Nuffnang

TRAGEDI : GAMBAR KEMALANGAN MAUT KONVOI DIRAJA TERENGGANU

Gambar-Gambar Kemalangan Maut Yang Melibatkan Konvoi Motor Berkuasa Tinggi YAM Tg Sri Temenggung Raja Di Mersing Tengah hari Semalam





Lagi gambar- gambar nahas yang menyebabkan 2 terkorban











Laporan kemalangan Maut melibatkan 5 buah kenderaan iaitu Lori Tanker no. NCF3337 (scania), msikal no. PAG. 100(Harley Davidson 1700cc), msikal no. WXX747 (harley davidson 1700 cc), msikal no. WSP7622(kawasaki 1700 cc) dan msikal no. WTS7747( suzuki 1500 cc)

Fakta kes:

Pada 30/06/13 @ 1200hrs di km 38 jln JB- Mersing(By Pass), Konvoi motosikal berat di eskot oleh 1 X-trail polis, 3 msikal Trafik dan 10 msikal awam dr arah JB hala Terengganu dan apabila sampai di tempat kejadian Lori Tanker telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar 4 msikal. 

Penunggang msikal PAG100 dan WTS7747 mati di tempat kejadian manakala penunggang msikal WXX747 cedera parah manakala pembonceng cdr ringan dan penunggang msikal WSP7622 cdr ringan.

Cuaca hujan jln turun bukit. Pemandu Lori ditahan bantu siasatan.

Butir simati:
Nama: Abdul Rashid bin Mansor
Umur: 48thn
Alamat: Taman Ibai Indah Terengganu

Nama: Mohamad Hisham bin Salleh
Umur: 37 thn
Alamat: Kpg. Gemuroh Marang terengganu

Kes disiasat di bawah seks. 41(1) APJ. Konvoi m/sikal sebanyak 10 buah ini adalah kumpulan rombongan Tuanku Temenggong Terengganu yang berpecah utk balik ke Terengganu manakala sekumpulan rombongan mengikuti Tuanku Temenggong menghala ke Kuala Lumpur.

Tuanku Temenggong telah patah balik dan hadir ditempat kejadian.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

- SUMBER


BERITA DARI BERNAMA PULA :

KOTA TINGGI – Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera selepas konvoi yang disertai mereka merempuh sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini ketika konvoi 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima buah kereta itu dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu menuju ke Kuala Terengganu.

Difahamkan konvoi berkenaan turut disertai oleh orang kenamaan dari Terenggganu.

Bagaimanapun orang kenamaan berkenaan sebelum itu dilaporkan telahpun berpisah dari konvoi berkenaan sebelum kemalangan itu berlaku membabitkan tiga buah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd Nor Rasid ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi, berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan Mohamad Hisham Salleh, 36 dari Kampung Gemuroh, Marang Terengganu.

Mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Saufi Said, 48, dan Anisar Muhammad, 49, isteri kepada Muhd Zulkeri Embong, 45 yang mengalami cedera ringan.

Mohd Nor berkata, kemalangan tersebut berlaku selepas lori tangki tersebut dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di jalan raya.

Menurutnya, dalam masa yang sama konvoi tersebut yang datang dari arah Johor Bahru tidak sempat mengelak lalu merempuh lori tersebut sehingga menyebabkan salah sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi motosikal terputus dua.

“Lori tangki tersebut tidak membawa apa-apa muatan. Ketika kejadian keadaan cuaca hujan dan jalan licin,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa cedera parah dipindah ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. 

Menurutnya pemandu lori berkenaan telah ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Sementara itu, anak kepada Muhd Zulkeri, Shahir Zulfyri, yang mengikuti konvoi itu, berkata mereka bergerak dari Johor Bahru kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum terlibat dalam kejadian tersebut.

“Ketika itu saya menaiki kereta manakala ayah dan ibu menaiki motosikal (Harley Davidson). Saya dapat melihat dengan jelas lori itu hilang kawalan dan melintang di tengah-tengah jalan menyebabkan ahli konvoi melanggar lori tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit kecemasan Hospital Kota Tinggi. 

– Bernama
Share this article

1 Komen:

  1. Al-Fatihah dan takziah diucapkan kepada mangsa kemalangan maut. Diharap kepada penunggang motor berkuasa tinggi akan lebih berhati-hati dalam soal keselamatan...dimasa akan datang..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top