Nuffnang

KEDAH - Suara Rakyat Tenggelamkan Pakatan Rakyat


Nampaknya, ujian rakyat terhadap kepimpinan Pas Kedah untuk menerajui negeri terbabit selepas mengambil alih daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 yang lalu dilihat gagal dan mereka menunggu masa untuk menghukum kegagalan tersebut.









Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata peluang yang diberikan oleh rakyat negeri tersebut ternyata tidak mampu dilaksanakan dengan baik oleh pimpinan kerajaan negeri.
Menurut beliau rata-rata rakyat negeri berkenaan sentiasa bertanyakan tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan yang ada hari ini tidak berupaya untuk memacu sebuah kerajaan negeri dengan baik.
“Ujian rakyat terhadap Pas Kedah sepanjang pemerintahan lalu gagal. Janji satu pun tidak buat. Nak buat litar untuk anak-anak muda, perumahan untuk rakyat dan sebagainya. Dia cuma bawa apa yang telah ditinggalkan oleh BN selepas ambil alih pemerintahan lalu.
“Kerajaan negeri dihimpit dengan pelbagai kontroversi. Soal pendidikan, isu KUIN…..kita tengok bagaimana demonstrasi pelajar dan sebagainya. Isu pembalakan, pengambilan pasir, kegagalan pentadbiran kebersihan, penjaja kecil….mana janji terhadap penjaja kecil, cukai tanah dan pelbagai lagi.
“Rakyat dah tengok dan hari ini ini rakyat tahu takkan terima lagi janji-janji baru. Jadi rakyat dah serik dan insyaallah pilihan raya umum nanti mereka  akan berikan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir semula,” katanya dalam wawancara  eksklusif bersama UMNO-Online.
Bercakap lebih lanjut soal pentadbiran negeri, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah seterusnya menambah ‘mood’ rakyat Kedah cukup tinggi untuk sama-sama melakukan perubahan.
“Rakyat Kedah dah bersedia dan lagi cepat pilihan raya lagi bagus. Mereka dah tengok dan rasa di bawah pemerintahan Pas selama 5 tahun. Mana-mana kita pi mereka bertanyakan kita bila lagi nak pilihan raya. Jadi mereka dah tak sabar dan tak tahan lagi dah. Itulah suara rakyat Kedah,” katanya.
Bercakap lebih lanjut soal komitmen BN negeri dalam memajukan negeri berkenaan sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya kali ini, Ahmad Bashah berkata beberapa perkara akan diperhalusi untuk dimasukkan sebagai menifesto tambahan BN negeri terbabit.
“Manifesto Kedah ada sedikit kelainan. Litar lumba untuk anak muda dah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Orang Muda sebelum ini. Antara yang akan kita teliti ialah perancangan untuk atasi banjir dan ianya salah satu keutamaan dan perancangan kita untuk dibawa kepada pusat dalam masa terdekat.
“Manifesto melambangkan hasrat untuk membangunkan negeri bersama dengan rakyat. Janji kita…kita akan buat..sebab itu kita perhalusi dan apa cadangan kita akan diteliti oleh pucuk pimpinan.
”Dulu-dulu manifesto ada satu sahaja. Kali ini kita ada kelainan sikit. perancangan dulu tertinggal dan sekarang ini tidak nampak apa perancangan dan pembangunan yang kerajaan negeri buat, ”katanya. -MediaUMNO



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top