Nampaknya dengan hanya satu ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga.
Nik Aziz tentunya merasa lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.
Isu Kalimah Allah ini juga berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri.
Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim.
Bagi memastikan kelegaan itu berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian.
Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.
Jika dirujuk laporan-laporan serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak disalah-gunakan.
Alasan PAS ialah bagi menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat terbuka berbanding UMNO.
Tetapi, PAS tidak pernah memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan sekiranya ia tetap disalahguna? Mudah bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada kerajaan.
Apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang membongkarnya.
Hari ini, PAS turut konsisten untuk terus bermain dengan kata-kata, berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi ruang kepada puak Kristian memanipulasi kalimah Allah.
Untuk itu, Harakahdaily melaporkan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bahawa MStar telah tersalah melaporkan kenyataannya yang bertajuk: ‘Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah’ pada 9 Januari 2013.
Menurut Harun Taib, tajuk yang betul mengenai kenyataannya sepatutnya ditulis begini: ‘Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'.
Inilah kenyataan paling ‘busuk’ yang pernah keluar dari mulut seorang yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.
Soal, Kalimah Allah merujuk kepada perkataan ‘God’ di dalam Injil tidak pernah timbul dalam mana-mana kenyataan PAS yang menyokong DAP dalam isu ini, sebelum ini. Ianya kerana, ia sudah difahami dan tidak perlu diperjelaskan lagi bahawa kalimah Allah itu digunakan untuk merujuk kepada Tuhan atau ‘God’ dalam kitab dan risalah Kristian.
Inilah isunya, jika tidak tidak mungkin ia menjadi isu.
Agak-agak Harun Taib, jika bukan untuk menggantikan perkataan ‘God’ untuk apakah puak DAP Kristian ini ingin menggunakan kalimah tersebut? Sekadar sebutan? Atau untuk merujuk kepada benda-benda lain? Bukankah ini lebih teruk dan lebih sesat lagi? Takkanlah Harun Taib bermaksud bahawa jika kalimah itu dirujuk kepada benda lain maka ia tidak apa?
Apakah yang Harun Taib cuba belitkan ini? Kalau ya pun ingin membelit, janganlah dibelit diri sendiri.
Hakikatnya, sama ada kalimah Allah dirujuk kepada Nabi Isa (Jesus), atau Tuhan Bapa, atau Holy Spirit, ia tetap merupakan satu penyalahgunaan kerana kesemua itu dirangkumkan oleh Kristian sebagai satu elemen yang dianggap Tuhan (God).
Kenyataan Harun Taib membuatkan kita hairan, kenapa begitu cetek sekali pengetahuan seorang yang bergelar Ulama mengenai agama-agama langit yang ‘berselisih’ dengan Islam?
Bukankah bagi mendapatkan ‘hak’ untuk memakai gelaran Ulama, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidangnya, siap dengan kajian terperinci dan idea-idea yang bernas untuk dirujuk, dibahas atau dikaji semula oleh orang lain?
Jika inilah tahap seorang Ketua Ulama, maka tidak hairanlah bagaimana seorang yang bergelar Tokong juga mampu mempermainkannya sekali gus kesemua mereka yang hanya melangut dan menelan apa saja kata-kata ‘Ketua Ulama’ tersebut.
Jangan nanti, kerana terlalu ingin menjaga hati Tokong, maka PAS pula yang keliru antara ‘Jesus’ dan ‘Allah’. PAS perlu pastikan bahawa dalam mereka menyembah Allah SWT, jangan pula mereka menjadi hamba kepada Tokong.
"LANGKAH MAYAT GUA DULU SEBELUM BUKAN ISLAM GUNAKAN NAMA ALLAH DALAM KITAB DIORANG"
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....