Nuffnang

VIDEO : TAHNIAH ABG POLIS!!! MASIH COOL WALAU DIMAKI PAK LEBAI!!





Video dirakamkan semasa Flashmob Blackout 505 yang berlangsung di hadapan Sogo petang tadi.

Tahniah untuk anggota Polis yang sabar walaupun dimaki seorang lebai penganut ajaran PAS, lepas ini masing-masing penganut PAS akan berfatwa mengatakan mencaci maki selaras dengan ajaran Islam...

Bila otak dah dirasuk peliwat beginilah jadinya...





Betul la semua penjawat awam dibayar gajinya oleh duit rakyat. Tapi rakyat tidak semestinya bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka. Kita ada undang-undang. Kalau dah rasa nak buat sangat ikut suka korang, gi la duduk di rimba. 

Lagi pun, majoriti rakyat baru sahaja membuat pilihan. MAJORITI TU!!!

Adakah demo dan rusuhan menjadi PILIHAN MAJORITI?


read more...

MALAYSIAN INSIDER : KENAPA CINA KELUAR TAPI NAK GUNA NAMA MELAYU PULA?



Selepas berbulan-bulan dilanda spekulasi, portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini menyaksikan hampir seluruh kakitangannya meninggalkan syarikat itu.

Penghijrahan, yang diketuai oleh editor eksekutif TMI, Leslie Lau, yang akan menyaksikan pewujudan sebuah portal berita baru, The Malay Mail Online (MMO), yang dijangka mula operasi pada 1 Julai.

"Kami mengambil semua orang (untuk menyertai MMO) - semua sub-editor dan wartawan - kecuali tiga wartawan Bahasa Malaysia yang masih mahu (bersama TMI) pada saat-saat akhir," katanya.
read more...

FLASHMOB BLACKOUT 505 : KANAK-KANAK ANTARA 15 DITAHAN






KUALA LUMPUR 15 Jun - Lima belas individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan kerana menyertai flashmob Black 505 di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas enggan bersurai sejak tengah hari tadi apabila diarahkan polis berbuat demikian.
read more...

TIPS KESIHATAN DI BULAN RAMADHAN



1. Sebelum Ramadan, umat Islam harus sentiasa berunding dengan doktor mengenai keselamatan berpuasa terutamanya bagi wanita yang berbadan dua.

2. Bersahur. Memang diakui agak sukar untuk bangun pada awal pagi, tetapi disebabkan itulah ia mempunyai banyak faedah dan ganjaran. Ia akan membantu anda untuk bangun mengerjakan solat Subuh.Jangan makan terlalu banyak. Beri tumpuan kepada pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Jangan lupa makan buah kurma.
read more...

KANTOI!! PROPA RED BEAN ARMY, TAPI YANG BEBAL TETAP PERCAYA!!





Salah satu kaedah penipuan Red Bean Army

Taktik mudah


1) Buat fake account

2) Update info jadi Puteri UMNO atau apa-apa yang melibatkan UMNO

3) Update status mengarut yang menghina agama seperti gambar diatas

4) Cybertroop PR print screen

5) Post dalam group-group Pro PR

6) Orang bodoh tak tau apa akan komen tanpa menilai

read more...

LAHAD DATU : EKSKLUSIF KISAH DARI PEGAWAI PEMERINTAH PLATUN TIGER!!




MASIH terngiang-ngiang bunyi tembakan... Masih terdengar hingar-bingar anggota akibat empat letupan bom grenad yang dilepaskan pengganas. Peristiwa pada Jumaat, 1 Mac 2013, jam 10 pagi yang menyebabkan dua anggota VAT 69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud terkorban cukup membuatkan jiwa 400 anggota PGA terdiri daripada VAT 69 yang berkampung sejak 12 Februari yang lalu menggelegak.

Bagi anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) khususnya Platun Tiger Batalion 17, PGA Lahad Datu, pertempuran yang berlaku mengukir sebuah memori yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Mengimbas kembali seketika sebelum pertempuran berlaku, Pegawai Pemerintah Batalion 17 Briged Sabah, Superintendan Edward Komoral yang sudi berkongsi kisah itu nyata memberikan kepuasan kepada kami khas untuk tatapan pembaca setia Sinar Harian.


read more...

HASUT DAN FITNAH POLIS!! TAHAN SAJA MAT SABU NI!!!




"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bukan sahaja berbohong mengenai fakta kematian ketika dalam tahanan polis malah sengaja mahu 'bermain dengan api' apabila menghasut kaum India membenci kerajaan dan pasukan keselamatan itu.

read more...

LAHAD DATU : BAHAYA TANGANI CARA LAMA!



SHAH ALAM: Jika konflik di Lahad Datu dikendalikan dengan cara lama, kita akan berada dalam bahaya.

Begitulah pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ketika memberi respon tentang keadaan di Lahad Datu.

Kata beliau, konflik ini bukanlah sekadar ‘peperangan’ yang melibatkan tembak-menembak, malah ia merupakan satu perang psikologi.

read more...

PERGH!!! SIAPA ARTIS CUN DITAHAN ABANG TRAFIK NI?



Tiada Siapa Yang Terlepas Dari Melakukan Kesalahan. Tambah-tambah kesalahan trafik. Tapi Siapa Pula Artis Cun Yang Sempat Ditahan Abang Trafik Kita Ni? Jom Tengok Gambar Seterusnya.....

Hehehe....

read more...

ADA BERANI?? KSN ARAH SEMUA KSU DAN KETUA PENGARAH "BERFACEBOOK"



Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyarankan semua Ketua Setiausaha dan timbalannya serta ketua pengarah membuka akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter masing-masing untuk berinteraksi dengan rakyat. 

Beliau berkata langkah itu juga membolehkan usaha menangkis fitnah berhubung perkhidmatan awam dapat dilakukan dengan segera. 

Kebelakangan ini, katanya segelintir pihak menggunakan laman sosial untuk menyebar fitnah tentang kerajaan terutamanya perkhidmatan awam dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai laman sosial pasti boleh menangkisnya. 
read more...

BENARKAH MEREKA 5 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA 2013?




1.Menurut Majalah Niaga dot com, 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion

2.Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion


read more...

OPS RAMBO II : THE SILENT KILLER - Sambungan PART 2

sambungan Part II:





Rizal Aleh juga telah bertindak mencabar kedaulatan undang2 negara apabila kumpulannya telah membunuh seorang anggota Polis Marin (nama dirahsiakan) dan mencampak mayat yang diikat di batu besar di tepi Pulau Berhala. Keadaan mayat yang diikat kedua belah tangan dibelakang dan kesan tikaman serta kecederaan di kepala apabila ditemui. Black Cat mengarahkan "team Diver" untuk membuat tinjauan di lokasi berhampiran Pulau Berhala sambil menguji peralatan menyelam untuk kegunaan operasi. 

The Silent Killer’s diketuai oleh Black Cat (Oscar Bravo) dibantu oleh Ghost Rider (Oscar Sierra) dan Tom Cat (Oscar Alpha) telah menyusun strategi dari maklumat yang diberikan oleh risikan Echo, Sabah. Pihak Echo juga telah menghantar sepasukan pegawai dan anggota untuk bersama2 membantu menjayakan misi tersebut. Pelbagai rancangan dan perbincangan dalam menganalisa maklumat risikan serta menyusun strategi yang betul agar Rizal & The Gang dapat ditumpaskan.

read more...

ALLAHUAKHBAR!! MASJID PAKISTAN TERSELAMAT DARI BENCANA RIBUT DI P.PINANG!




GEORGETOWN - Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.

read more...

PENANG DILANDA RIBUT!!! Update!!!!


Adakah Ini Satu Petanda? Suratan Atau Kebetulan??






Bukan bangunan UMNO Pulau Pinang sahaja yang dilanda ribut sebaliknya ribut turut melanda beberapa tempat lain di sekitar bandaraya yang pernah didiami oleh masyarakat Melayu yang taat setia mereka adalah kepada Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light lebih 200 tahun lampau.

Sebelum ini dikatakan kecederaan tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun pihak berkuasa menyatakan bahawa runtuhan bahagian atas bangunan UMNO telah menyebabkan ada mangsa yang tertimbus. Mangsa yang diselamatkan pula mengalami kecederaan parah.

Di Jalan Brown, dilaporkan terdapat pokok besar yang tumbang akibat dilanda ribut. Begitu juga di hadapan jalan masuk ke kediaman Ketua Polis Pulau Pinang, terdapat pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.


read more...

KISAH BENAR : "OPS RAMBO II" - KISAH DARI VETERAN!!




Berlatar belakangkan seorang tentera komando Filipina berbangsa Suluk yang dilatih oleh US Marine. Beliau telah menembak mati seorang Datuk Bandar dan di hadapkan ke Mahmakah Tentera Filipina. Bagaimana pun beliau dapat meloloskan diri setelah menembak seorang pegawai tentera berpangkat Jeneral yang mengadili perbicaraan di dalam Mahkamah Tentera dengan bantuan keluarga dan rakan2. 

Di situ berlakunya kejadian tembak menembak dan pengeboman di kawasan mahkamah. Beliau melarikan diri dengan dibantu oleh rakan2 menyeludup masuk ke Sabah secara haram dan bersembunyi di Pulau Jampiras dan akhirnya membina penempatan baru di sebuah pulau bernama Kg. Semangat (berhadapan dengan jeti di Pejabat Pos, Sandakan). 

read more...

VIDEO : MACAI BN DAN PR PASTI MEROYAN DENGAN SUMPAH MUHABALAH MANGSA LIWAT TERBARU INI!!!




Video di bawah pasti hasil kerja budak-budak yang kononnya nak kasi GEMPAK dengan video Parodi. Budak-budak Pakatan yang menyamar pakai baju BN.. Ada sesapa tak kenal mamat-mamat berbakat besar yang berlakon dalam video kat atas tu?

Gua rasa Mamat Khalid atau David Teoh mesti berkenan untuk ambik macai tiga ekor dalam video tu untuk filem terbaru beliau yang bertajuk, DAH KALAH TU KALAHLAHHH!!!! Hahahahahahahaha...


read more...

BOIKOT PARLIMEN : HADOII.... BERAPA KALI NAK U-TURN DAA!!!





PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan ‘U’ terhadap cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.

“Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.


read more...

GEMPAR!! Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Padang KoTa, Pulau Pinang!! ADAKAH TSUNAMI BAKAL BERLAKU?





Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.


read more...

VIDEO : SUBHANALLAH!!! BARA API DARI REKAHAN TANAH DI YAMAN



YAMAN - Secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu daerah Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut di kalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.

Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan "drainase" dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.


read more...

RUMAH FLAT RETAK DAN SENGET SELEPAS BUNYI PELIK!!




Dengkil: “Saya terkejut apabila melihat dinding dapur retak dan rumah pula tiba-tiba senget selepas bunyi pelik menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar,” kata M Saraswaty, seorang daripada 266 penghuni Blok 5 Flat Taman Permata, di sini, yang terpaksa berpindah selepas bangunan itu didapati tidak selamat didiami berikutan keretakan sejak petang kelmarin.

Saraswaty, 49, yang sudah tinggal di situ sejak 16 tahun lalu berkata, dia mula menyedari kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika sedang berehat bersama anak, menantu dan cucu di rumah.

“Sebelum ini, ada beberapa rumah di flat ini mengalami keretakan, tetapi tidak seteruk kali ini dan terasa senget sehingga pintu bilik pun tidak boleh ditutup.

read more...

LAHAD DATU : DALANG PENCEROBOHAN DIDEDAH BILA SESUAI



MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk dedahkan siapa pihak yang mendalangi kes di Lahad Datu, Sabah sekiranya ia tidak menjejaskan operasi membasmi pengganas di kawasan tersebut.

"Agensi-Agensi risikan sedang dan telah memantau secara dekat... Yang penting sekarang ialah untuk mencari cara dan pendedahan yang baik. Yang penting sekarang pada Sabah ialah keselamatan dan kestabilan.

read more...

MISTERI : TEROWONG BAWAH TANAH DITEMUI

KOTA BHARU - Pada tahun lalu orang ramai dikejutkan dengan penemuan misteri kononnya terdapat sebuah terowong bawah tanah di Kampung Palekbang, Tumpat dekat sini.




TEROWONG bawah tanah di Kampung Kalai didakwa pernah menjadi laluan kepada pelarian PULO untuk masuk ke Kelantan.

read more...

VIDEO : PENANGKAPAN KIRAM III DINANTIKAN PEMIMPIN DAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Laporan bahawa Jamalul Kiram III dan pengikutnya akan ditahan dalam masa terdekat menggembirakan masyarakat Lahad Datu.

Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, jika benar, ia menghentikan kebimbangan masyarakat terhadap ancaman pengganas Sulu.


Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.





read more...

SAMAN : HUSAM KALAH KES FITNAH RM10 JUTA

KUALA LUMPUR - Naib presiden Pas Datuk Husam Musa hari ini kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan.

Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.



Husam Musa

read more...

BONGKAR! PENGASAS KUMPULAN RED BEAN ARMY DAP DIDEDAHKAN!!


Akhirnya, pengasas kumpulan Red Bean Army telah mengaku kewujudan Red Bean Army!


Sumber : KLIK SINI

Seorang aktivis politik berkata Pakatan Rakyat perlu berhenti menafikan hubungan dengan kumpulan cybertrooper yang dipanggil Red Bean Army, dan harus harus bertanya kepada kumpulan itu untuk memohon maaf kerana posting fitnah.

read more...

VIDEO : AHLI PARLIMEN TIDAK MAHU MASJID DIBINA!! PELIK KER BEB?




Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin yang telah menang dikawasannya pada PRU13, sebelum ini telah bertindak dengan tidak memberi kebenaran serta melarang pembinaan masjid dibuat di kawasan Bandar Sri Indah Batu10, Sabah kerana dikatakan Azan selama 2 minit adalah punca tidak dapat tidur dan menyebabkan tidak ada ruang langsung untuk parking kenderaan.

Kami orang Islam tidak pernah sekali mengkritik atau menghalang sebarang pembinaan tokong atau pengamalan agama mereka yang hendak diamalkan. 

Tetapi kenapa hak kami sebagai orang Islam boleh membina masjid dan mempraktikkan agama kami adalah dilarang? Kenapa DAP ini langsung tidak mempunyai senstiviti terhadap agama Islam?

Jom lihat video ini : 

read more...

LAHAD DATU : KRISIS PENCEROBOHAN ERATKAN MALAYSIA-FILIPINA



KUALA LUMPUR: Tragedi Lahad Datu menjadi peringatan kepada Malaysia dan Fipilina untuk bekerja lebih rapat antara satu sama lain, kata Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya.

Katanya, pencerobohan ke atas Sabah tidak membawa impak negatif terhadap hubungan kedua-dua negara atau menjejaskan proses damai di Mindanao.

"Proses damai Mindanao diteruskan meskipun insiden tersebut ia menuju ke arah penyelesaian yang berjaya dalam tempoh beberapa minggu.

"Untuk ini, Filipina berterima kasih terhadap kemahiran dan keadilan Malaysia sebagai pemudah cara," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-115 pengisytiharan Kemerdekaan Filipina di pejabatnya, Isnin.

read more...

TERKINI!! KIRAM III BAKAL DITANGKAP DALAM MASA TERDEKAT






KUALA LUMPUR 10 Jun - Ketua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina mengemukakan laporan siasatan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah kepada Kementerian Kehakiman negara tersebut baru-baru ini.

Dalam laporan siasatan tersebut, turut dilampirkan adalah cadangan untuk menangkap dan mendakwa ketua pengganas itu bersama 38 pengikutnya yang meloloskan diri dalam operasi pihak berkuasa Filipina di Kepulauan Tawi-tawi bulan lalu.

Menurut sumber, antara perkembangan terbaru yang diterima pihak berkuasa Malaysia ialah laporan siasatan telah diserahkan kepada kementerian terlibat di negara itu yang akan bertanggungjawab mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

read more...

LAHAD DATU : TAKTIK PENGGANAS SEBELUM KRISIS BERMULA DIDEDAHKAN!!


LAHAD DATU – Meskipun ancaman penceroboh di Lahad Datu sudah berakhir, namun pengalaman pahit tetap segar di ingatan penduduk. Apa yang jelas, pengganas Kiram sudah lama merancang untuk masuk ke Sabah dan menawan Borneo dengan hajat meletakkan kepulauan itu di bawah kekuasaan Sultan Sulu.

Beberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK mengakui kewujudan pelbagai tawaran dari pengganas untuk memujuk penduduk di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu, Kampung Sungai Bilis, Kampung Tinagian, Kampung Lok Buani dan Kampung Lok Sembuang menyokong tindakan mereka.

Menyoroti semula kisah enam bulan sebelum pengganas menyusup masuk ke Lahad Datu, Ketua Kampung Tinagian, Abdul Aziz Linggan mengakui ada mendapat perkhabaran mengenai kemasukan ejen–ejen pengganas yang dilantik untuk memujuk penduduk kampung menyertai mereka.



Pemandangan di Kampung Sungai Bilis.


read more...

VIDEO : Forum Perdana Diraja Bersama Ustaz Kazim Ustaz Don


BAGI YANG TERKEPAS..


Malam tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telag berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. 

Forum bertajuk "Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mendaulatkan Institusi Diraja" dianjurkan oleh Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 


read more...

BOT KARAM : 13 PAKAR DIPANGGIL BANTU APUNGKAN BOT

KUCHING - Seramai 13 pakar penyelam polis yang sedang bertugas di beberapa lokasi lain dijangka dipanggil bagi membantu usaha menarik dan mengapungkan bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Giam Bungan, dekat Belaga pada 28 Mei lepas.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Mejar Mohd Yusni Abu Bakar berkata khidmat penyelam luar negara juga dilihat antara pilihan bagi membantu usaha mengapungkan bot karam berkenaan.



Bot ekspres yang karam di Sungai Rajang, Sarawak.


"Itu adalah antara dua pilihan yang dibuat pada mesyuarat teknikal operasi mencari dan menyelamat yang diadakan hari ini.

read more...

DAH MELAMPAU!! 31 DITAHAN APABILA 2 KUMPULAN BERGADUH DI BALAI POLIS

KUANTAN - Anggota dua kumpulan tunjuk 'samseng" apabila bergaduh dalam balai polis apabila ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan, yang sebelum itu terbabit dalam pergaduhan menggunakan parang dan kayu di sini semalam.

"Sebaik tiba di Balai Polis Karak kedua-dua kumpulan terbabit bertengkar semula sehingga berlaku tolak-menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan ketua balai Sub Insp Nik Hamdan Mamat terjatuh selepas ditolak ketika cuba meleraikan pergaduhan," menurut jurucakap polis.


Gambar Hiasan


Dalam pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu sebelum itu pada kira-kira 6.30 petang, tujuh lelaki daripada kedua-dua kumpulan itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan, katanya ketika dihubungi Isnin.

read more...

DETIK-DETIK TERAKHIR PESAWAT TENTERA AMERIKA SEBELUM TERHEMPAS


Dunia penerbangan khususnya penerbangan tentera kembali berduka. Pesawat angkut tentera jenis Boeing 747-400 jatuh di Afghanistan pada 29 April 2013. Pesawat ini merupakan pesawat yang difungsikan sebagai pesawat kargo.

Pesawat tersebut jatuh di Pangkalan Udara Bagram, Afghanistan, tak lama selepas berlepas. Pesawat tersebut pada mulanya kelihatan terbang dengan normal tanpa terlihat adanya hal yang tidak beres. 

Namun tak lama kemudian, pesawat tersebut menukik dan menghentam ujung landasan.






read more...

KISAH BENAR!! MELAYU BERTEPUK BERSORAK WALAU MEREKA DIPERDAYA CINA!!



SEORANG pensyarah yang seisi keluarga fasih bertutur bahasa Cina mengesyorkan kepada Awang agar mempromosikan usaha menggalakkan orang Melayu belajar bahasa tersebut. Pandangannya itu disokong kuat oleh seorang aktivis dan tokoh korporat, yang turut serta dalam satu perbincangan ketika mengunjungi pejabat Utusan, baru-baru ini.

Menurut kedua-duanya adalah lebih mudah memahami sikap dan psiki kaum Cina jika boleh menguasai bahasa mereka. Awang setuju.

read more...

IDENTITI PENGHINA NABI DI FACEBOOK DIKENALPASTI - SHABERY CHEEK

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.



Menyampaikan ucapan di Felda Neram 1


"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.
read more...

LAHAD DATU : MISTIK DAN ANEH MENEMANI SETIAP LANGKAHAN KAMI


Bunyi aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal

SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.




Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top