Nuffnang

Ketahui Siapa Penaja PSY Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di P. Pinang !!!


Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.


Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan,” kata Oh kepada The Malaysian Insider.




I



Video di You Tube Sudah mencecahi : 1,254,762,844 



“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti,” kata beliau lagi.

Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

“DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy,” kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat.”

Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.



Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.


“Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Kami juga gunakan program lain yang lebih praktikal seperti pameran kerja untuk menarik golongan muda ini,” kata Oh.... - MI


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top