“Biar gambar berbicara,” kata seorang pemimpin akar umbi Umno Kedah.
Difahamkan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah menemui Najib baru-baru ini untuk memaklumkan rungutan berhubung corak pentadbiran Mukhriz.
Sumber berkata, mereka ialah Adun Kuah Nor Saidi Nayan, Adun Jeneri Mahadzir Abdul Hamid, Adun Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin, Adun Kupang Harun Abdul Aziz dan Adun Pantai Merdeka Ali Yahya.
Beberapa keping gambar pertemuan Najib dengan dengan 5 Adun Kedah yang tidak sehaluan dengan Mukhriz sudah tersebar dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp.
Sumber memberitahu, Najib mengadakan pertemuan dengan 5 Adun tersebut beberapa hari sebelum pengumuman rombakan Kabinet baru-baru ini.
Daripada 5 Adun tersebut, Ahmad sebelum ini antara yang lantang mengkritik Mukhriz dan menggesa supaya anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyatakan sokongan kepada Najib atau letak jawatan sebagai menteri besar Kedah.
Ahmad ketika dihubungi mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Najib sebelum rombakan Kabinet baharu ini, bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan tersebut.
“Ya, kami ada jumpa Najib baru ini. Tapi saya tidak ingat bila,” kata Ahmad Lebai yang enggan menerangkan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Sumber memberitahu, Adun yang berjumpa dengan Najib membuat luahan hati mereka dan menyatakan ketakpuashatian mereka terhadap cara pentadbiran Mukhriz.
“Mereka mengadu banyak perkara tentang Mukhriz, mengadu domba pun ada juga,” kata sumber itu (SUMBER)
Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan bersama pengerusi Badan Perhubungan Negeri di kediamannya petang ini.
Mesyuarat yang diadakan di Seri Perdana dijangka bermula jam 5.30 petang itu dijadualkan tamat 6.30 petang ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor Ahmad Asri Kalbi.
Beliau bagaimanapun tidak mengetahui butiran lanjut pertemuan itu diadakan.
"Semua pengerusi Perhubungan Umno negeri seluruh Malaysia akan hadir," katanya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno seharusnya mengadakan mesyuarat hari ini, namun susulan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan perdana menteri pada Selasa, mesyuarat itu dibatalkan.
Pembatalan mesyuarat itu dimaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi melalui satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhyiddin bagaimanapun masih lagi menjawat timbalan presiden Umno.
Beliau pada sidang media di kediamannya sebelum ini menyuarakan keyakinan kedudukannya dalam parti Melayu itu akan selamat.
Selain beliau, Datuk Seri Shafee Apdal turut digugurkan daripada Kabinet Najib selepas kedua-dua mereka lantang mengkritik cara Najib menguruskan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Shafee merupakan naib presiden Umno, bersama-sama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang kini dilantik sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin, dan juga Datuk Seri Hishamuddin Hussein, yang kekal sebagai menteri pertahanan.
- SUMBER
- SUMBER
*** Khabarnya 2 Lagi Jawatan MB Akan Beralih Tangan Petang INI (bermakna 2 di Utara dan 1 di Tengah). So, TUNGGUUUU....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....