Nuffnang

GAMBAR : Bekas "Drummer" Kumpulan Muzik Terkenal Kini Pejuang Mujahidin




Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.


Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.

Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.

Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.





Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.


Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini.
read more...

KANTOI!!! Aktiviti "PELACURAN" RBA Di Hadapan Masjid!!!




Begitu licik dan jahat mainan mereka. Namun lambat laun akan terbongkar jua. Inilah antara mainan RBA Upahan Pakatan Rakyat...!!! 

Fitnah Sahaja Yang RBA Cuba Lakukan Kepada UMNO...
Puak UMNO pasti tuduh PAS atau PKR yang lakukan perkara ini.

Akhirnya berkelahi sesama sendiri!!! 

Kurang Ajar Sungguh RBA Ini Menghina Pulak Rumah Allah...

Sedangkan Gambar Ini Di Ambil Di Indonesia...


Berhati-hatilah dengan golongan yang menyamar sebagai muslim di dalam face book.

Mereka terbahagi kepada dua, satu yang berpura-pura menyokong UMNO dan yang lagi satu berpura-pura menyokong PR.

Saya sudah membuat beberapa scanning dan mendapati ada beberapa profile yang menggunakan account yang sama berdasarkan kepada penggunaan ip yang sama.

Sebagai muslim kita kena menjadi cerdik dalam hal ini,tidak kira saudara di sebelah UMNO atau PR.

Tujuan group ini sendiri diwujudkan untuk apa? Tidak lain hanya untuk memburukkan dan mengadu-domba kita orang-orang melayu dan agama kita Islam .

Kita boleh tengok daripada cara kebanyakan mereka membuat tuduhan dan fitnah daripada kedua belah pihak .

Terlalu obvious mereka berkehendakkan hanya perbalahan... Hati-hati lah saudara ku dari UMNO dan PR.

Jangan kerana permainan mereka kita berkelahi dan berbalah!!!

Orang-orang kafir ni nak tengok kita orang islam berpecah belah,sebab orang kafir ni tau nak melemahkan islam mesti lagakan sesama mereka.

read more...

#AirAsiaSuck : Bukti-Bukti Bergambar Kerakusan Penerbangan TambangMurah Ini!!!

Kali ini biarlah gambar yang berbicara......




Bila ditanya pada Tony :






Masih ingat dengan peristiwa ini? Tanyalah pada Mazidul Akmar Sidik





Ini pula fakta berkaitan KLIA2 pula :



Akhir Sekali : #AIRASIA SUCK





read more...

#AirAsiaSuck : Dah Bagi Betis Nak Peha Pula!!!!


Inilah akibat terlebih "dimanjakan". Sehinggakan kerajaan turut "DIUGUT" oleh Tony Fernandes "The Sucker"




Johardy Ibrahim (kolumnis Utusan Malaysia) hari ini mendedahkan antara sebab Air Asia enggan berpindah ke KLIA 2 ialah penggunaan Aerobridge yang dijangka memerlukan Air Asia membayar RM 85 setiap kali mendarat atau RM 0.25 setiap penumpang.
Sebanyak 80 aerobridges tersedia di situ. Tetapi rupa-rupanya perihal aerobridges ini menjadi agenda perdebatan antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Pelik? Memang pelik. Kalau tanya saya, memang akan pilih aerobridges. Bayangkan warga emas kena berjalan dalam cuaca panas atau hujan, sambil mengendong beg masing-masing. Bagaimana ibu bapa yang ada bayi. Kasihan.
Perdebatan AirAsia berkisar kepada model perniagaannya iaitu masa pusingan pantas bagi meningkatkan penggunaan pesawat. Secara ringkasnya, sejurus sahaja pesawat mendarat, penumpang keluar, kira-kira 10 minit kemudian kumpulan penumpang baharu menaiki pesawat dan berlepas semula.
Kaedah ini adalah kunci kepada formula penerbangan tambang murah iaitu membolehkan pesawat terbang lebih kerap ke sesuatu destinasi dalam sehari, terutama untuk penerbangan pendek antara sejam ke tiga jam penerbangan.
Oleh itu, AirAsia merayu diberikan pengecualian menggunakan aerobridges kepada MAHB pada 2011 iaitu semasa pembinaan klia2. Dalam semangat sebagai rakan perniagaan, kehendak AirAsia dipersetujui MAHB, yang tentunya harus menawarkan pengecualian serupa kepada syarikat penerbangan lain.
Aerobridges
Bagaimanapun, permintaan itu hanya di klia2. Di lapangan terbang lain di Malaysia, AirAsia menggunakan aerobridges seperti di Kuching, walaupun ada pesawat lain mengerahkan penumpang berjalan di atas landasan. Mungkin AirAsia akur kepada permintaan pelanggan yang merasa sangat leceh tanpa menggunakan aerobridges.
Lapangan terbang di negara lain di rantau ini mengenakan perintah mandatori (wajib) untuk menggunakan aerobridges bagi kesenangan dan keselamatan penumpang. Bila sesebuah syarikat tidak mahu menggunakan aerobridges, pesawat terpaksa berhenti di kawasan hujung terminal dan bas digunakan bagi mengangkut penumpang.
Dalam hal ini, AirAsia menyatakan syarikat itu mematuhi peraturan seumpamanya di luar negara kerana tiada pengecualian diberikan. Di klia2, AirAsia minta pengecualian. Dan MAHB beri pengecualian. Maka ketika itu, klia2 dibina tanpa dipasang aerobridges. Ini bukan cerita rekaan saya. Rujuk kenyataan akhbar MAHB dalam laman web mereka.
Tetapi keputusan itu ditarik balik oleh Kementerian Pengangkutan yang mahu keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan. Maka aerobridges dipasang. Seorang pegawai memberitahu, isu ini adalah termasuk dalam ‘isu-isu yang belum selesai’ seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar, Rabu lalu.
Lihat dari segi kos. Caj MAHB kepada syarikat penerbangan untuk menggunakan aerobridges ialah RM85 sekali pakai. Ambil contoh pesawat A320 membawa 180 penumpang, kos puratanya adalah kurang daripada 25 sen setiap penumpang. Caj ini adalah terendah di Asia.
Menyaksikan siri terbaharu perdebatan AirAsia dan MAHB, mungkin ramai akan kehairanan. Kenapa AirAsia berkeras enggan berpindah ke klia2? Ini menyebabkan MAHB dikritik kerana seolah-olah memanjakan AirAsia dan sekarang dibalas tuba. Apa yang kita kena tahu ialah sejak 2002, MAHB memberikan AirAsia pelbagai dan paling banyak insentif sehingga berjaya menjadi penerbangan paling berjaya hari ini.
Lagi aneh bila AirAsia berterusan menyalahkan MAHB kerana didakwa tidak menyediakan klia2 yang ‘benar-benar’ boleh berfungsi dan selamat, landasan mendap dan retak. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sudah mengesahkan masalah itu telah diatasi dan selamat digunakan. Pun tak percaya?
Persoalannya, kenapa syarikat penerbangan lain seperti Malindo Air tidak berpendapat sedemikian dan akur untuk beroperasi di klia2 pada 2 Mei ini?
Walau apa pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyatakan pendiriannya. Pindah! Tinggalkan LCCT yang umpama pasar malam mega. Sesak dan merimaskan. Letak kereta pun sampai ke bulatan besar. Terimalah klia2. Lebih baik, lebih selesa untuk kita semua.

Dalam pada itu, AirAsia akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 28 April ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sesi penjelasan AirAsia adalah perlu bagi memastikan laporan yang disediakan oleh PAC adil.

“Ketika Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberikan penjelasan kepada PAC pada 1 April lepas, nama AirAsia banyak disebut,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Minggu lalu, PAC selepas mendengar penjelasan daripada MAHB menyifatkan tiada unsur ketirisan yang menyebabkan peningkatan kos dan kelewatan pembinaan klia2.

Laporan sebelum ini menyebut AirAsia enggan berpindah dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke klia2, kerana bimbang terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di klia2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut Sabtu lalu mengatakan AirAsia perlu berpindah ke klia2 seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.

 – BERNAMA
read more...

PANASSS!!! Siapa Pejuang Dan Siapa Petualang Dalam Isu 1,000 Cina "BUANGAN?"





Siapa Pejuang? Siapa Petualang?

Isu pemegang pasport British yang kecoh sejak 3 hari lepas telah pun terjawab. Kita semua tahu, penyebar fitnah yang cuba untuk spin isu yang tidak benar adalah dari pemimpin DAP. Kenapa kerajaan perlu layan permintaan dari pengkhianat negara betul tak?

Tuduhan kononnya Zahid Hamidi memberikan kerakyataan kepada 500-1000 orang pemegang pasport British Overseas Citizen (BOC) adalah tidak benar.

Persoalannya kenapa penyokong kerajaan sendiri yang terus mempercayai psywar yang dimainkan oleh pembangkang. Bukankah kita semua tahu mereka ini semua KAKI PUTAR ALAM. Dah boss mereka perangai 2x5...takkan kita pun boleh ikut sama...yer tak??


ANALISIS TUDUHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG PASSPORT BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC)


1. Minggu ini, rakyat Malaysia terperanjat apabila akhbar Utusan melaporkan betapa mudahnya kerajaan Malaysia memberi kerakyatan semula kepada kumpulan yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri pada tahun 2003, 11 tahun lalu.

2. Sebenarnya isu ini bermula daripada soalan lisan Ahli Parlimen Tanjong, Tuan Ng Wei Aik adalah seperti berikut;

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha yang telah diambil sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan British bagi memastikan rakyat Malaysia yang merupakan British Overseas Citizen (BOC) dan telah melepaskan tanpa sengaja atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Malaysia?

3. Jika kita perhatikan dengan teliti, pemimpin DAP ini telah berbohong secara terbuka di dalam soalan tersebut yang menyatakan 'melepaskan kewarganegaraan tanpa sengaja' sedangkan seluruh Malaysia mengetahui tragedi di mana 1,000 rakyat cina Malaysia dengan angkuh mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia.

4. Kumpulan ini terbang ke United Kingdom dengan harapan agar menjadi rakyat tetap England. Akhirnya, kumpulan ini menjadi pendatang haram di United Kingdom dan bekerja sebagai pencuci pinggan. Kumpulan ini meminta agar kerajaan Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka di Malaysia melalui saluran DAP.

5. Sekarang adakah kita sudah jelas mengapa pemimpin DAP bertanyakan soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan fakta yang tidak benar. Jawapan Menteri Dalam Negeri amatlah tegas dan konsisten yang selari dengan perundangan negara. Namun jawapan tersebut telah disalah ertikan serta di manipulasikan, kononnya kumpulan tersebut diberi taraf kewarganegaraan.

6. Ini mungkin angan angan atau mimpi kumpulan tersebut yang mengharapkan jawapan dan keputusan kerajaan seperti yang mereka inginkan.

7. Sebenarnya Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC. Berdasarkan laporan, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pass Residen dan bukan taraf kerakyatan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.

8. Kita perlu faham dan jelas bahawa pengeluaran Pass Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

9. Berdasarkan pendedahan ini, rakyat Malaysia diharap lebih tersuluh dengan permainan manipulasi DAP yang memperjuangkan agenda kumpulan stateless tersebut. Kita harus yakin tidak mungkin Zahid Hamidi mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

10. Keputusan kerajaan untuk memberikan Pass Residen adalah wajar kerana Pemegang Pass Residen tidak ada hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya. Hujah ini menempelak tuduhan fitnah kononnya Zahid Hamidi membenarkan kumpulan tersebut mengundi dalam PRU 14.

11. Kewibaan Zahid Hamidi sebagai seorang bakal pemimpin tertinggi masih relevan dan didambakan oleh rakyat terbanyak. Oleh kerana personalitinya yang hebat, bersamalah kita mempertahankannya dari serangan musuh-musuh politik.





Kalau bukan kita yang pertahankan negara kita siapa lagi. Kenapa pak menteri dan pemimpin kerajaan tu fikirkanlah bersama...jangan syok sendiri tak nak ambil tahu apa yang terjadi. Kena lebih berhati-hati kerana kadang-kadang orang yang dekat dengan kita tu boleh jadi musuh kita. Fikir-fikirkanlah....

Kenyataan media Menteri Dalam Negeri KLIK DI SINI

read more...

DULU ANWAR DI JEPUN, Kini Giliran Tony Pua DIHALAU Di Australia!!!




Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional yang didakwa menjadi penyebab mengapa beliau dihalau dan dilarang daripada berucap di program Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014 yang akan berlangsung di Australia nanti.

Beliau mendakwa kerajaan Malaysia serta penaja-penaja program tersebut sengaja menghalang beliau daripada berucap kerana takut pelajar-pelajar Malaysia disana tahu akan kezaliman kerajaan Malaysia kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tuduhan.

"Mereka begitu takut dengan kehadiran pemimpin pembangkang untuk hanya satu jam dalam program yang berlangsung sepanjang empat hari," katanya dalam perkongsian di laman sosial facebook rasmi beliau.

Tony juga turut menyifatkan bahawa pihak penaja-penaja dan kerajaan Malaysia sengaja mahu menutup minda pelajar-pelajar diluar negara dari mengetahui perbuatan-perbuatan jahat kerajaan di Malaysia yang dikatakan penyebab perpecahan kaum serta menggugat kestabilan politik.

"Jelas sekali penaja-penaja dari pihak kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu menutup minda pelajar-pelajar kita daripada mengetahui perbuatan terkutuk mereka".

Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia sentiasa mengawal pelajar-pelajar Malaysia di Australia daripada bertemu dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang membuat lawatan kesana. Ini menunjukkan betapa rakus dan zalimnya kerajaan Malaysia sehinggakan mengongkong pelajar-pelajar Malaysia disana.

Tony berkata beliau akan tetap berada di Melbourne dalam tempoh program tersebut dan akan mengadakan forum awam di sana pada 23 April nanti. - UtaraNews.com
read more...

HOTTT!!! PARTI LIAR - JB DAN KL DIBATALKAN, K. Kinabalu Boleh Pulak?



Ape citer Ni? 

Penulis telah menerima kiriman dari "follower" sekeping gambar seperti di atas dengan nota seperti berikut :

"Ni di Sabah...kota kinabalu...saya cuma copy paste gambar ni dari fb lain org

Kalo tgk tarikh tu 12-13 april..sabtu- ahad ni..nama pulau di rahsia kan..tapi kalo tgk dari gambar tu pulau tu sama ada pulau mamutik, pulau sulug atau pulau sapi di kota kinabalu"

Kalau ikut kepada tarikh yang tertera, majlis ini akan diadakan pada esok dan lusa. Tak lama dah tu!!! Yang musykilnya, kenapa nama tempat (pulau) dirahsiakan serta pengangkutan (bot) disediakan kepada pengunjung yang berdaftar!!

Adakah parti ini diadakan dengan kebenaran? Adakah pengedaran dan pengagihan "beer" terkawal dan tidak melibatkan orang Islam?

Kepada pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab, mohon PERIKSA!!
read more...

MUSIBAT!!! Baru Kerja Dah Buat Onar Di Stesen Minyak!!!




Macam-macam dah sekarang ni. 

Sekeping gambar pekerja wanita stesen Minyak Petronas telah tersebar sejak semalam selepas wanita berkenaan disyaki telah melarikan wang tunai sebanyak RM3,000.

Wanita yang baru sahaja bekerja selama 3 jam di Stesen Petronas Taman Daya bersebelahan dengan Puspakom itu dengan beraninya melarikan RM3,000.

Ekoran dari itu, pekerja stesen terbabit mengambil inisiatif menyebarkan gambar saspek di laman sosial yang kini telah menjadi viral di serata media sosial.

Gambar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Sherryna Razmi dengan caption gambar:




“Pada sesiapa ada mengenali perempuan ini tolong beri maklumat pada kami segera kerana dia telah mencuri dan merompak duit Petronas company kami RM3,000. Baru kerja tak sampai 3 jam dah rembat duit. Tolong beri kerjasama pada kami. Petronas kami area Taman Daya bersebelahan Puspakom.”

read more...

SAYANG SERIBU KALI SAYANG!!! Akhirnya Ke Lokap Jua.....





Aduhai.... Sayangnya harapkan muka aje yang comel molek, tapi mulut dan hati busuk!!!

Kalau dah buat salah, akui dan terima saje akibatnya. Tak perlu la menuding jari dan mempertikaikan kerja orang lain. Apatah lagi untuk menghina dan memburuk-burukkan pekerjaan orang lain.

Takkan la dah lupa kepada slogan " SAYA YANG MENURUT PERINTAH?"

Tahu tak menghina polis atau mana-mana pegawai kerajaan ketika mereka menjalankan tugas adalah satu kesalahan?




Takkan polis trafik tak boleh jalankan kerja dan keluarkan saman bila sesuatu kesalahan dilakukan?Apakah semua polis trafik rasuah? Adakah kerjanya hanya menahan orang tanpa sebab dan memeras ugut untuk dapatkan wang untuk elakkan saman tanpa sebab?

Kalau tak salah kenapa perlu takut? Tak perlu lah marah-marah kalau saman dikenakan kalau benar-benar melakukan kesalahan. Polis pun hanya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Mereka juga manusia dan punya hati dan perasaan. Jadi, fikirlah dulu sebelum suka-suka nak maki dan menuduh yang bukan-bukan.




Butir Peribadi (Ada yang tidak dikongsikan di sini)

NORITA SALAMAH BINTI ZAMAN,
28 THN,
PEMBANTU ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) 
BEAUFORT, SABAH
HANDPHONE SAMSUNG S4 DAN PERALATAN KOMPUTER DELL

Hmm.....cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar......
read more...

MEMALUKAN!!! PENJAWAT AWAM TIDUR, BUTA ATAU SENGAJA?




Kalau sebelum ini isu bendera Israel dikibarkan di sebuah resort di tawau, Sabah. Namun kali ini nampaknya lebih teruk dan tidak bertanggungjawab.

Macam mana pejabat Kadi di Muar, Johor tidak sedar bendera jalur gemilang yang dikibarkan terbalik? Pekerja buat kerja tanpa tengok kerja masing-masing? ATau pegawai pejabat semua buta tak pantau pekerja buat kerja?

Dan gambar di bawah ini pula dengan jelas menunjukkan petak parking untuk OKU tapi banyak-banyak orang agensi yang sepatutnya menunjukkan sikap mematuhi road sign dan peraturan jalanraya tapi dia sendiri yag tak patuh. Macam mana tu?

Hei jangan kasi malu la..




Hah ... tolong skit. Jangan cakap benda ni hal kecil dan sebut tak apa lah ada benda lebih besar dan utama nak tegur. Pasal benda kecillah jadi besar. Kepimpinan melalui teladan beb!!!

Kalau korang sendiri tidak mematuhi peraturan yang korang tetapkan, adakah korang mengharapkan rakyat atau orang lain untuk patuh dan mengikuti undang-undang?

Jangan kasi malu beb!! 

Ada otak dan akal tu guna baik-baik. Jangan sampai orang ramai tak respect dengan korang!!!
read more...

APE KES? Azmin Diarah Keluar Dewan!!!



Mohammed Azmin Ali tidak berpuas hati dengan tindakan kedudukan usulnya berkenaan perilaku hakim diletakkan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. 


Ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini setelah mempertikaikan keputusan yang dibuat yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mohd Azmin kecewa dengan tindakan meletakkan usul yang dibawanya berkaitan perilaku hakim sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Katanya, keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sangat mengecewakan dan alasan yang diberikan tidak kukuh.

“Saya minta penjelasan mengapa usul penting dan menepati perlembagaan untuk membincangkan perilaku hakim ditolak sewenang-wenangnya.




“Usul kerajaan setakat nombor enam. Kenapa tidak letak usul saya di nombor tujuh?” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Dalam usulnya, Azmin meminta Dewan Rakyat membincangkan perlaku tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang dihadapinya.









read more...

SERTAILAH POLIS!!! Gesa MCA Kepada Belia Cina



MCA menggesa belia Cina memanfaatkan peluang untuk menyertai pasukan polis susulan syarat baru dikenakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan jumlah anggota polis daripada kaum Cina.

Pengerusi Biro Publisiti MCA Wilayah Persekutuan Lau Chin Kok berkata menyertai polis boleh dianggap sebagai kerja 'terjamin' dan belia Cina akan dapat menikmati pencen selepas bersara.

Pasukan polis sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah anggota polis Cina sebanyak tiga kali ganda daripada jumlah sekarang, atau 5,000 pegawai, untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Ia merupakan situasi yang tidak sihat untuk hanya mempunyai 1.78 peratus kaum Cina dalam pasukan polis, yang lebih rendah daripada jumlah pegawai India (3.6 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bermula 3 Mac, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melonggarkan kriteria pengambilan bagi kaum Cina.

Pemohon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan lulus Bahasa Malaysia (BM) dan dua kepujian dan empat lulus dalam subjek lain kini boleh memohon kerja dengan PDRM, bagi mereka yang gagal kertas BM, boleh menduduki semula peperiksaan dalam tiga tahun.

Pengambilan akan tamat 30 April dan mereka yang mempunyai kelayakan itu boleh memohon menerusi Internet, atau mana-mana balai polis.

"Pada masa lepas, ramai ibu bapa Cina membantah anak mereka bekerja sebagai pegawai polis kerana kerja itu berisiko dan imej negatif terhadap pasukan itu seperti rasuah dan salah guna kuasa," kata Lau.

Bagaimanapun, dengan banyak pegawai polis Cina yang menyatakan ia adalah kerja yang mempunyai prospek baik, saya menggesa ibu bapa supaya mengubah persepsi mereka dan menggalakkan anak mereka untuk menyertai PDRM, katanya.

Lau juga berkata Pemuda MCA akan mengadakan taklimat mengenai pengambilan itu pada Sabtu (12 April) pada 2.30 petang di Wisma MCA di sini. Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil SPM untuk berinteraksi dengan pegawai pengambilan dan mengemukakan permohonan mereka.

Untuk maklumat lanjut, hubungi sekretariat Pemuda MCA di talian 03-22033865/3866. Borang permohonan boleh dimuat turun di www.rmp.gov.my dan
mana-mana balai polis.

- Bernama
read more...

#MH370 : Luahan Hati Suami Penumpang - Siapa Yang Bertanggungjawab!!




Terdapat kekaburan dari segi tanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian. Secara am, pihak mana yang seharusnya rasa bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian?

Secara spesifik, siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut?

1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan pesawat?
2. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan industri penerbangan negara?
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ruang udara negara?

Setakat ini kita dapat melihat tiada pihak yang bersungguh-sungguh menyatakan rasa tanggunjawab terhadap mana-mana perkara.

Yang ada hanyalah penafian.

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka tidak bertanggunjawab terhadap keselamatan pesawat awam yang terbang dalam ruang udara negara.

2. Tiada pihak rasa bertanggungjawab mengapa tiada kerjasama antara Pusat Kawalan Udara (ATC) penerbangan awam and ATM untuk mengesahkan status pesawat yang berpatah balik.

3. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila Panglima Angkatan Tentera menyatakan mereka menyedari pesawat dikesan radar melalui ulang tayang rakaman radar, hanya setelah empat hari kejadian berlaku.

4. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila dua penumpang menggunakan pasport palsu berjaya membolosi imigresen.

Menerusi sidang media yang kerap dikendalikan pada awal kejadian, rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas bahawa semangat yang ditunjukkan lebih kepada penafian tanggungjawab dan liabiliti, bukanlah perkongian maklumat ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Kerap kali kita dengar bahawa maklumat yang diminta adalah 'rahsia keselamatan negara' atau 'tidak boleh didedahkan kerana masih dalam siasatan dan boleh menjejaskan pendakwaan'.

Kebenaran yang hakiki

Di sebalik persoalan di manakah penumpang dan krew pesawat, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran yang mutlak terhadap perincian kepada apa yang telah terjadi. Walau berapa lama dan walau berapa kos, kita harus mendapatkan jawapan tersebut.

Tanpa jawapan tersebut, tiada jaminan peristiwa ini tidak akan berulang di masa depan. Jika harga 239 nyawa dan keluarga mereka tidak cukup, apakah jumlah nyawa yang cukup untuk kita mendapatkan jawapan tersebut?

Adakah setelah berulang sekali atau dua kali lagi peristiwa yang sama?

Atas harga 239 nyawa dan kesan terhadap keluarga yang terlibat, apakah pengajaran yang dapat kita ambil?

Saya pasti rakyat Malaysia tidak mahu 239 ini terkorban sia-sia tanpa sebarang pengajaran. Kita mahu kepastian bahawa peristiwa ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain.

1. Apakah pembaharuan yang perlu dari segi keselamatan pesawat dan penumpang?
2. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan industri penerbangan negara?
3. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan ruang udara negara untuk penerbangan awam? Apakah aset ketenteraan tidak dapat digunakan untuk menjamin keselamatan awam?
4. Apakah pembaharuan kepada pelan bertindak sekiranya peristiwa yang sama berulang?

Keperluan keluarga mangsa

Seringkali kenyataan yang rakyat Malaysia dengar adalah MAS akan menjaga kebajikan keluarga mangsa. Namun kebajikan yang MAS berikan adalah berbentuk memujuk dan menenangkan keluarga. Hakikatnya keluarga hanya inginkan dua perkara pada peringkat ini:

1. Keselamatan penumpang dan krew
2. Mengetahui kebenaran mutlak terhadap apa yang telah terjadi serta segala perinciannya.

_____________________


Azrai Izet ialah suami kepada Fadzilah Abd. Rahim, penumpang penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak 8 Mac lalu.

read more...

HARAM ZADEI!!! YDP Agong Dipermainkan Sampai Begini!!!

Lahanat!!! Tiada Apa lagi yang gua boleh cakap lagi dengan tindakan ini... INI SEMUA SEBAB KITA LEMBIK!!! Diplomasi dan konon2 nya DEMOKRASI!!!

read more...

BETUL KE BOHONG? Pendedahan Pramugari Air Asia Mengenai KLIA!!!




Mula-mula kita melihat Air Asia ini sebagai suatu KEBANGGAAN kepada rakyat khususnya negara di atas "kejayaan' demi "kejayaan" yang dicapai oleh syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia ini. 

Namun saban hari kini kita "disajikan" di media dengan pelbagai "karenah" dan tindakan Air Asia yang memalukan dan keterlaluan. Dan lebih menyedihkan cuba "mengarahkan" kerajaan untuk tunduk kepada tuntutan mereka berkenaan operasi di KLIA2.

Februari lalu, seorang pramugari bagi penerbangan Air Asia, Malissa Mansor telah membuat kenyataan tebuka di laman Facebook mengenai punca sebenar mengapa penerbangan Air Asia dan MAS sering tergendala.

Pendedahan itu dibuat kerana pihak penerbangan sering dikecam dan dikritik orang ramai hanya kerana masalah penangguhan penerbangan yang sering berlaku di KLIA.




- SUMBER

Entah betul atau tidak, tapi macam tak logik akal je kenyataan dari Malissa Mansor ni. 

read more...

TIDAK SENSITIF ATAU PROKSI!!! Bendera Israel DiNaikkan Di Sabah!!




Penulis tidak dapat menerima apa jua alasan sebenarnya berhubung isu ini. Sudah satu Malaysia tahu bahawa kerajaan Malaysia sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan diplimatik dengan kerajaan Israel. Apatah lagi oleh pengusaha pelancongan yang semestinya amat maklum perihal ini.

Adakah pengusaha resort ini sendiri bukan warganegara? Seharusnya tindakan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan salah satu tindakan berbentuk subversif. Kepada pihak berkuasa, jangan dilihat perkara ini sebagai kesalahan kecil dan terlepas begitu sahaja. Itu pun mujurlah ada warganegara kita yang peka dan prihatin dengan "kehadiran" bendera Israel tersebut.

Perlu disemak siapa di belakang RESORT ini!!! Kerana "kehadiran" bendera itu sendiri merupakan misteri yang perlu dirungkai, apatah lagi menaikkannya sebaris dengan bendera-bendera lain.


Kenyataan Rasmi

8/4/2014

Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu Pengibaran Bendera Israel di Tuaran, Sabah


AQSA SYARIF peka dengan isu bendera Israel yang dikibarkan di Hotel Raintree Beach Resort di Tuaran, Sabah sepertimana yang digembar-gemburkan menerusi portal berita dan laman sosial. 

AQSA SYARIF telah mendapatkan maklum-balas daripada pihak pengurusan Raintree Beach Resort berhubung dengan perkara ini. AQSA SYARIF mendapati bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan resort yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat terhadap konflik Palestin-Israel. Pihak pengurusan resort telah mengakui kesilapan mereka membiarkan bendera Israel ini berkibar di luar pengetahuan mereka sejak Januari 2014 sebelum disedari oleh orang awam semalam (7 April 2014).

AQSA SYARIF menghargai tindakan segera pihak resort menurunkan bendera Israel tersebut sejurus selepas isu ini dibangkitkan. Namun, kami berharap pihak resort akan lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini di masa-masa akan datang.

AQSA SYARIF menyeru seluruh warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar hal seperti ini tidak berulang lagi.

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi AQSA SYARIF BERHAD
read more...

HOT!!! Perempuan Simpanan MB Tagih Janji!!!



Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.

Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya.

Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. (BACA DI SINI)

Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan?

Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.

Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.

Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.

Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!


read more...

MELAMPAU!!! Kali Ini RBA Mahu Letupkan @Najibrazak 1 Family!!!




Melampau dan seolah-olah memang sengaja dibuat untuk mencabar pihak berkuasa!

Selepas Syed Saifullah yang menpersendakan Datin Seri Rosmah, hari ini pula timbul pula orang yang menggunakan Ardinal Fahrian Martadinata yang mengeluar post di facebook yang berbau ugutan terhadap Datuk Seri Najib Razak sekeluarga. Turut diugut adalah UMNO. 

Ugutan dalam bentuk serang dan mengebom Najib Razak sekeluarga sehingga berkecai adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh Polis DiRaja Malaysia. Tindakan segera perlu dijalankan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di Malaysia.


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top