Turunkan Kain Rentang Ucapan Tahun Baru Cina Dari PM - DAP Biadap dan Tidak Demokrasi

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan perbuatan kerajaan negeri Pulau Pinang menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sebagai tidak demokratik.

Beliau berkata ini kerana perdana menteri adalah pemimpin yang dipilih rakyat dan perbuatan itu seolah-olah tidak menghormati perlembagaan Negara yang mendukung amalan demokrasi.





“Walau apapun alasannya, tindakan itu adalah biadap dan melambangkan keangkuhan kerajaan negeri pimpinan DAP,” katanya ketika ditemui pada Program Muhibah Surau Al-Khauthar di Sungai Pinang malam tadi.

Kain rentang ucapan Selamat Tahun Baharu Cina perdana menteri itu diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas alasan tiada permit.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya semalam menyifatkan perkara itu sebagai ‘isu kecil yang diperbesar-besarkan’.

Mohd Ali berkata di Melaka, pakatan pembangkang bebas menggantung kain rentang atau poster ucapan perayaan tanpa perlu memohon permit.

“Jika setakat nak beri ucapan perayaan memang tiada halangan. Jadi kami hairan dengan sikap (kerajaan negeri Pulau Pinang) yang sengaja tunjuk kuasa tidak bertempat ini,” katanya.

1 ulasan:

  1. Pihak Berkuasa Tempatan memang patut turunkan kain rentang tu, sebab tak guna bahasa kebangsaan langsung. Macam bukan Malaysia langsung, di sini bukan Taiwan atau China.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....