Nuffnang

APA DAH JADI?? ADA KEMENTERIAN YANG HANYA 17 % GUNA BAHASA KEBANGSAAN!!




Sememangnya AMAT MENGECEWAKAN ! Dalam kita duk pertahankan maruah Bahasa Kebangsaan dan mengkritik pihak2 yang dengan sengaja memperlekehkannya termasuk di sekolah2 vernakular, rupa2nya para penjawat awam pun 2 X 5 !

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mencadangkan agar semua kementerian dan jabatan kerajaan melantik juruaudit bahasa bagi memantau penggunaan bahasa Melayu dalam setiap urusan.

Ketua Pengarah DBP Datuk Dr. Awang Sariyan (berbaju hijau) ketika mengemukakan cadangan itu berkata, kajian oleh DBP menunjukkan terdapat kementerian yang menggunakan bahasa Melayu hanya 17 peratus dalam urusan harian termasuk mesyuarat. - Mkini.

Kementerian mana yang BERLAGAK NAK MAMPOS tu ?Bahasa apa yang digunakan kalau bukan Bahasa Kebangsaan ? Bahasa Cina ? Bahasa Omputeh ? Bahasa Jerman ?

Patutlah kerajaan langsung tidak bersungguh2 dalam soal menjaga maruah Bahasa Kebangsaan. Kakitangan kerajaan sendiri ramai yang tidak punya jati diri kebangsaan ! 

Apalah nasib bahasa Melayu kita ..... Kalau orang Melayu sendiri dah tak reti nak hormat, dah mengagungkan bahasa luar .... apalagi yang nak kita harapkan ?

Lebih baik hapuskan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa. Jangan digunakan lagi kerana setiap kali terbaca, ia akan mengingatkan kita betapa jiwa orang Melayu kini sudah tercemar.

Tidak hairanlah makin ramai Melayu LIBERAL sekarang ini. Melayu yang hanya pandai bercakap soal harga diri bangsa tapi langsung tidak dipraktikkan apa yang disebut. Itu pun kalau mereka masih mahu cakap tentang nasib bangsa, tidak kurang ramainya adalah Melayu yang langsung MALU dengan MELAYUnya.

Dan yang paling teruk adalah pemimpin2 Melayu LIBERAL yang hanya tahu menjual nama MELAYU demi mengekalkan kuasa tapi dari segi tindak tanduknya langsung tidak ada semangat Melayu ! Pemimpin2 Melayu sekarang lebih teruja mempertahankan hak bangsa Bukan Melayu memperjuangkan nasib bangsa mereka .... tapi nasib bangsa sendiri terabai.

Cuma masa nak mengundi saja pemimpin2 Melayu akan berebut2 mendabik dada - AKULAH PEJUANG MELAYU SEJATI, UNDILAH AKU DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU ! Lepas menang, langsung tidak kedengaran lagi ..... yang kedengaran cuma - KITA KENA BERSIKAP TERBUKA.... KITA KENA INCLUSIVE..... KITA KENA BODEK BANGSA LAIN BLA BLA BLA ..... PTUUUUIIIHHH ! !

Kepada siapa lagi bangsa Melayu harus bergantung harap demi MARUAH ?

Share this article

1 Komen:

  1. Baru-baru ini saya menalipon polis di Kuala Lumpur – yang jawab talipon dan pegawai; keduanya TAK FASIH bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu; rasa macam kat Singapura! Lansung saya terus hubungi KDN! Sepatutnya setiap pekerja JPA, apalagi polis, hakim dan guru, mesti FASIH Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu! Temuduga juga mesti pastikan, dalam Bahasa Melayu dan Perlembagaan Malaysia, dikenakan peperiksaan bertulis dan lisan! Di Barat pun, para pekerja awam selalunya akan hanya berbahasa Bumiputera/Kebangsaannya seperti bahasa Peranchis, Jerman dsb dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, hanya jika perlu, untuk kecemasan jenyah dan sakit, dan rundingan burokrasi yang kompleks untuk imigran. Saya tidak pernah melihat bangsa Bumiputera contohnya di Jerman berbahasa Inggeris di pejabat awam, hanya akan berbahasa Jerman dengan bangganya, walau yang cerdik pandai. Dan setiap imigran, apalagi pekerja asing, akan dipaksa belajar bahasa Bumiputera/Kebangsaannya di kelas-kelas Integrasi, termasuk suri rumah.

    Dan juga K‘jaan BN kena pastikan yang setiap pelajar sekolah/universiti serta pekerja awam SETIA dan BERPENGETAHUAN pada perlembagaan dan sejarah Malaysia, serta hormat Islam, Raja-raja Melayu, dan sejarah serta hak BUMIPUTERA MELAYU dan BUMIPUTERA lain sebagai ORANG ASAL bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, terutamanya yang Islam (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Native/Indigenous/Tribal/Orang Asal/Aboriginal – yang haknya juga diktiraf dalam undang-undang antarabangsa dan di Barat sekalipun).

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top