Nuffnang

RANGKA PESAWAT!!! Misteri MH370 Bakal Terungkai? (GAMBAR)


TERKINI : Serpihan Pesawat Dijumpai Terdampar di Pantai Pulau Reunion Timbulkan Spekulasi Dari Pesawat MH370. Lagi gambar-gambar di bawah.


Reunion Island – Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.

Beberapa gambar serpihan pesawat itu dikongsi oleh pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan terbaru itu.


Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. 

Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. 

"Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. "Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. 

"Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. "Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. 

Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara. 

Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan. "Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. 

Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya. Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. 

Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670. "Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. 

"Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph


POLIS mengusung serpihan daripada pesawat yang tidak dikenali selepas ditemui di kawasan pantai Pulau Reunion, timur Lautan Hindi. Serpihan berukuran dua meter panjang itu adalah bahagian sayap ditemui pekerja pembersihan di kawasan berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa Perancis yang memulakan siasatan.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top