Nuffnang

HINAKAH MEREKA? Restoran Makanan Segera Batal Pemberian Makanan Kepada Gelandangan


Sebuah restoran makanan segera di KLCC didakwa membatalkan satu program kebajikan yang membabitkan pemberian makanan kepada anak gelandangan.

Kesal dengan perkara itu seorang individu yang hanya dikenali sebagai Shahrul unclebj mendakwa, pengurusan restoran makanan segera terbabit menarik balik kebenaran dan pemberian diskaun yang diberikan sebelum ini.
Katanya, program itu yang diadakan pada Sabtu lalu, dibatalkan tanpa sebarang alasan meskipun pihaknya mahu membayar sepenuhnya makanan yang hendak disajikan kepada anak gelandangan berkenaan.

“Di dalam perbincangan mereka telah bersetuju membenarkan kami membuat program di sana. Hari ini mereka menolak permintaan kita. Salahkan mereka anak gelandangan ini yang tidak berdosa mahu merasakan makan di restoran makanan segera ini di KLCC?

“Adakah mereka ini terlampau hina di sisi rakyat. Jijikkah mereka pada pandangan pengurusan restoran makanan segera ini di KLCC?

“Kami berbincang agar membayar makanan mereka tanpa diskaun tetapi mereka tetap menolak juga. Pihak pengurusan restoran makanan segera ini di KLCC tidak membenarkan mereka membeli makanan seperti rakyat biasa,” tulisnya di Facebook rasmi restoran makanan segera terbabit.

Menurut Shahrul lagi, dia yang kesal kerana tidak dapat merealisasikan impian anak gelandangan itu hanya mampu berserah kepada suratan takdir.


Memanglah hak syarikat tersebut samada mahu memberi makanan atau tidak, namun penarikan diri saat akhir sebegini adalah tidak wajar apatah lagi apabila ada NGO yang sanggup membayar segala kos. Atas alasan apa?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top