Satu pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua UMNO bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah dijangka diadakan di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Menurut sumber, perjumpaan berkenaan dikatakan akan berlangsung pukul 4 petang sebagai susulan sidang akhbar UMNO Kedah yang melahirkan rasa hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semalam.
“Tujuan pertemuan itu tidak dinyatakan namun dipercayai susulan sidang akhbar oleh Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah itu,’’ katanya.
Akhbar sehari dua ini menyiarkan majoriti kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar.
Dalam sidang akhbar diketuai oleh Ahmad Bashah itu, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.
Katanya, seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Menteri Besar ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.
BUKAN MUKHRIZ VS NAJIB - MSTAR
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan krisis dalaman Umno Kedah membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebaliknya menjelaskan bahawa gesaan supaya Mukhriz berundur sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dibuat tanpa campur tangan Najib.
"Saya nak jelaskan kepada semua, ini bukan soal Mukhriz Vs Najib. Tak timbul isu antara mereka berdua.
"Sebaliknya ini soal negeri, kepimpinan Umno negeri yang buat keputusan. Ini adalah penolakan daripada Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz," katanya kepada mStar Online di sini.
Pada Rabu, Mukhriz menerima kejutan apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Umno Kedah serta beberapa pemimpin kanan Umno negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.
Susulan itu timbul spekulasi kononnya tindakan mengejut Umno Kedah itu ada kaitan dengan percubaan terbuka bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.
Pada April tahun lalu, Mukhriz telah didesak oleh penyokong setia Najib supaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden Umno itu.
Mengulas lanjut mengenai situasi terkini di Kedah, Shaiful Hazizy menggesa supaya Mukhriz segera akur dengan gesaan Umno negeri agar beliau berundur.
"Kami harap Mukhriz jangan panjangkan isu ini. Lebih baik berundur dengan baik. Jangan cetuskan situasi tidak aman di Kedah, tak perlu anjurkan pelbagai perhimpunan bagi meraih sokongan.
"Umno Kedah sudah bersuara dan beliau sepatutnya faham demi kepentingan parti," katanya.
AHMAD BASHAH SEBAGAI MB? - UTUSAN
Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dikatakan semakin jelas apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah disebut-sebut bakal menggantikan beliau.
Ahmad Bashah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata dikatakan mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan sebahagian besar wakil rakyat negeri itu untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.
‘‘Setakat ini boleh dikatakan sah, Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti. Tetapi apa yang pasti pemilihan Ahmad Bashah mendapat sokongan hampir seluruh pemimpin UMNO Kedah.
‘‘Tambahan pula, difahamkan beberapa pemimpin meletakkan syarat, kalau Mukhriz mahu ‘diturunkan’, beliau harus digantikan oleh Ahmad Bashah bukan calon lain,’’ kata satu sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.
Dikatakan juga pelantikan Ahmad Bashah dijangka dilakukan selewat-lewatnya akhir bulan ini dalam usaha pucuk pimpinan menyelesaikan segera kemelut politik UMNO Kedah yang tercetus berikutan tindakan pemimpin UMNO negeri itu semalam yang menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.
Sumber itu juga menjelaskan, Ahmad Bashah dilihat calon paling layak untuk menggantikan Mukhriz berikutan kedudukannya sebagai pemimpin paling kanan dan pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sebelum ia diambil alih oleh Mukhriz.
‘‘Memang ada calon-calon lain disebut untuk menggantikan Mukhriz tetapi dari segi kelayakan, pengalaman dan hubungan di peringkat akar umbi, Ahmad Bashah dilihat ada kelebihan,’’ kata sumber itu.
Di ALOR SETAR, selain Ahmad Bashah, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar turut dilaporkan antara tiga ‘Ahmad’ yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar baharu.
Ahmad Bashah yang juga Pengarah Pilihan Raya Umum Barisan Nasional Kedah pada 2013 ketika dihubungi memberitahu, masih terlalu awal untuk beliau memberi reaksi berhubung perkara tersebut.
MUKHRIZ DILANTIK TIMBALAN MENTERI? - MYKMU
DESAS-DESUS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelang perjumpaan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perhubungan UMNO dan wakil rakyat Kedah petang ini, kuat mengatakan akan berlaku pertukaran jawatan antara Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan Mukhriz Mahathir.
Mengikut perkiraannya, Ahmad Bashah akan dilantik sebagai Menteri Besar sementara Mukhriz akan ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di MITI – jawatan yang pernah disandangnya sebelum dilantik Menteri Besar Kedah selepas PRU13 yang lepas.
Ramai dikalangan ketua-ketua bahagian UMNO Kedah yang sudah berada di Kuala Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama.
Penyelesaian ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda UMNO Kedah sekarang, apatah lagi jawatan Menteri Besar memang dikirakan setaraf dengan Timbalan Menteri.
Mengulas tentang itu, secara jelas menunjukkan bahawa Najib tidak ada masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang hebat dikatakan. Kemelut ini sememangnya berlaku antara kepimpinan di Kedah dan Najib tidak terlibat sama sekali.
Tapi sebagai Presiden, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Apa pun keputusan sebenarnya petang ini.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
BalasPadamKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
Sejak PRU13. Kami pengundi DUN Air Hitam x pernah jumpa lg YB kami. Tapi dia sibuk kut. Maklum la MB. . Dpt la tgk muka dalam tv. Kalau YB biasa haruih kami lupa muka lagu mana. Minta lampu jalan 4 tiang pun x dapat2 wahal tu janji PRU 13, tapi PRU 14 ni dapat la kut..
BalasPadamHang pengundi DUN Ayer Hitam peti undi mana? Tak payah nak buat ceritalah, dasar balaci suruhan Najib.
Padam