Nuffnang

PANASSS!!! Kekecohan Di Debat Deklarasi Rakyat!!!


Nampaknya kesepakatan dalam gerakan Deklarasi Rakyat semakin sampai ke penghujungnya. Andainya kelmarin kita dikejutkan dengan surat tulisan tangan Anwar Ibrahim yang seolah-olah tidak merestui "pakatan" tersebut, hari ini berlaku pula kekecohan serta pertelingkahan secara terbuka diantara mereka.

Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? yang diadakan di Dewan Perhimpunan Perniagaan  Cina Kuala Lumpur, ‎ mulanya berlangsung tenang bertukar agak‎ panas dan tegang apabila panel dalam debat itu bertegang urat.

Suasana debat mulai kecoh apabila soalan yang ditanya oleh bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Saravenasan kepada Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard‎ tidak dijawab oleh Chegubard.

"Apa rancangan kamu untuk selamatkan Malaysia (sekiranya tidak bersetuju dengan Deklarasi Rakyat), tanya Ambiga kepada Chegubard.

Namun jawapan Chegubard terhadap soalan Ambiga ‎itu 'berbelok-belok' (menjawab soalan berbaur politik)  sehingga menimbulkan kemarahan daripada pasukan yang penyokong  Deklarasi Rakyat iaitu terdiri daripada ‎Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ‎bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin‎ Abu Hasan.

"Jawab ya atau tidak," kata pasukan penyokong Deklarasi Rakyat.

Namun Chegubard berterus-terusan tidak menjawab soalan tersebut sehingga menyebabkan ada peserta ‎yang menghadiri debat itu,  mula masuk campur dengan menjerit sila jawab.

Sehingga menimbulkan suasana tegang dalam dewan itu, ‎namun suasana tegang itu berjaya ditenangkan oleh penganjur dan suasana debat kembali tenang selepas itu.

Debat Perdana di anjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Saravenasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian  Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top