Nuffnang

Minyak Masak Bernilai RM 17,042.00 Dirampas



Gambar Hiasan





TEMERLOH – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Temerloh merampas 3,315 kilogram minyak masak pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan tidak dilesenkan di Taman Perindustrian Temerloh, semalam.

Pengarah KPDNKK Pahang Saharudin Jali berkata rampasan bernilai RM17,042 dalam serbuan pada kira-kira 4.40 petang itu adalah yang terbesar direkodkan setakat ini di negeri ini sejak kenaikan harga minyak pada 1 Nov lalu.

Serbuan, katanya dilakukan hasil intipan dan siasatan rapi yang dilakukan dengan kerjasama pelbagai sumber termasuk pembekal minyak masak di Kuala Lumpur.

“Semasa anggota penguat kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaan di premis yang dilesenkan di bandar Mentakab, kita gagal menemukan sebarang bekalan minyak masak.

“Namun hasil risikan kita berjaya menjumpai minyak masak pelbagai jenama di dalam botol, berat antara satu kilogram hingga lima kilogram, disembunyikan di sebuah premis yang dijadikan stor di Taman Perindustrian Temerloh petang semalam,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Saharudin berkata semasa soal siasat dilakukan, pemborong memberikan alasan kononnya dia baharu sahaja menjadikan premis yang terletak kira-kira tiga kilometer dari premis yang dilesenkan itu sebagai stor penyimpanan baharu, empat bulan lalu.

“Perbuatan ini merupakan satu kesalahan kerana peniaga atau pemborong sepatutnya melaporkan kepada KPDNKK terlebih dahulu sebelum berpindah dengan mengemukakan dokumen asal alamat premis perniagaan dan sebagainya,” katanya.

Katanya Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta bagi kesalahan pertama atau RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya,, sementara bagi perbadanan pula boleh dikenakan denda maksimum RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua, jika sabit kesalahan.

Menurutnya sehingga kini, sebanyak empat kes menyorok minyak masak berjaya dibongkar KPDNKK negeri dengan melibatkan rampasan bernilai RM40,000.

“Rampasan dilakukan itu jelas menunjukkan terdapat peniaga dan pemborong menyorok bekalan minyak masak bagi tujuan mengaut keuntungan,” katanya dan meminta orang ramai tampil memberikan maklumat kepada pihak KPDNKK sekiranya mengetahui perbuatan menyorok minyak masak untuk diambil tindakan.

— BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top