SIKAP keanak-anakan dan tidak matang pembangkang yang diketuai oleh DAP makin menjadi-jadi. Sekiranya keputusan mahkamah tersebut memihak kepada mereka maka mereka dengan angkuhnya mendabik dada kononnya mereka berada di pihak yang benar dan mahkamah memang adil.
Namun apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka maka bermacam-macam kata kejian dan nista yang mereka lemparkan walaupun ianya tidak berkaitan dengan pihak tersebut.
Baru-baru ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menulis di twitter beliau: “Nampaknya jika kamu seorang PM yang ‘crooked’, apa yang perlu kamu lakukan adalah melantik seorang AG yang ‘crooked’ dan mahkamah tidak akan campur tangan.”
Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengenakan pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah memutuskan mahkamah tidak dapat campur tangan dalam perkara tersebut. Beliau selaku plaintif dinasihatkan mencari jalan lain. Malangnya Zaid mengulangi kata-kata yang sama terkandung dalam tweet beliau kepada para pemberita.
Susulan dari tindakan Zaid tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya beliau disiasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung tweet beliau tersebut. Memandangkan tweet Zaid itu berbaur hasutan dan mengelirukan rakyat maka sewajarnya lah beliau dikenakan tindakan undang-undang.
Pembangkang yang diketuai oleh DAP dilihat mengitar semula isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun semua siasatan yang terperinci telah membuktikan bahawa 1MDB bersih dari semua tuduhan mereka.
Begitu juga dengan isu sumbangan derma RM2.6 bilion yang cuba digunakan oleh pembangkang pimpinan DAP untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebenarnya kita tahu bahawa pembangkang pimpinan DAP kini menemui jalan buntu dalam meneruskan agenda mereka memandangkan beberapa pemimpin kanan mereka tercalit dengan tuduhan jenayah dan salahlaku rasuah yang mungkin akan mengakibatkan mereka tidak dapat “beraksi” dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....