GEORGE TOWN – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam
menyifatkan perbuatan kerajaan negeri Pulau Pinang menurunkan kain
rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak baru-baru ini sebagai tidak demokratik.
Beliau berkata ini kerana perdana menteri adalah pemimpin yang
dipilih rakyat dan perbuatan itu seolah-olah tidak menghormati
perlembagaan Negara yang mendukung amalan demokrasi.
“Walau apapun alasannya, tindakan itu adalah biadap dan melambangkan
keangkuhan kerajaan negeri pimpinan DAP,” katanya ketika ditemui pada
Program Muhibah Surau Al-Khauthar di Sungai Pinang malam tadi.
Kain rentang ucapan Selamat Tahun Baharu Cina perdana menteri itu
diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas alasan tiada
permit.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya semalam
menyifatkan perkara itu sebagai ‘isu kecil yang diperbesar-besarkan’.
Mohd Ali berkata di Melaka, pakatan pembangkang bebas menggantung
kain rentang atau poster ucapan perayaan tanpa perlu memohon permit.
“Jika setakat nak beri ucapan perayaan memang tiada halangan. Jadi
kami hairan dengan sikap (kerajaan negeri Pulau Pinang) yang sengaja
tunjuk kuasa tidak bertempat ini,” katanya.
Pihak Berkuasa Tempatan memang patut turunkan kain rentang tu, sebab tak guna bahasa kebangsaan langsung. Macam bukan Malaysia langsung, di sini bukan Taiwan atau China.
BalasPadam