Kerajaan rasis! Kaum India tidak diberi perhatian! Mana janji Najib? Janji Matrikulasi sekadar wayang BN!
Itulah ungkapan MP-MP PR yang sejak kebelakangan ini cuba mengungkitkan isu lapok setelah kehilangan idea untuk menyerang MIC,YB Kamalanathan dan Najib. Jom kita lihat kronologi kegagalan mereka...
22 Jun 2013
Sekumpulan NGO membuat protest dihadapan pejabat PM. Baca selanjutnya disini . NGO yang diketuai oleh Thiruvengadam memberitahu bahawa mereka akan berdemo esok ( 23 Jun 2012 ) di hadapan Ibu Pejabat MIC.
23 Jun 2013
NGO tersebut mengadakan protes dihadapan Ibu pejabat MIC . Juru cakap protest ,A Thiruvengadam telah menyerahkan senarai nama pelajar yang layak (tetapi tidak diberi tempat) oleh kepada wakil MIC . Sebanyak 333 nama pelajar diserahkan untuk tindakan MIC.
Apa yang pelik jumlah kehadiran pada hari tersebut tidak melebihi 30 orang? Kenapa pelajar-pelajar itu tidak menyertai protes tersebut??
Menurut salah seorang rakan facebook yang menyertai protes tersebut,ianya satu kegagalan kerana tidak mendapat sambutan dari ibu-bapa dan para pelajar.
Ini adalah gambar yang dimuatnaik oleh rakan fb dan dibawa adalah ulasan beliau :
Serangan demi serang 'dilancarkan' oleh NGO yang disokong oleh Pembangkang. Sasaran mereka adalah Kementerian Pendidikan Malaysia dan YB P.Kamalanathan.
Mereka juga mula mengatur langkah dengan percubaan untuk protes bagi kali ke-dua , kali ini di hadapan Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia. Protes ini dinamakan 'duduk & bantah'. Menurut salah seorang penganjur , penunjuk perasaan akan DUDUK DI ATAS TIKAR DAN AKAN BERPAYUNG SEBAGAI TANDA PROTES!!
Tetapi ini yang berlaku..
Tiada payung..tiada tikar..dan juga.....................
Tiada sambutan...... Hanya penyokong mereka sendiri berhimpun... Mana perginya 333 pelajar itu??
Kali ini , rakan facebook sekali lagi menyatakan kekesalan beliau.
Ini bukan fitnah, tetapi pengakuan dari salah seorang daripada mereka. Berapa banyak pelajar/ibu-bapa hadir??
Ternyata pelajar-pelajar ini tolak sebulat-bulatnya demonstrasi jalanan! Penulis bersyukur melihat ramai kaum India kini sudah sedar dan tidak mahu diperbodohkan oleh pembangkang!
Jadi apakah kebenaran disebalik dakwaan bahawa ramai pelajar India ditolak??
Apakah ini satu strategi untuk memburukan nama baik Kementerian dan Menteri??
Walau apapun, kepada pelajar yang layak... tak perlu berdemo.. sila ke pejabat Kementerian.. Penulis pasti anda pasti akan dibantu.
- SUMBER
Ape la puak2 pembangkang ni.....orang yg tak dpt masuk metrikulasi tak ada ape2 pun.N kalau ada masalah pihak kerajaan scara terbuka utk berunding.Wat ape puak2 cari makan ngan simpati undi dpd yg tidak tau ujung pangkal masalah.Oleh itu wahai mereka yg hadapi masalah apa2 sja berkaitan dgn pengurusan oleh pihak kerajaan pergi sja ke pejabat tertentu n tanay n rundinglah.Mintalah rayuan,minta la penjelasan.Saya rasa snang saja.Sya slalu ke mana2 jbatan n di layan ngan baik.Jnganlah ikut peranagi puak2 hantu raya.
BalasPadam