Ketika anak-anak muda lain meraikan sambutan ambang tahun baru dengan percikan bunga api dan pelbagai persembahan dan hiburan, Kelab Cergas Belia Kudat sebaliknya membuktikan kesungguhan dan semangat yang tinggi mereka dengan cara lain iaitu menerusi Ekspedisi Kibar Bendera BN di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 2.00 tengah malam 1 Januari 2013.
Aktiviti yang mencabar serta cuaca sejuk ini tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka sebagai tanda sokongan belia terhadap kepimpinan Kerajaan yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia masih membara dan akan tetap bersama kerajaan.
Ekspedisi yang melibatkan lima orang belia ini hanya mengambil masa lebih kurang empat jam pendakian yang bermula dari Timpohon Gate sedikit mencabar berikutan pendakian bermula seawal jam 8.00 malam dan berjaya tiba di Puncak Low's Peak (4095m) tepat jam 12.00 tengah malam.
Dengan semangat dan kesungguhan menggalas cabaran, anak muda ini berjaya mengibarkan bendera BN di puncak tertinggi di Asia itu dengan jayanya. Ekspedisi kali ini mendapat suntikkan semangat dan dorongan daripada beberapa pemimpin antaranya Ketua Pergerakan Pemuda dan Setiausaha Umno Bahagian Kudat yang sentiasa peka dengan kehendak dan citarasa belia masa kini.
Sewajarnya anak muda hari ini yang menggalas tugas serta amanah sebagai pemimpin masa hadapan diberi ruang dan peluang bagi membuktikan semangat serta kecintaan mereka terhadap bangsa, agama dan negara seperti aktiviti sihat ini.
SUMBER : SUTERA BAYU
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....