Nuffnang

TUTUP MULUT ATAU DIGANTUNG - Pesanan Nazri Buat Muhyiddin


Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tutup mulut daripada mengkritik Perdana Menteri atau berdepan digantung jawatan dalam parti.

Memetik laporan Malay Mail Online, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, beliau memberi peluang terakhir kepada Muhyiddin untuk berhenti mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ini amaran terakhir kepada Muhyiddin. Kita tidak lagi terima sikapnya.

“Jika beliau tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan dan berterusan menyerang Presiden parti, saya akan usulkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya menggantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden,” kata Nazri seperti dilaporkan portal itu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, sebagai pemimpin nombor dua, tugas Muhyiddin adalah membantu Presiden menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Nazri juga menasihatkan Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet Julai lalu supaya berhenti menyifatkan dirinya sebagai ‘pemimpin yang diutuskan tuhan’ untuk menyelamatkan Malaysia.

Katanya, sikap angkuh Muhyiddin menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak disukai dalam parti.

“Jangan terlebih yakin anda kuat. Delegasi UMNO yang mengundi anda dalam pemilihan lalu tidak ambil peduli pun apabila anda digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya salah seorang daripadanya (delegasi yang mengundi Muhyiddin). Kebenarannya ialah Muhyiddin tidak berfungsi sebagai Timbalan Presiden seperti yang diharapkan,” kata Nazri.

Sabtu lalu, Muhyiddin memberi amaran kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan MT agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap dirinya jika tiada bukti beliau melanggar peraturan dan Perlembagaan parti. - SUMBER
Share this article

6 Komen:

  1. Ganton-gantonglah, ada aku kisah balas Mahyidin.
    Delegasi umngok tak mahu undi aku takpa, aku jadi CALON BEBAS.
    Kita tengoklah, nak ke rakyat undi umngok kalau 1 lawan 1.
    Shahril Samad dah buktikannya di JB semasa dia jadi calon
    bebas. AKu pun nak bukitkan juga, adakah rakyat tolol macam
    yang ko fikir, Nazri. Engkau sendiri pun nyawa di unung tanduk.
    Jadi, jangan terlalu yakin sampai menjadi angkoh.

    BalasPadam
  2. Takut akan KEBENARAN...????

    BalasPadam
  3. NAZRI. Cakap pun x guna....terus jer mohon sembah menghadap Najib dan mohon perkenan supaya TSYM dipecat serta merta dari UMNO. cakap berdegar degar tapi sebenarnya hang yang merupakan liabiliti pada UMNO itu sendiri

    BalasPadam
  4. WA CAYA LAH LU BRO DLM UMNONGOK NI LU SORG JE YG BERANI BERSUARA YG LAIN SEMUA TAKDA TELOR. NAK JAGA PERUK NASI LA SGT..TP JGN CKP JE BRO BERDEGAR2 KASI BUAT LAH TGK.. JGN JD MENTERI AMARAN JE..

    BalasPadam
  5. LU TAK PAYAH CAKAP SAJA LO....PI MENGHADAP SEMBAH NAJIB MOHON PERKENAN UNTUK PECAT TSMY....LU DARI DULU MANYAK BISING SERUPA SAMSENG

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top