Nuffnang

PADAN MUKA!!!:Mahkamah Arah PKR Bayar RM50 Ribu Kes Derma RM2.6 Bilion


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman yang difailkan PKR dan lima pihak lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan Najib dan tiga yang lain itu selepas mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan PKR serta empat plaintif lain tidak dapat dipertahankan.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata, PKR tiada locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu kerana parti berkenaan tidak diwakili pegawai awamnya.

Menurutnya, sebagai mahkamah sivil, ia tidak boleh memulakan prosiding jenayah terhadap Najib atau BN.

Beliau juga memutuskan mahkamah tidak boleh membuat apa-apa penghakiman ke atas SPR kerana hanya Mahkamah Pilihan Raya boleh membuat keputusan tersebut atau mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 sebagai batal dan tidak sah.

Pesuruhjaya kehakiman juga memutuskan saman terhadap 1MDB tidak kukuh kerana ia berdasarkan laporan khabar angin yang tidak terbukti.

Mohd Zaki turut memerintahkan plaintif membayar sejumlah RM50,000 kos kepada keempat-empat defendan.

Pecahannya adalah RM15,000 kepada Najib dan Tengku Adnan manakala 1MDB dan SPR masing-masing mendapat RM10,000.

Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, dua daripada plaintif dalam kes itu, berkata mereka akan mengkaji keputusan berkenaan sebelum memutuskan sama ada untuk memfailkan rayuan.

Menurut mereka, kempen kutipan derma juga mungkin dilancarkan bagi mencari dana membayar RM50,000 dalam bentuk kos itu.

PKR memfailkan saman itu pada 12 Ogos tahun lalu yang mendakwa Najib melanggar undang-undang pilihan raya susulan pendedahan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Plaintif menuntut perisytiharan bahawa dengan menerima wang itu, Najib bertindak menyeleweng dan menyalahi undang-undang serta memohon perisytiharan BN adalah sebuah pertubuhan haram berdasarkan amalan rasuah.

Semua plaintif diwakili peguam Tommy Thomas manakala Najib dan Tengku Adnan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam Datuk Tan Hock Chuan bagi pihak 1MDB dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh serta Azizan Md Arshad untuk SPR. - SUMBER
Share this article

3 Komen:

  1. bro..jaguh dalam kampung boleh la..semua badan2 ko dah pegang..WSJ? SR? Senyap je..betul kot semua tu...jgn cepat sgt padan muka pada orang lain..thanks

    BalasPadam
  2. Memang padan muka....tak pasal 2 beri duit percuma je kat Pm.Adnan dan selainnya dengar lg cerita wsj k..sr k..tu semua...kepunyaan yahudi ...apa nak dengar sangat...

    BalasPadam
  3. hahaha nak minta derma dr rakyat hasil dari kebodohan pemimpin, org sepatutnya kau yg bantu rakyat, ini rakyat pulak yg kena beban dek ketololan kau.. itupun ada juga yg bahalol pegi bagi derma tu..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top