Buat renungan kita semua, bingkisan kisah yang dipetik dari kisah benar pemuda bernama Acik untuk kita fikir-fikirkan.....
Assalamualaikum
Rasanya malam ini rasa kesal dan malu menyelubungi diri nie, bukan kali pertama hal nie berlaku tapi dah berkali-kali. Kadang acik fikir, apa nak jadi dengan anak gadis kita zaman sekarang nie. Di mana rasa malu dan kepentingan menjaga maruah diri sendiri. Tadi acik tiba-tiba di hantar di facebook acik. Baca di bawah nie.
Terkejut betul acik, mulanya acik ingatkan kenapalah siap cerita tentang kesusahan hidupnya, rupanya dia menjual dirinya. Astaghfirullah hal a'zim apa nak jadi dengan anak muda kita sekarang nie.
Apa yang jelas, ramai remaja yang tidak mementingkan maruah hidup tanpa hal tujuan. Malah, mereka tidak memahami apa itu maruah. Bagi mereka maruah hanya dikaitkan dengan hubungan sesama mereka. Remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat dan boleh buat sesuka hati.
Sebaliknya, mereka tidak ambil peduli jika yang menegur itu ibu bapa atau orang dewasa. Mereka menganggap orang dewasa tidak memahami perasaan atau jiwa remaja serta masalahnya . Tapi itu bukan alasan untuk melakukan aktiviti terkutuk ini.
Puas acik menasihat remaja ini, apa yang dibalasnya adalah kata cacian yang dilemparkan. Dan dia terus block acik dari facebook. Ini sebagai satu pengajaran untuk acik tak approve sesuka hati orang yang "add" acik di facebook .
Inilah apabila teknologi di salah gunakan. Ya Allah selamatkan remajaku dan adik-adikku ya Allah.
- SUMBER
BB : Salahkah BB berkongsi kisah-kisah dan artikel dari sumber lain? Ada pihak yang nampaknya tidak senang dengan cara BB ni memaki hamun BB. Terpulanglah.....
"Menulis Bukan Kerana Nama"
boleh bantu saya hubungi dia? bukan untuk langgan.. saya nak bercakap dgn dia
BalasPadam