Botol plastik air minuman dari China dan cecair pencuci dari Indonesia ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Reunion di mana serpihan sayap dipercayai daripada pesawat Boeing 777 ditemui kelmarin.
Botol berkenaan ditemui hanya beberapa jam selepas serpihan sayap bersaiz dua meter panjang dan sebuah beg pakaian yang rosak ditemui terdampar di pulau kecil di Lautan Hindi itu.
Laporan penemuan botol plastik berkenaan di pulau itu mencetuskan spekulasi bahawa ia datang daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak lebih setahun lalu di selatan Lautan Hindi.
Terdapat 153 penumpang warga China dalam penerbangan itu apabila ia hilang Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bagaimanapun, media Perancis, Linfo.re menolak teori itu dengan menyatakan botol berkenaan mungkin daripada kapal kargo negara Asia yang lalu hampir dengan pulau itu. - Agensi
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....