SPRM menerusi kenyataan medianya sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa :
"Melayari facebook waktu pejabat itu satu bentuk rasuah. Kenyataan ini ditujukan kepada kakitangan kerajaan yang melayari facebook waktu pejabat".
Kenyataan ini mendapat respons yang pelbagai dari banyak pihak khususnya kakitangan kerajaan.
Ekoran kekeliruan ini, Timbalan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sultan tampil membuat penjelasan bahawa :
"Beliau tidak pernah mengatakan bahawa melayari Facebook' pada waktu pejabat adalah satu bentuk rasuah. Sebaliknya, ia melibatkan diri dalam urusan peribadi yang mana merupakan satu tindakan 'curi tulang' yang bertentangan dengan etika kerja yang baik".
So, korang rasa la, kalau betul seperti apa yang dikata sebelum penafian ini, berapa ramai penjawat awam yang mengamalkan rasuah??? Hahaha...... habis tu yang berurusan dengan media sosial di agensi kerajaan atau kementerian tu kira macam mana pulak?
Jangan main sedap jer. Kesian juga kat diorang ni wei.... Habis tu yang kerajaan dok buat prasarana "bagai" untuk jalur lebar tu buat ape kalau tak boleh guna? Ibarat kerajaan buat highway lepas tu penjawat awam tak boleh guna highway sebab kena bayar tol. Macam tu ker????
Walaubagaimanapun, Datuk Sutinah telah membuat kenyataan balas bagi memperjelaskan kekeliruan ini.
PUTRAJAYA: Melayari laman web sosial atau melibatkan diri dengan urusan peribadi ketika waktu bekerja ialah melanggar etika kerja dan bukannya satu bentuk rasuah.
Dalam menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan media yang menggunakan namanya, Timbalan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sultan berkata beliau tidak pernah mengatakan bahawa melayari 'Facebook' pada waktu pejabat adalah satu bentuk rasuah.
Sebaliknya, Sutinah berkata melibatkan diri dalam urusan peribadi merupakan satu tindakan 'curi tulang' yang bertentangan dengan etika kerja yang baik.
"Kami tahu rasuah itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk seperti unsur-unsur penipuan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan pihak tertentu dan sogokan.
"(Namun) curi tulang bukanlah satu bentuk rasuah. Ia adalah satu bentuk manifestasi kesalahan kerana melanggar etika dan budaya kerja," kata Sutinah selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini, Rabu.
Ahad lalu, Sutinah dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata kakitangan awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari laman media sosial atau melibatkan diri dalam urusan peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai melakukan rasuah.
Dalam perkembangan lain, pada majlis ikrar integriti korporat, Sutinah berkata 161 organisasi sektor awam dan swasta komited selepas mereka menandatangani perjanjian membanteras rasuah.
Beliau turut mengingatkan syarikat-syarikat itu supaya mematuhi lima ikrar menentang rasuah iaitu: menggalakkan nilai-nilai pentadbiran yang baik dan berintegriti; mengukuhkan mekanisme dalaman dalam menangani rasuah; mematuhi undang-undang membanteras rasuah; mengawal sebarang bentuk rasuah dan menyokong insiatif anti-rasuah yang diwujudkan oleh kerajaan dan SPRM - mStar Online
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....