Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Stori Mori meluahkan rasa kesalnya dengan sesetengah pasangan yang membuat mak-siat di Putrajaya secara terbuka.
Baca luahan hati beliau di bawah:
Assalamualaikum, saya ingin meluahkan perasaan. Tapi saya tak tahu ke mana nak saya luahkan.
Saya tinggal di Cyberjaya. Saya sering berbasikal di sekitar tasik Putrajaya. Apa yang menyedihkan saya adalah taman-taman di sekeliling tasik ini telah menjadi sarang MAK-SIAT tempat manusia memadu as-mara tanpa rasa malu kepada manusia lain yang lalu lalang di situ.
Dan yang lebih menyedihkan, mereka tiada rasa takut pada Allah yang menyaksikan setiap perbuatan jahat mereka.
Minggu lalu saya berbasikal dari Dataran Gemilang ke Dataran Masjid Putra. Sangat menjijikkan melihat pasangan bercum-buan di dalam kereta yang mereka parking di Jambatan berhampiran masjid!
Tidak ada rasa gentarkah di hati mereka? Tidakkah mereka mengetahui akan gejala taufan putting beliung yang kerap melanda semenanjung kini? Apakah mereka fikir atas faktor geografi dan sains, petaka taufan dan ribut mustahil sampai ke Putrajaya?
Saya merasa amat marah sekali dengan keadaan ini. Putrajaya adalah bandar dalam taman yang sangat indah dan rapi susunannya. Walaupun ia ciptaan manusia, siapakah manusia tanpa Allah yang Maha Kuasa?
Adakah kalian lupa pada kekuasaan Allah? Adakah kalian lupa pada kebesaran Allah? Adakah kalian tidak takut pada kemurkaan Allah?
Tolonglah jangan cemarkan bandar ini dengan mak-siat!
Kalau kalian mahu juga bermak-siat, NYAH KALIAN DARI SINI! Pergi! Pergi ke bandar-bandar yang diperintah oleh orang-orang kafir. Pergi!
Demikianlah luahan hati amarah Stori Mori.
Apa yang diluahkan oleh beliau adalah benar. Seringkali melihat pasangan tanpa segan silu bermesra tanpa rasa segan terutamanya ketika hujung minggu. Kelibat-kelibat pasangan tidak bermoral ini boleh ditemui di Dataran Putrajaya, sekitar tepi tasik Putrajaya, taman-taman bunga di sebelah bangunan Kastam dan beberapa tempat lagi.
Sebenarnya banyak lagi rahsia Putrajaya yang tidak didedahkan kepada umum. Sama ada pihak media dilarang untuk mendedahkan atau sebaliknya. Hanya warga Putrajaya yang tahu kebenarannya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....