'Minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan,' Zubaidi Ahmad |
Kuala Lumpur 9 Nov.- Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.
Anggota
Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Zubaidi Ahmad
berkata minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan
toksik tinggi yang sukar dihapuskan.
"Kandungan
toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran
darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai
penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.
"Minyak
masak kitar semula juga tidak terjamin dari segi keselamatan dan kebersihannya
kerana ia diperoleh daripada sisa minyak terpakai di restoran atau hotel,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dr
Zubaidi berkata walaupun telah dikitar semula termasuk melalui proses
pelunturan warna dan penapisan, ia masih tidak mampu menyamai kualiti minyak
masak baharu malah tidak selamat untuk digunakan.-BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....