Nuffnang

#hbn2016 : Sukarelawan MYVOC Tulang Belakang Kelancaran HBN 2016


Serdang – Hari Belia Negara 2016 (HBN) tidak lengkap tanpa penglibatan dari para sukarelawan. Sukarelawan merupakan salah satu tunggak kepada kelancaran sesebuah program. Oleh yang demikian, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melibatkan bersama sukarelawan dibawah pengurusan mereka untuk terlibat secara langsung pada HBN 2016.

Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) ditubuhkan dibawah inisiatif MBM dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 25 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.

Di HBN, MYVOC terlibat secara langsung membantu MBM dalam kerja – kerja pengurusan dan kelancaran aktiviti sepanjang berlangsungnya HBN selama 3 hari di Universiti Putra Malaysia, Serdang. 

"Saya merasa bersyukur kerana terpilih untuk bersama - sama sahabat terlibat dalam Hari Belia Negara kali ini. Ini merupakan kali kedua saya bersama - sama dengan MYVOC berbakti membuat kerja - kerja amal. Saya tertarik untuk terlibat dengan MYVOC kerana ia mampu mengeratkan (ikatan) silaturrahim, dapat membantu mereka yang memerlukan dan banyak lagi," ujur Norain Binti Norashikin yang merupakan Pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau, Negeri Sembilan.

"Di HBN ini, saya dan rakan - rakan dapat bersama - sama membantu pihak penganjur dalam melicinkan perjalanan program. Saya begitu terharu kerana dapat terlibat dalam HBN kali ini," ujurnya mengakhiri perbualan.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top