Nuffnang

HABISLAH MAHATHIR : Nurul Izzah Sahkan Surat Anwar Memang Wujud!!!


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan surat lapan halaman yang ditulis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isu dalaman. “That’s internal matter (Itu adalah isu dalaman),” ujarnya ringkas apabila diminta mengesahkan kesahihan surat berkenaan.
Selain itu, Ketua Pembangkang itu juga tidak mengulas panjang sama ada PKR akan menamatkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen Deklarasi Rakyat.

“Dia (Anwar) tidak berkata seperti itu,” ujarnya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula berpandangan surat berkenaan adalah pesanan Anwar supaya berhati-hati dengan Dr Mahathir dan ia seharusnya dilihat sebagai perkara positif.

“Berwaspada bagi saya suatu perkataan yang positif, misalnya kita diminta berwaspada di jalan raya.

“Logik yang sama turut diaplikasikan dalam setiap tindakan politik kita. Saya ambil perkara itu sebagai perkara positif dan saya fikir itu peringatan yang wajar dan munasabah,” jelasnya lagi.

Dalam temuramah yang lain, Nurul Izzah iaitu anak Anwar Ibrahim selaku Naib Presiden PKR juga cuba mengelak apabila ditanya tentang mengapa semalam beliau mendakwa surat Anwar itu adalah palsu.


"Beliau (Shamsul) tidak jumpa saya semalam jadi jangan ganggunya," katanya.

Nurul Izzah sendiri enggan mengulas mengenai surat ayahnya itu dan berkata beliau memerlukan masa untuk menelitinya.

Sementara itu, whip PKR Datuk Johari Abdul ketika ditemui pemberita berkata terpulang kepada mana-mana individu sama ada untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Mahathir.

"Sesetengah mereka, bermula sejak PKR dan reformasi dihidupkan. Mereka melihat Mahathir sebagai perdana menteri dan masih tidak dapat melupainya, jadi mereka menjauhkan diri daripada menyokongnya.

"Tidak mengapa, ada yang lain menyokong juga," kata Johari.

Anwar dalam suratnya semalam mendakwa Deklarasi Rakyat yang diterajui Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak sempurna dan bukannya mahu membuat pembaharuan yang sebenar.

Semalam, banyak pihak dikejutkan dengan pendedahan surat dengan sejumlah tujuh halaman bertulis tangan itu yang menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas mengenai surat itu, seorang lagi pemimpin kanan PKR, Rafizi Ramli berkata, surat yang mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.

Naib Presiden PKR itu berkata, ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan.








Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top