Nuffnang

KECEWA : Air Asia Oh Air Asia!!



SEPANG – Beberapa pesawat AirAsia yang sepatutnya mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini semalam terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ekoran kesesakan trafik udara di LCCT.



PARA penumpang pesawat AirAsia tiba di LCCT Sepang selepas mengalami kelewatan selama lima jam semalam.


Ekoran itu, para penumpang penerbangan itu melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila penerbangan mereka tiba lewat daripada jadual.

Satu daripada penerbangan terlibat ialah dari Perth, Australia yang lewat lebih lima jam.

Penerbangan itu yang berlepas pukul 6.20 pagi dari Perth sepatutnya tiba pukul 12 tengah hari tetapi hanya dapat mendarat di LCCT pada pukul 5 petang selepas dilencongkan ke Subang.

Share this article

3 Komen:

  1. Reporter ni dah takde berita lain nak pergi ami ktau ke.banyak lagi kes gangster kena bunuh sibuk nk kena siasat etc etc.Air Asia bukan ke share sama runway di KLIA dgn semua airline lain.LCCT adalah salah satu hub tp runway semua sama.Dimana Air Asia mendarat disitulah MAS,Qantas dan sebagainya mendarat..klu dilencongkan tu maknany Air Traffic controller lah yang lencongkan bukan Air Asia sendiri ..apa lah punya reporter...

    BalasPadam
  2. tak boleh salahkan AirAsia, tetapi perlu salahkan Malaysia Airport kerana kelewatan KLIA2, fleet AirAsia makin bertambah kerana AirAsia dah target tahun ni dpt memulakan operasi di KLIA2, tapi apa dh jadi skrang, ditunda lagi sehingga tahun depan...AirAsia tak saman malaysia airport dh cukup bagus, kalau aku jd ceo memang dh saman dh, sebab melibatkan reputasi syarikat...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top