Nuffnang

AMARAN IS : Bukit Aman Yang Tidak Lagi Aman!


Perjuangan apakah ini? Ini bukan ajaran Islam yang sebenar. Isĺam pentingkan toleransi dan keamanan. Kalau ia pun, kenapa tidak diserangnya Israel setiap hari kiri dan kanan? 
Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.”

Demikian amaran dari video propaganda rangkaian pengganas Negara Islam (IS) yang dikeluarkan Selasa lalu yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.

Video itu memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.

Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu New Straits Times lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.

Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi mereka sokongan dari jauh.

Sementara itu, Ayob berkata bahagiannya sedang menyiasat dua serangan yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas berkenaan.

Katanya, serangan itu termasuk kes seorang pelajar berusia 16 tahun di Kedah, yang bersenjatakan pisau 27cm dan pistol palsu, dan menjadikan seorang pembantu jualan berusia 27 tahun sebagai sasarannya.

"Budak itu telah menerima arahan daripada seorang anggota kanan IS rakyat Malaysia untuk melakukan serangan... jadi dia mengambil pisau dan cuba untuk membunuh perempuan itu hanya kerana dia seorang bukan Islam.

"Kami juga menahan seorang suspek dengan dua pisau Rambo di stesen LRT di Jalan Jelatek," katanya.

Ayob berkata penyerang sekarang biasanya menggunakan senjata tradisional dan bukannya senjata atau bom kerana ia lebih mudah dan sukar dikesan.
Share this article

1 Komen:

  1. Inilah.orang gila...kononnya.nak perjuangkan Islam tapi sebenarnya memperjuangkan nafsu serakah pemimpin mereka...kalau betul nak fisabillah sangat...kau seranglah negara Israel tu..yang terang2 merampas tanah dan hak orang Palestine... Ni tidak..nak diperangnya kafir yang tak memudaratkan dan polis kat Malaysia ni...memang gila..mcm Abu Sayaf...tu semua ada Rasulullah ajar umatnya culikborang yang lemah dah tu minta wang. Tak bayar kena penggal..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top