentalis, walau sekularis, walau Islamis, walaupun libertarian, walaupun diktatorism, walau juga katak atau lalang, semuanya berhimpun dan berkumpul atas nilai-nilai bersama.

Kepatuhan pada undang-undang dan nilai akhlak serta moral. Semua berbeza pendapat, tetapi bila sampai soal perlaksanaan, kita semua berbalik kepada prinsip yang sama yakni Urustadbir Yang Betul, Kebertanggungjawaban dan Keadilan. Ini yang menjadikan kita lebih matang menghadapi apa juga perbezaan antara kita. Berpadu pada persamaan dan bangga dengan kepelbagaian.

Semuanya bermula dengan seronok, namun pengenalan dengan Chegubard buat aku pusing. Setelah tamat program, dia mengajak aku ke satu pertemuan dengan bekas jaguh mahasiswa di UKM, saudara Azan Safar. Kami berbincang tentang protes rakyat pada malam ambang tahun baru. Difahamkan, saudara Azan akan mengetuai protes.

Antara yang hadir pada pertemuan itu adalah pengarah propaganda SAMM, Edy Noor Reduan yang banyak berhujah dan mencari jalan mempromosi protes rakyat ini. Namun timbul rasa tidak senang, aku lihat ada yang tidak kena.

Mereka mula berbincang tentang perkara dan helah-helah yang tidak masuk akal. Mereka merancang sesuatu yang tidak baik pada protes itu. Aku tidak berkata apa-apa, hanya senyap dan memerhati gelagat mereka.

Aku ada prinsip, dan Sekolah politik banyak mengajar aku tentang asas kebertanggungjawaban. Kalau itu agenda propaganda, aku kata tidak! Tidak! Tidak! Propaganda ada tanggungjawab. Aku hanya setuju kalau propaganda itu untuk kebaikan.

Mungkin kalian hebat dalam propaganda, namun protes rakyat perlu berjalan dengan harmoni. Itu pendapat aku! Kerana malam itu ramai akan datang untuk sambut tahun baru. Kalau berlaku huru-hara, siapa yang bertanggungjawab? Keseronokan mereka jangan digarap begitu sahaja.

Aku mula bosan dengan idea mereka, kalau benar mahu gulingkan kerajaan. Urus dan gerakan kumpulan mobilisasi seperti di Thailand. Kepung dan tawan pejabat-pejabat kerajaan. Kalau hanya provok pihak polis dan berharap dipukul oleh mereka. Aku rasa itu kerja kebudak-budakkan.

Komrad, semoga tulisan aku ini buat kalian berfikir sama-ada mahu terlibat secara langsung dalam protes ataupun tidak. Bertempur dengan pihak keselamatan hanya buang masa. Jadi sengaja aku imbas tentang keseronokkan di Sekolah politik supaya kita rindu nostalgia itu.

Imej pelajar sekolah politik harus kita jaga. Biar mereka dengan propaganda mereka. Aku doakan selamat maju jaya kepada mereka. Selamat berprotes!

Ahmad S*****
Penulis merupakan Pelajar Sekolah Politik, Institut Kajian Dasar (IKD)

read more...

TANGISAN SEORANG "JAGUH" DI KOTA MAKKAH!!!




“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, ‘mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam’.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: “Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam.”

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

“Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

“Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar,” katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

“Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah,” katanya. – sh
read more...

GAMBAR : Lagi Bunuh Diri Di Berjaya Times Square




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun daripada tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari lalu.




read more...

PERLU TAHU!!! Bahayanya Budaya Yang Diceduk Oleh Remaja ISLAM Masa Kini!!


Semangat pemuda ini tanpa mengetahui apa yang dipakainya..


Firman Allah S.W.T:

Ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas daripada orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa. Pada hari itu, segala hubungan terputus antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, 'Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan melepaskan diri daripada mereka, sebagaimana mereka melepaskan diri daripada kami.'

"Demikianlah Allah SWT memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka. Dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api Neraka." (Surah al-Baqarah 2: 166-167)



Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki. Cuba lihat gambar diatas..Apa bezanya di antara lelaki muslim ini dengan pemuda dari negara barat? lelaki tersebut menggayakan suatu bentuk fesyen yang tidak luput ditelan zaman yakni mencucuk anggota badan dengan niat untuk mencantikkan wajah dan menggamit perhatiaan ramai walhal terang terangan islam menyatakan bahawa hukum bertindik bagi lelaki adalah HARAM.

Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan:“Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Kononnya atas alasan fesyen..cuba la buat macam gambar di bawah ni..baru la fesyen habis..berani atau tidak wahai lelaki yang bertindik?



alang-alang berfesyen..ambik...


Tidak sah andai tidak menyebut mengenai gaya bertudung yang menjadi suatu fenomena pada hari ini. Tudung Bawal, Tudung Mawi, Tudung Fareeda, Tundung Waheeda, Tudung Noorjuma antara jenama yang mencuri perhatiaan khususnya di Malaysia. Bagus bila ada gaya tudung macam ni. Disamping cantik, boleh menarik wanita-wanita diluar sana untuk menutu aurat. Namun begitu, bertudung biarlah berpada. tidak mahu digayakan seperti ini..


Jenama tudung Bonggol Unta


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

dan

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

serta


"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."

[HR Muslim. Hadith no. 212]

Jelas dan nyata hadis diatas..sebenarnya gaya tudung seumpama ini mempunyai masa depan yang cerah untuk diangkat ke industri perfileman yang boleh melangkaui sempadan filem Hollywood dalam kategori filem sains fiksyen.umpamanya seperti ini....



Gaya hidup atau kaedah bersosial juga perlu diberi perhatiaan dikalangan muda mudi khususnya muslim pada hari ini. Budaya ikut-ikutan dalam merencana aktiviti sosial turut melanda umat islam masa kini tanpa ada usaha untuk mencari fakta sebenar di sebalik apa yang dilaksanakannya..Sebagai contoh..semangat berpersatuan dan memperjuangkan ideologi politik yang menjadi kegemaran golongan muda mudi hari ini.

Topeng ’Guy Fawkes’ 



Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.

Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah. ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami) 

*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM . Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
( myhomesoil 2013)

read more...

JANGAN MUDAH MENGKAFIR DAN MENERAKAKAN ORANG!!

Antara ciri wasatiyyah (tidak melampau dan tidak cuai) Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum pihak lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun nereka. Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikat yang sebenar.







Menilai Hakikat

Nabi s.a.w mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh Allah sewenang-wenangnya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bahkan dalam hadis, Nabi s.a.w melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat. Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini: 

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.


Kekufuran

Kemudian, bagi mereka yang membuat kesalahan yang membawa kepada kekufuran ataupun dosa yang besar mungkin tidak sampai kepada mereka ajaran yang sebenar dengan penghujahan yang cukup. Jangan kita sibuk menerakakan orang sedang Allah menyebut: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)

Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab neraka, antaranya beliau menyebut:

“Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata. Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi… mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”

Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zaman beliau tetapi juga memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekali mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha Rahmat kepada sekelian hamba-hambaNYA.


Hujah

Mungkin penjelasan mengenai Islam dengan satu pendekatan yang pada zaman dahulu memadai, pada zaman ini sudah tidak memadai lagi. Mungkin memadai untuk segolongan manusia tetapi tidak bagi golongan yang lain. Maka, Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNYA.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)


Ilmuwan

Sementara bagi golongan ilmuwan pula kadang-kala berlaku perbezaan pendapat antara mereka sehingga dalam masalah akidah sekalipun. Kita tidak boleh sewenang-wenang menghukum murtad dan kufur atas ijtihad mereka yang berasaskan hujah-hujah mereka yang bertujuan mencari kebenaran yang diredhai Allah.

Demikian Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam karyanya Daru Ta’arud al-‘Aql wa al-Naqlketika menjawab golongan ulama yang berbeza pendapat dan aliran fikir dengannya, namun beliau tetap memberikan keuzuran untuk mereka dengan penuh kesantunan, katanya:

“Kemudian, bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka kecuali mempunyai sumbangan yang berharga, kebaikan yang dipuji juga usaha menjawab ramai golongan mulhid dan bid’ah serta membela ramai Ahlus Sunnah. Ini sesuatu yang jelas untuk sesiapa yang tahu hal keadaan mereka, berbicara mengenai mereka dengan imu, benar, adil dan insaf. Ini (penilaian sebegitu) bukan khusus untuk mereka sahaja bahkan hal seperti ini berlaku kepada beberapa golongan dalam kalangan ahli ilmuwan dan agamawan. Allah S.W.T itu menerima kebaikan dari semua hambaNYA yang beriman, DIA memaafkan kesalahan-kesalahan. Ini seperti doa dalam firmanNYA: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam jantung hati kami perasaan hasad dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha melimpah belas kasihan dan Maha Penyayang”. (Surah al-Hasyr, 10).

Sambung beliau lagi:

“Tiada syak lagi sesiapa yang mencari kebenaran dan agama dari jalan al-Rasul s.a.w. kemudian tersilap dalam beberapa perkara maka Allah mengampuni kesalahannya sebagai penunaian kepada doa yang Allah sahut untuk NabiNYA dan mereka yang beriman tatkala mereka menyebut: (maksudnya) “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersilap (khata`) ”. (Surah al-Baqarah: 286)


Ahbash

Demikian kesantunan ilmu yang berlapang dalam perbezaan pendapat. Hal ini perlu ditegaskan di Malaysia terutama sejak kemunculan golongan Ahbash dan pengikut Hasan Saqqaf yang sering mengkafirkan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak… dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak.

Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

Umat Islam di Malaysia hendaklah kekal dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mengamalkan pendekatan yang sederhana dan penuh kesantunan serta insaf dalam menilai pihak yang lain.

________________________________________

* Tulisan ini dipetik daripada blog Minda Tajdid.
 - SUMBER
read more...

BERSEDIAKAH ANDA? 15 Tahun Penjara Terbabit Himpunan Guling Kerajaan!!!




Cakap berdegar-degar!!! Telah habis berfikirkah anda? Tatkala pemimpin bergelak ketawa dan bersenang-lenang di bangunan bak istana, anda meringkuk dalam kandang besi selama 15 tahun. Adakah ini jihad dan pengorbanan yang anda rasa TERSANGAT perlu anda hadiri?





Anda punya masa untuk berfikir. Fikirkan masa hadapan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Apakah tidak cukup dan memadai dengan apa yang kita terima dari YANG MAHA PENCIPTA kepada rakyat Malaysia di bumi bertuah ini?



read more...

AMEKKAU!!! Penganggur Hasut Guling Kerajaan Ditahan @PDRM




Suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan telah ditahan hari ini, 26 Disember 2013 pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.






Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Difahamkan ada kemungkinan beliau diupah oleh pemimpin tertentu demi melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Akan ada peguam daripada parti kafir Dap akan membela budak ini kerana budak ini ada kena mengena dengan hasrat mereka.
read more...

BIADAP DAN MELAMPAU!!! UAI Dan Nik Aziz Dipersendakan NGA KOR MING!!!CINABENG BA ALIF BA YA!!



Makin hari makin biadap tindakan puak Dap ini !!! Persoalannya kenapa Nga Kor Ming ni begitu berani berbuat demikian sehinggakan sewenang wenangnya mempersenda melayu walaupun tweet diatas mungkin tidak benar bagaimana pula kenyataan yg dia buat dulu di bawah,
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela (penolong) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (maksud ayat 73 surah Al-Anfal)
Walau pun azhar idrus dan Nik aziz bukan contoh yang admin minati akan tetapi atas dasar sesama Islam admin @pm pun terasa dengan tindakan biadap ini...apakah alasan beliau berbuat demikian atau ada penjelasan lain bagi menafikan tweet diatas ? 







- SUMBER


read more...

MELAMPAU!!! Himpunan Guling Kerajaan Perguna Al-Qur'an Untuk MENGHALALKAN CARA!!!



Nampaknya puak-puak ni semakin agresif malah sudah sampai ke tahap melampau apabila turut menjadikan Al-Quran sebagai alasan untuk menghalalkan gerakan menggulingkan kerajaan.Entah dari manalah mereka ini mendapatkan rujukan mahupun nasihat.

Dari Sumber Blog MMI dipetik :

Apa yang pasti mereka di lihat begitu berkobar-kobar mahu turun je jalanraya pada 31 Disember nanti.

Tindakan anak muda yang menggunakan nama Komrad Haizal itu jelas mempermainkan agama Islam apatah lagi dengan kenyataan sedemikian.

Apakah mereka-mereka ini ada kaitannya dengan Timbalan Presiden PAS ??





Sebenarnya MMI dah lama memerhatikan gerak laku anak muda ini malah bukan sahaja terlibat secara langsung dalam mana-mana himpunan haram bersama pembangkang mereka juga cenderung kepada perjuangan KOMUNIS.

Inilah sebahagian daripada mereka-mereka yang mengangkat Chin Peng sebagai hero MALAYA !!

Berdasarkan gambar di atas jelas memperlihatkan keakraban dan hubungan yang cukup baik di antara Mat Sabu dengan Komrad Haizal.

Sejauh mana hubungan itu terjalin MMI sendiri kurang pasti tetapi dengan tingkah laku dan perjuangan songsang anak-anak muda ini rasanya Mat Sabu sedar dan tahu cuma mungkin pemimpin nombor dua PAS ini lebih memberikan galakan daripada teguran.Siapa tahu ??

Untuk rekod gerakan untuk menggulingkan kerajaan sedang hebat di rancang cuma menantikan masa sahaja.

Persoalannya apakah kita melihatnya sebagai satu ancaman atau hanya gerakan biasa ??

Baca juga artikel berkaitan perjuangan songsang anak muda ini bersama rakan-rakannya di SINI & SINI.
read more...

SEBARKAN!! Pendedahan Mazidul Akmal Sidik Mampu Elak Kita Dari Terpedaya!!

Seperti biasa pasti ada pendedahan PANAS dari wartawan, journalist terkenal tanah air iaitu Mazidul Akmal Sidik. Ikuti pendedahan beliau yang mampu mengelakkan kita semua dari terus terpedaya.

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.




Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.

"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. 

Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.

Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.

"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.

Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.

"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.

"Kemudian?," celah saya.

Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.

"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.

"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.

"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. 

Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.

"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.

"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis. 

Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.

Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.

Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.

"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.

Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan sama.

Di bawah, gambar bekas pejabat Elis. 


Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.


"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos. Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.

"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.

"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer. Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andaitelemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600 Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.

Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.

"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.

"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.

Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.

"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"

[ Diskaun 40% kepada pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepadatelemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis. 

"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.

"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.

Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.

"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.

Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.

"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.

Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.


"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.

"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.

"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi atau ...?," tanya saya.

Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.

"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.

"Wow! Semurah itu?

Saya terkejut.

"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.


Klik di sini, untuk melihat bukti dokumen diperolehi oleh agensi.

read more...

IKAN LAGI!!! Pelantar Minyak Di Terengganu Pula "DISERANG"







Apa dah jadi ni? Jangan main-main beb!!!

Benda kalau sensasi, habih nak disensasikan benda-benda lain yang kononnya berkaitan. 

Selepas beribu-ribu ikan menyerbu pantai di Lahad Datu semalam, kini timbul pula ikan dan ketam (sotong tidak pula dinyatakan...dah macam seafood plak) menyerbu pelantar minyak perairan Terengganu.

Bukti kukuh tak ada, video pun tak ada, cuma gambar yang agak kabur serta bergegar disebarkan. Ikannya pun tak nampak, hanya gigi-gigi ombak putih sahaja kelihatan.










read more...

BIADAP DAN KURANG AJAR!!! Anak Cina Serang Polis!!!






Maaf, gua bukan nak rasis ke ape ker, tapi perbuatan seperti ini kepada anggota keselamatan kita dah MELAMPAU TAHAP MAKSIMA!!!

Malam tadi, sekumpulan cinabeng muda telah menyerang sebuah kereta peronda polis dan merosakkan kenderaan tersebut di Teluk Cempedak. Aku dapat laporan empat orang Cinabeng kena tahan.

Tapi macam biasalah, fuckatan sure back-up gila babi punya dan kata, anak-anak Cina itu hanya serang pakai buih, bukannya pakai peluru atau bom. Lagipun anggota-anggota polis dalam kenderaan tu pula, tak mengalami sebarang kecederaan atau mati dikeronyok.

Itu jawapan standard fuckatan babi.




Suka-suka hati jer serang pasukan penguatkuasa. Hebat sangat ler cinabeng sekarang ni yer sampai boleh menyerang dan mewajarkan perbuatan mereka dengan apa-apa sahaja. Yang pelik, ada pula Melayu bangang yang cukup berbangga bila anggota-anggota polis kena serang.

Tiada alasan sebenarnya yang membolehkan cinabeng-cinabeng itu menyerang pihak polis. Anggota polis peronda tersebut menjalankan tugas mereka bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekacauan apabila orang ramai berkumpul di situ. Yang cinabeng sakit hati sangat tu, apa pasal?

Oooo... aku tahu jawapannya!

Jawapannya ialah, kempen buruk-burukkan polis dah sampai ke kemuncak. Jadi, kalau langgar atau bunuh anggota polis pun, tak ada masalah bagi mereka ini. Nanti mereka carilah alasan, semua itu lakonan SB atau fitnah UMNO semata-mata!

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top