MUAR – Peningkatan jumlah mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyertai UMNO tahun lalu menolak
tanggapan bahawa mereka cenderung untuk menyokong pembangkang, kata
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Pilihan raya kampus tahun lalu juga menunjukkan
keputusan di mana pemimpin-pemimpin pro-kerajaan menguasai 18 daripada 20
IPT di negara ini.
“Kita menghargai sokongan mereka bukan sahaja dalam
kampus tetapi lebih penting mereka sudah bersedia membantu Barisan
Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti”,
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kelab IPT
Barisan Nasional (BN) (KIBAR) Zon Selatan di Dewan Raya Kampung Kenangan
Tun Dr Ismail 2, Sungai Abong di sini Sabtu.
Menurut Khairy, jumlah mahasiswa yang menyertai UMNO
melonjak daripada 14,000 semasa Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) dipinda pertengahan tahun lalu kepada 27,000 orang pada suku
keempat tahun yang sama.
Beliau berkata, sebelum ini ramai pihak bimbang
pindaan AUKU yang membenarkan mahasiswa menyertai parti politik akan
menyebabkan lebih ramai daripada mereka menyertai parti pembangkang.
“Saya meyakinkan pucuk pimpinan bahawa ia tidak akan
berlaku malahan sebaliknya membolehkan mahasiswa lebih cenderung
menyertai UMNO,” katanya.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berharap,
mahasiswa akan menjadikan KIBAR sebagai landasan untuk menyuarakan
pendapat membina dalam sesuatu isu, bukan menyemai kebencian seperti
dilakukan penentang kerajaan BN.
Beliau turut yakin matlamat untuk mendapatkan 5,000
penyertaan mahasiswa dalam Kelab IPT BN di seluruh negara akan tercapai
lebih awal memandangkan bilangan mahasiswa yang menyertai UMNO kini
sudah meningkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....