Nuffnang

AWAS!! Hati-Hati Dengan Maybank2u Dan DiGi Anda!!

Kisah kali ini merupakan kisah benar yang berlaku ke atas jiran BB. Bukan berniat nak menakut-nakutkan pengguna maybank2u apatah lagi untuk memburuk-burukkan perkhidmatannya, cuma sekadar membuka mata para pengguna supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berulang.




Kejadian berlaku pada 2 syawal yang lalu apabila jiran BB hendak mengeluarkan duit bagi kegunaannya semasa Hari Raya. Almaklumlah, Hari Raya katakan... lebih banyak yang keluar dari yang masuk kan.

Sahabat BB pun pergilah ke sebuah mesin atm Maybank dengan hasrat untuk mengeluarkan RM1,000. Namun, alangkah terkejutnya sahabat BB apabila jumlah baki di dalam akaun Maybanknya hanya sekadar RM60 sedangkan dalam simpanan sepatutnya RM15,060.

Hait!! Apa sudah jadi? Ke mana pergi duit simpanannya?

Dipendekkan cerita....

Laporan serta merta dibuat kepada Maybank dan maklumbalas yang diterima daripada pihak perbankan tersebut ialah "Maaf, transaksi maybank2u anda telah berjaya mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian tersebut'.

Sahabat BB tidak berpuashati lalu membuat siasatan sendiri dan mendapati :

1. Username dan password maybank2u beliau telah di "hack" 
2. Had pindahan kredit harian beliau telah dinaikkan kepada RM10,000 berbanding asal RM3,000
3. Berlaku 2 kali transaksi melibatkan pindahan wang ke akaun lain.

Mesti pembaca semua terfikir bagaimana transaksi ini berjaya memandangkan setiap urusan pembankan online ini memerlukan pin kod atau tac no bagi meneruskan sesuatu proses pembayaran atau transaksi? Dan pin kod ini biasanya hanya akan dihantar ke nombor telefon anda yang berdaftar bukan?

Ada cerita lagi dari sahabat BB ni.

Rupa-rupanya, seminggu sebelum raya (tak ingat tempoh sebenar) sahabat BB ni mengalami gangguan telefon pada talian DIGI yang dimilikinya.




Rupa-rupanya, telah ada individu yang menyamar sebagai saudara kepada isterinya pergi ke pusat servis DIGI (kat Ekuin Park) dan membuat penukaran sim card bagi nombor telefon beliau. Dan pekerja di pusat tersebut tanpa banyak soal telah mematikan servis no telefon sahabat BB ni tanpa sebarang halangan dan menukarkannya dengan yang baru. 

Persoalannya di sini, bagaimana pekerja di kedai tersebut membenarkan penukaran sim kad yang baru tanpa kehadiran pemilik sim kad asal yang berdaftar?

Cukup pintar modus operandi penjenayah ini. Hacked username dan password maybank2u, kemudian tukar sim kad nombor telefon mangsa, dan seterusnya membuat pindahan kredit secara online.

Info terbaru dari sahabat BB ini, beliau sedang mendapatkan nasihat perundangan dari firma guaman untuk tindakan yang sewajarnya. 

Semoga kes ini memberi peringatan kepada kita supaya sentiasa menyemak transaksi bank kita secara kerap dan membuat penukaran password sentiasa. Jangan sesekali membuat transaksi di pusat-pusat siber atau menggunakan wifi percuma yang disediakan di kedai atau mana-mana restoran.

BB akan cuba dapatkan update seterusnya daripada sahabat ni untuk kita kongsikan bersama sebagai panduan.
Share this article

30 Komen:

  1. Yang paling afdal,, x perlu pakai maybank 2 U.Perlu rajinkan diri pakai ATM dan CDM utk transfer. Sesuaikan gaya hidup dgn bataskan self service provider sebab byk negatif dari baiknya.

    Saya pun dah terkena,, hingga kini dpt selesaikan cuma 30% dari amaun. Cukluplah tu.

    BalasPadam
  2. saya seringkali dihubungi yang mengaku dari maybank...tapi sya tidak layan sebab call lepas 5 petang. Apakah bahaya juga dengan akuan Maybank saya?.Mereka tel dari kl bila call balik tak dapat (sehala).

    BalasPadam
  3. Kerja tokey-tokey cinabeng ni kalau tak kaya dengan menipu bukan cinabeng namanya. Dah kaya gunakan semula kekayaanya untuk hapuskan Melayu. Lepas tu berteriak kununnya bangsa mereka teraniaya. Cis lahanat. Maybank juga dapat nama buruk.

    Digi tokey cina harbi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybank bukan tokey Melayu ke?

      Padam
  4. selalunya kalau yang call lepas pukul 5 tu geng2 nk jual insuran, xpayah layan lah

    BalasPadam
  5. yang terbaik guna komputer sendiri dan pakai 1 browse je, contoh Internet Explorer hanya untuk online bank, tak kira lah maybank/public dll, untuk facebook dll, guna firefox/chrome.

    kalau kena phone/tablet pun boleh install maybank2u, tapi jangan le install program yang entah apa2 entah.

    kalau boleh jangan bagi orang pinjam mana tau dia install key logger.

    pastikan antivirus adalah yang terkini kalau ada jenis free pun dah ok dan bukan yang beli dari orang yang murah2 seperti kaspersky 20/30 ringgit tu sebab dia pun hack/yang lama.

    BalasPadam
  6. Macam tak logik je cerita ni..takkan la tuan punya telefon tak tau nombor telefon dia dah ditamatkan perkhidmatan? Dah tentu telefon tu dia guna hari2 kan? Hurmmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia tukar no tel utk urusan maybank2u. bukan tukar no tel dia.

      Padam
  7. Jom kita pindah semua duit yg ada dari maybank kepada bank lain.

    Pengalaman saya lah, maybank hanya berminat dgn akaun-akaun besar je ... yg kecik-kecik macam kita tak akan dilayan walaupun dah buka akaun selama lebih 20 tahun dan ade kad kredit maybank selama itu.

    Email kpd mbb tak dilayan. Minta tukar kad kredit kepada yg Islamic pun tak dilayan walaupun dah isi borang kat sec14 PJ.

    Memang maybank tu hampas kerana tak layan pelanggan kecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan "RIBA: itulah jadinya...

      Padam
  8. aku tengok masalah utama adalah pembekal perkhidmatan telefonitu (DG). bagaimana mrk boleh luluskn pertukaran tanpa pengesahan dari empunya nombor? boleh pula bagi tukar begitu shj tanpa tunjukkn kad pengenalan? mengapa begitu rapuh prosedur DG? atau
    pekerja yg memproses pertukaran nombor tersebut adalah pencuri atau rakan subahat pencuri itu?

    -wau

    BalasPadam
    Balasan
    1. munkin mereka merancang dari awal lg...kebanyakakan pencuri cyber adalah mereka yg profesional....tau selok belok comunication tech...jd sebulan skali kna tukar pswd...

      Padam
  9. Pelik gk.Pasal sebelum nih nak wat sim card baru pasal hp hilang, diaorg minta report polis sekali.Leh sama Digi kalau diaorg senang2 tukar sim org

    BalasPadam
  10. Maybank ada mslh sedikit pasal layanan...mcm burusan dgn robot dkat sini..tmpt lain tak tau,tp bnk lain ok...

    BalasPadam
  11. "mematikan servis no telefon sahabat BB ni tanpa sebarang halangan dan menukarkannya dengan yang baru" .xkan org yang sedng menggunakan no ni x sebarang gangguan....pelik je jln cerita ni...

    BalasPadam
  12. penjenayah masih boleh dikesan..kenal pasti no.account penerima dalam pindahan wang tersebut..

    BalasPadam
  13. Cimb pun sma,3 cwgan sya brurusan,layanan teruk skali,,yg kita nk kuarkan duit kita tp layankita mcm minta duit diorg plak.tau la kerja sbgai pegawai bank,jgn la blagak dn ingat org yg biasa ni xtau nk berurusan...mmg tobat nk menyimpan di cimb lg.msk keje lewat.nk blik keje lg stgh jàm pun xnk trima sbrg urusan.

    BalasPadam
  14. Betul ke kredit limit boleh up sampai RM10k.....? untuk incress kredit limit perlu ada atm kad...........? macam pelik jer kes nie.....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg senang.boleh ubah kredit limit kt internet jer.. yg penting bg tag no yg diberi hanya pd pemilik kad berdaftar. bg sy, dalam kes ni staff dg yg bersalah.. penukaran tidak mengikut procedure.

      Padam
  15. Tn,

    sy pun kena kes yang sama 13/08 baru ni tapi
    tu kes libatkan Maybank n Celcom

    mohon emailkan kan contact jiran tuan tu, email ke mdfaizalha@gmail.com
    nak tahu akan apa tindakan utk solvekan problem ni, at least ktorg
    bole share juga our action yg dah dibuat

    tq



    tq

    BalasPadam
  16. aik pelik gak ye...bru je daftar tuk no tel kt maybank tp mmg strict prosedur...mmg suh isi borang n mintak IC, xkan ar yg saudara isteri dia pon de IC dia, nk tukar nombor bkn leh p atm je mmg kna p kaunter...

    BalasPadam
  17. pelik juga ya..camana penjenayah ni tahu akaun sape die nk hack..maksud saya..akaun saudara mmg ada jumlah duit yg byk..15K..berbanding akaun saya yg selalunya 3K pun x sampai..huhu..ada pihak lain terlibat ke agaknya?..harap ade siatan lanjut mengenai perkara ini...

    BalasPadam
  18. Masa nak tukar sim card tu, petugas Digi tu tak minta Mykad pengguna ke?

    BalasPadam
  19. Saya rasa pelik, andaikata hacker tu tukar sim card sekali pun, nombor masih sama kan. Contoh:
    No asal: 016-666 6666. Lepas tukar sim kad, nombor pun masih 016-666 6666. Katakanlah juga no hp untuk TAC M2U pun 016-666 6666.
    Jadi katakanlah hacker tu dapat ambil sim kad baru tu dan masuk no handphone dia sendiri. Jadi mcm mana dia boleh tahu username & pasword maybank2u owner yang asal?
    Melainkan kalau owner tu hp dia di mana2, dan ada save username & pasword di dalam telefon tu, jadi mungkin lah dia boleh dapat tahu username 7 password tu.
    Macam tak logik aje cerita ni (saya sekadar nak kepastian).
    Soalan, bilakah kali terakhir owner aksess akaun M2U dia.

    Andainya no telefon masih tak tertukar, sekiranya ada apa2 transaksi M2U, pasti kita akan dapat SMS automatik dari M2U mengatakan 1) kita minta tac untuk buat sesuatu transaksi 2) Setelah berjaya, kita akan dapat satu lagi sms dari m2u mengatakan transaksi telah berjaya.

    Melainkan owner browse M2u menggunakan software yang di download, dan bukannya menggunakan browser pada telefon pintar. Situ mungkin software yg di download adalah malware yang mana di dalam software tersebut ada keylogger untuk membaca setiap usernama & pasword yang di tapi.

    jadi yang saya pelik. Andainya hacker berjaya dapat username & password m2u tu, andainya dia minta tac tu, tidakkah hp owner tak terima tac tu?

    dan satu lagi, untuk tukar tac number yang baru, cuma ada 2 cara, 1) owner pergi sendiri ke cawangan maybank untuk tukar no. handphone untuk tac. 2) Di atm - tapi disini kad atm diperlukan untuk tukar TAC no.

    Adakah sebenarnya, kad ATM & handphone sebenarmya telah tercicir, dia dijumpai oleh hacker ni? Hanya dengan 2 benda ni aje barulah hacker boleh pindahkan wang ke akaun lain.

    Melainkan owner telah terperdaya dengan sms "Tahniah, sim kad anda berjaya memenangi hadiah RM50,000, sila hubungi 012-xxx xxxx untuk menebus hadiah". Dan setelah owner menghubungi no tersebut, dan dari situ lah bermulanya owner diperdaya.




    BalasPadam
    Balasan
    1. oit,Diorng mesti suruh tokey digi tu,untuk foward segala message atau call dari no yang lama,so message akan foward ke no yang baru,ayah saya penah tukar no phone,and dia suruh foward segala sms atau call ke no yang baru,thats all,hacker nie pandai

      Padam
  20. Betapa Susah anda membuat password yg susah, hackers dgn senang bole dapat.
    Terutama di kawasan yg mempunyai free WiFi. Dan Kita menggunakanya untuk urusan perbankan Dan urusan2 sulit peribadi

    BalasPadam
  21. xde guna gak trace ikot no account, penyamun blh mntak para gelandangan bukak account n gunakan card dorg tuk transaksi ni... yang kene tangkap akhirnya si gelandangan ni la jgak... penyamun senang lenang je.....

    BalasPadam
  22. 不要有任何种族主义..

    BalasPadam
  23. nk tanya kalau dah buat aduan kat maybnk pun takde apa2 tindakan..nk buat aduan kt mn lagi ye

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top