Nuffnang

VIDEO : Konspirasi 1MDB Untuk Perhatian Muhyiddin


SEBELUM bermula, biar penulis segarkan ingatan kepada kita semua, siapakah Lester Melanyi ini. Beliau adalah bekas kakitangan Sarawak Report dan bekas pengendali radio Free Sarawak (satu cabang dalam Sarawak Report). Abang Lester ialah seorang bekas Hakim.

Diringkaskan, Lester mendakwa tahu semua tentang apa yang tidak betul di belakang laporan Sarawak Report dan memilih untuk tidak bersetuju dengannya, malah mahu mendedahkan ketidakjujuran ini kepada umum. Tindakan Lester ini adalah wajar, melihat kepada latar belakangnya yang berabangkan seorang Hakim dan sebagainya.

Kredibilitinya juga tidak perlu dipersoalkan kerana tidak ada pihak mencabar statusnya sebagai bekas pengendali Sarawak Report sehingga sekarang.

Tidak hairan kenapa, disebalik begitu banyak ugutan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sejak video pertamanya keluar, Lester tidak gentar malah terus mengeluarkan video-video baru. Tindakan undang-undang yang diugut ke atas Lester, termasuk dari seorang ahli parlimen, (setakat ini) tak satu pun yang sudah berjalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan tindakan undang-undang ke atas media antarabangsa yang begitu berpengaruh seperti Wall Street Journal (WSJ) pun tidak mengambil masa begini panjang seperti ahli parlimen yang berkenaan untuk menyaman Lester.

Dalam video terbaru yang boleh ditonton disini, Lester mendedahkan bahawa Clare Brown yang menguruskan Sarawak Report ini, mendapat sumbangan dari Bruno Manser Foundation (BMF) sebuah NGO yang mengkhusus kepada isu-isu berkaitan alam sekitar di seluruh dunia.

Ini bukan baru, dalam video yang kedua pun dah disebut. Yang baru ialah, ada besar kemungkinan BMF tidak tahu bahawa wang yang mereka berikan kepada Clare Brown, tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya (isu-isu alam sekitar), tapi nak menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara tidak demokratik, membeli dokumen curi dan mengubah suainya.

Sekalipun kenyataan Lester belum terbukti di Mahkamah, tapi apa beza dengan laporan Sarawak Report dan The Edge, juga belum terbukti di Mahkamah. Hairannya, itu tak menghalang orang dari yang berstatus Timbalan Perdana Menteri sehingga kepada pemandu lori untuk mempercayai semua laporan itu bulat-bulat.

Pengurusan 1MDB hadir bagi penerangan di depan kabinet pun masih tidak percaya lagi, nak percaya The Edge jugak.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top