Hari Belia Negara 2016 (HBN) disambut serba sederhana tetapi
meriah. Pelancaran HBN yang disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM) dihadiri seramai
5000 belia.
Istimewanya HBN pada tahun ini apabila penganjur menjalinkan
kerjasama dengan FINAS. Penganjur mengadakan forum bertajuk “Kandungan Kreatif dan
Pembangunan Belia, Formula Baru Mendekati Generasi Negara Maju”.
Forum ini mengetengahkan Pengarah Filem Boboboi / Urusan
Animonsta Studios Sdn. Bhd. Y.Bhg Encik Mohd Nizam Razak, Pengarah Filem Muda
Y.Bhg Encik Pekin Ibrahim dan Pelakon / Usahawan Muda Y.Bhg Puan Liyana Jasmay.
Liyana Jasmay menyarankan agar anak – anak muda diluar sana
untuk menjadi kreatif.
“Sambutan Hari Belia sangat bagus kerana ia menjana minda
anak – anak muda diluar sana untuk menjadi kreatif. Jika anda kreatif, salurkanlah
kreativiti anda ke “channel” (saluran) yang terbaik,” ujur Liyana Jasmay ketika
ditemui selepas forum tersebut.
“Hari ini FINAS telah melancarkan pelbagai program, saya rasa
anda (golongan belia) patut memberikan perhatian dan join (sertai),” tambahnya
lagi.
Pekin Ibrahim pula menyeru orang ramai agar menyokong
industri tempatan. Beliau mahu orang ramai supaya lebih adil dalam menilai naskah
dan produk tempatan.
“Tonton dahulu hasil kerja kami. Sokonglah industri tempatan,”
ujur Pekin ketika berforum.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....