Nuffnang

APA CITER? Kenyataan Mengejutkan Mahathir Mengenai Anwar!!!


Kita semua mengetahui hubungkait Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim. Beliaulah yang membawa masuk Anwar ke dalam UMNO dan beliau jugalah yang "memasukkan" Anwar ke dalam penjara.
Tanpa perlu kita fikirkan secara mendalam, bayangkan perasaan ahli keluarga Anwar akibat peristiwa hitam tersebut. Wan Azizah, Nurul Izzah, Nuha dan yang lain-lain. Lebih perit, apa perasaan dan penerimaan Anwar ke atas Tun sendiri.

Memang dalam politik ni segala-galanya boleh berubah sekelip mata. Namun ia tidak semudah itu bagi kes yang melibatkan maruah dan kredibiliti seperti Anwar ini. Dalam hal ini, bukan pendirian Mahathir yang kita perlukan tetapi kenyataan dan pendirian Anwar ke atas mantan mentornya itu.

Apakah Mahathir telah lupa segala yang telah beliau lakukan? 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak lagi bermusuh dengan bekas anak didik dan seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara.

“Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar. Itu semua di masa lalu,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu temubual dengan Mehdi Hassan, pengacara program UpFront di Al Jazeera.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Anwar, dan menambah tidak punyai kuasa untuk membebaskan mereka yang sedang dipenjarakan.

Pernah dinamakan sebagai pengganti perdana menteri paling lama di Malaysia, Anwar – pada ketika itu timbalan perdana menteri – dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan seks luar tabii.


Ramai penyokong Anwar hari ini meletakkan tanggungjawab ke atas bahu Dr Mahathir di atas pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Bekas wakil rakyat Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya.

“Dia sekarang ditahan bukan kerana saya, tetapi kerana Najib,” kata Mahathir, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Meskipun negarawan ini mendakwa tidak lagi bermusuh dengan Anwar, pemimpin PKR itu masih berwaspada dengan bekas gurunya.

Pada Mei lalu, Anwar mengutuskan surat amaran kepada kepimpinan partinya supaya berwaspada dengan muslihat Dr Mahathir susulan pelancaran Deklarasi Rakyat, yang menuntut perletakan jawatan Najib dan perlaksanaan reformasi institusi di negara ini.

Melihat kepada senario sekarang, Anwar tidak pernah memaafkan Mahathir apatah lagi untuk bersatu kembali dengan mantan Perdana Menteri itu. 

Soalnya, apakah motif semua yang dilakukan Mahathir ketika ini?
Share this article

3 Komen:

  1. Anwar kedalam sebab menyontot jantan wei!!!

    BalasPadam
  2. Hasratnya nak memburukkan Tun M jadi sah melupakan segala perlakuan buruk Anwar. The enemy of my enemy is my friend!

    BalasPadam
  3. motif viral

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top