CAMPUR TANGAN : Ini Pendedahan SPRM!!!
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan ada cubaan campur tangan dalam sesetengah siasatan yang dikendalikannya.
Walau bagaimanapun katanya, perkara itu tidak pernah menghalang SPRM meneruskan siasatan mereka.
“Sudah tentu ada campur tangan… ada campur tangan. Tetapi saya tidak akan benarkan campur tangan untuk menghentikan siasatan kami.
“Tidak pernah dalam sejarah, sejak saya mengambil alih operasi, kertas (siasatan) dihentikan ketika tengah-tengah siasatan,” katanya dalam video rasmi SPRM yang dimuat naik di Youtube.
Menerusi video dalam Bahasa Inggeris itu, beliau menegaskan di bawah pengawasannya suruhanjaya itu tidak pernah berhenti menyiasat kerana campur tangan mahupun arahan daripada sesiapa.
“Untuk perhatian, dari mula hingga sekarang, tiada siapa yang boleh campur tangan dalam siasatan kami, tiada siapa yang boleh mengarahkan SPRM untuk buat ini, buat itu, tidak ada. Siasatan adalah kuasa kita.
“Saya tidak akan membenarkan sesiapa untuk campur tangan, saya tidak benarkan pegawai saya menghentikan siasatan, sekali disiasat kita mesti menyelesaikan setiap kertas siasatan,” katanya.
Walaupun Shukri mengakui bahawa suruhanjaya itu boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan atau arahan, namun tidak ada apa yang boleh beliau lakukan bagi menentukan sesuatu kes berkenaan di bawa ke mahkamah.
“Saya tidak pernah mempersoalkan keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak mendakwa. Ini bukan kuasa saya, kamu perlu faham bahawa terdapat pembahagian kuasa antara penyiasatan dan pendakwaan,” ujarnya. - SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



st99 wtf 3 april 2025 sretthi99 24 top 93 by carme...

unifi dah boleh guna

fahmi cabar annuar musa jumpa penduduk kampung sg ...

pdrm china purge mbi network for xi jin peng visit

pemilihan pkr adun nafi tunjuk pistol pada pencaba...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....