Demikian rintihan seorang bapa, Mohd Fauzi Mat Hassan, 42, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani yang merayu supaya anak sulung dari empat beradik itu segera pulang ke rumah kerana seluruh ahli keluarga terlalu sayangkannya.
Mohd Fauzi menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya, Noor Atashsya Nabila yang hilang.
Pesara tentera itu berkata, anak keduanya, Nur Quratul Aini, 4, terlalu rapat dengan kakaknya, sering mencari Noor Atashsya sejak dia tiada.
“Saya juga bimbang dengan kesihatan anak kedua yang terlalu rindu kepada kakak sulung sehingga boleh menyebabkannya jatuh sakit,” katanya lagi
Selain Nur Quratul Aini, Noor Atashsya turut mempunyai sepasang adik lelaki kembar berusia enam bulan yang cukup disayanginya.
“Kakak tak ingat kat adik-adikkah, tak kesian kat adik? Marilah balik, semua adik-adik rindukan kakak,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, sejak kehilangan anak gadisnya itu, dia tidak pernah berhenti berharap dan mencari di mana sahaja kemungkinan anak itu berada.
“Saya bimbang sangat keadaan dirinya yang sehelai sepinggang, tidak tahu berada di mana, makan atau tidak, begitu juga dengan saya dan keluarga, tidak terurus sejak kehilangannya,” katanya.
Katanya, dia langsung tidak dapat lelapkan mata dan menjamah makanan, kerana fikirannya serabut memikirkan di mana anaknya itu.
Disebabkan itu, Mohd Fauzi merayu kepada anaknya, walau di mana sahaja berada supaya pulang segera atau sekiranya berada dalam kesusahan boleh menghubunginya secepat mungkin.
Menurutnya, sebagai bapa, dia amat risau dengan kehilangan anak yang dikhuatiri terpengaruh dengan pelbagai cabaran di luar apatah lagi dalam keadaan masih berada di ‘mood’ Aidilfitri.
“Saya cukup bimbang dengan dirinya, dia juga keluar sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Saya juga berusaha berikhtiar berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk menjejaki anak saya. Bagaimanapun, ada yang memaklumkan, anak kini berada di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan saya dalam perjalanan ke sana.
“Tidak cukup dengan itu, saya juga telah mengedarkan gambar Noor Atashsya Nabila ke seluruh tempat yang dirasakan boleh membantu dalam pencarian saya,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, ada antara orang awam yang mengakui pernah terlihat anaknya dengan memakai tudung berwarna merah kuning di sekitar Sungai Petani.
Menurutnya, sekiranya anaknya menyedari atau terbaca berita mengenai kehilangannya, dia meminta Noor Atashsya segera pulang.
“Saya merayu sangat marilah pulang ke rumah, segala perselisihan faham sekiranya ada sebelum ini minta dilupakan, kerana semua ahli keluarga masih sayangkan dirinya,” katanya.
Katanya, keluarga hanya menyedari anaknya tiada di rumah setelah tiada di bilik ketika mahu mengejutkannya bangun tidur 21 Ogos lalu.
Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada malam kejadian.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Mohd Fauzi di talian 012-4013682.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....