“Apabila terlalu sukar untuk mendapatkan kasut bersaiz besar di pasaran, saya tekad untuk menghasilkan rekaan buatan sendiri bagi memberi memberi keselesaan.
Kebanyakan kasut digunakan gadis ini adalah rekaan sendiri sama ada rekaan bertumit tinggi, tapak rata atau kasut baji untuk digayakan mengikut trend terkini.
Walaupun baru setahun jagung dalam dunia rekaan kasut, kini Angie berjaya menghasilkan enam hingga tujuh koleksi kasut sejak 2011 yang kesemuanya untuk kegunaan sendiri.
Jelasnya, biarpun proses menghasilkan kasut yang selesa agak sukar namun atas usaha dan semangatnya, akhirnya ia membuahkan hasil apabila memakai kasut buatan sendiri.
Dia lebih banyak menghasilkan rekaan bercirikan gaya ringkas tetapi menarik perhatian sebagai lambang identiti dirinya.
Pereka fesyen muda, Joy Quek, 21, turut menjadikan festival di PWTC itu sebagai tempat untuk mencipta nama.
Mengambil inspirasi daripada konsep fesyen ketenteraan di London, Joy menampilkan koleksi rekaan kasutnya yang kelihatan unik dan menarik. Menggunakan rona hitam dan putih, ia melambangkan ketegasan serta keberanian dalam pakaian tentera di negara itu selain penggunaan butang bagi mewakili raja.
Tidak hanya tertumpu kepada pereka fesyen wanita, pereka pelatih, Wan Abdul Latiff, 24, ternyata mempunyai karisma tersendiri untuk menghasilkan kasut di bawah jenama Paula Moda.
Biarpun baru menapak dalam industri rekaan kasut, dia berjaya menghasilkan koleksi yang dilihat ringkas namun mengetengahkan warna digemari musim ini.
Baru menghabiskan pengajian dalam industri rekaan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ternyata langkah awalnya itu menerima sambutan baik daripada majikannya untuk terus memberi kepercayaan kepadanya menghasilkan kasut terkini.
Banyak menggunakan warna trend terkini tahun ini yang lebih kepada rona terang seperti biru, kuning dan oren, ia menonjolkan lagi keberanian generasi muda dalam berfesyen.
“Sebelum menghasilkan rekaan saya banyak membuat kajian atau rujukan mengenai trend terkini yang digemari generasi muda menerusi pembacaan.
“Walaupun syarikat banyak memberi tumpuan kepada perincian berlian, kita harus bijak menggunakan satu rekaan yang dipelbagaikan hasilnya mengikut kreativiti pereka itu sendiri.
“Kami lebih mensasarkan kasut untuk dieksport ke Dubai dan Itali jadi rekaan trend terkini harus diberi tumpuan supaya ia mendapat sambutan daripada pengguna,” kata yang menghasilkan 10 koleksi sejak menceburkan diri dalam industri berkenaan.
Selain Paula Moda, kira-kira 150 gerai menjual kasut pelbagai jenama bagi memberi peluang kepada pengunjung membuat pilihan digemari.
Tidak hanya kasut, pengunjung juga disajikan pelbagai pameran rekaan unik dan menarik untuk menambah pengetahuan mengenai proses pembuatannya - My Metro
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....