Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tup-tup, tersebar khabar menyatakan baginda bakal melangsungkan perkahwinan Oktober depan.
Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja yang tertera nama baginda.
Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.
Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.
Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan kerabat Johor lain.
Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.
Manakala dalam video di bawah, beliau turut dibawa ke majlis yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Cik Khaleeda dikatakan turut bergelar model dan kini masih menuntut di sebuah universiti.
Sekiranya benar Cik Khaleeda adalah pilihan hati TMJ dan mereka bakal disatukan tidak lama lagi, maka cerita perkenalan pasangan ini pasti menarik perhatian seluruh negara.
Ia kerana kisah cinta mereka boleh diibaratkan bagai dongeng dalam buku cerita di mana putera raja yang menjadi kegilaan ramai perempuan akhirnya memilih seorang rakyat biasa.
- SUMBER
Tak lama lagi kena tingal lah tu
BalasPadamx sesuai langsong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamp ramlee kata .. kesiaaaaan kesiaaaaan
BalasPadamPakai kejap je ....
BalasPadamCollect kereta2 mewah dah, superbike2 dah, tentera sendiri dah, dan angan2 nak beli kelab bolasepak English mungkin dlm pekiraan...Sekarang collect gf cun2, muda2, classy pulak le..rakyat Johor pulak anggap diaorang ni tuhan..Raja melayu oo raja melayu...
PadamJenuh rakyat johor buat solat hajat untuk TMJ depa nih....
BalasPadamMcm lampin pakai buang?
BalasPadammcm ko la tu..lampin busuk
PadamPerkara biasa untuk royalty dari zaman lampau lagi. Tak hairan pun.
Padamtak baik bersangka buruk
BalasPadamapa pun doakan semoga kekal hingga nafas terakhir , jgn pandang serong
Gerun bila tengok gambar-gambar modelling tuh mengenangkan beliau ialah bakal Sultanah.... bakal Permaisuri Agong (bila giliran Johor tiba)....
BalasPadamisteri bakal Ketua Agama Johor.....
harap rakyat Johor teruskan berdoa.... in syaa Allah...
Dulu Sultan Kelantan galak macam TMJ juga tetapi sekarang... Alhamdulillah, dah berubah 360 darjah.
Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Kita hambaNya wajib terus memohon tanpa jemu.
180 darjah lah. Kalau pusing 360 darjah tak ke mana...
PadamTaklah lawa sangat pun. Fazura jauh lebih lawa. Keh keheh keh
BalasPadamLagi Gambar … >>> DI SINI !! <<<
BalasPadamTau x pe...hmmm....dunia akhir zaman....nauzubillah...moga disisihkan drp segala malapeta dam azab..
BalasPadamamacam haters semua? hahahahaha skang sudah 2016 dan mereka pon dah dikurniakan cahaya mata..
BalasPadamamacam haters semua? hahahahaha skang sudah 2016 dan mereka pon dah dikurniakan cahaya mata..
BalasPadamLawa lagi dia ni...dari fazura muka pun repair sana repair sini jantan sana sini ptui.
BalasPadamHujung 2017. Haters? Hahaha
BalasPadamOk dh masuk 2018..haters makan sumpah sendiri hahahah
BalasPadamOk dh masuk 2018..haters makan sumpah sendiri hahahah
BalasPadam