Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju kes saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau diselesaikan menerusi proses mediasi.
Menurut peguam J. Leela yang mewakili Anwar, perkara itu dimaklumkan oleh peguam Sarah Abishegam bagi pihak Khairy kepada Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Balan ketika pengurusan kes di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Sehubungan itu, kes saman itu akan dibicarakan pada 7, 8 dan 10 Mac ini.
Pada Selasa lalu, Leela mencadangkan supaya kes saman bekas Ketua Pembangkang itu yang difailkan lapan tahun lalu diselesaikan melalui proses mediasi.
Saman tersebut difailkan oleh Anwar pada 7 Mac 2008 atas dakwaan Khairy telah memfitnahnya dalam klip video dan beberapa artikel termasuk Malaysiakini.com pada 20 Februari 2008 semasa kempen pilihan raya di Lembah Pantai.
Cadangan tersebut menurut Leela dikemukakan oleh pihaknya kepada Khairy selepas mahkamah mendapati tuntutan itu telah berlarutan selama lapan tahun namun masih belum lagi dibicarakan.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar selaku pihak plaintif mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan telah menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ yang dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com.
Anwar berkata, perkataan memfitnah itu, antara lain membawa maksud beliau terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan Islam, tidak berkelakuan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.
Pihak plaintif sehubungan itu antaranya memohon ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM100 juta, lapor Utusan Online.
Anuar ni baka sial jenis apa ni? Hari tu cakap dah kena suntik dengan kuman HIV dan diracuni arsenik....apasal tak mampus2 lagi2?
BalasPadamantibodi dia kuat...hahahaha
BalasPadamMana tak.dapat layanan kat penjara 5 star...siap beri suppliment lagi mana nak mampus cepat....
BalasPadam