Nuffnang

ANCAMAN PENGGANAS : Australia Dan Britain Keluar Amaran Ke Atas Kuala Lumpur


“Kami sudah meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan yang sering dikunjungi orang ramai dengan bantuan tentera di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah tambahan berjaga-jaga dan memberi amaran kepada polis mengenai apa-apa yang mencurigakan.”

Itu kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa susulan nasihat kerajaan Australia di laman webnya hari ini menggesa rakyat negara itu lebih berhati-hati terhadap ancaman serangan pengganas di dalam dan sekitar Kuala Lumpur.

Serangan boleh menyasarkan kepentingan Barat atau lokasi yang sering dikunjungi warga Barat sekali gus Australia menasihatkan warganya mengamalkan langkah-langkah keselamatan di seluruh Malaysia.

Britain pada minggu lalu mengeluarkan amaran terhadap perjalanan ke pulau-pulau di pantai timur Sabah, memetik ancaman tinggi kepada penculikan dan jenayah terhadap warga asing.

Jabatan Negara Amerika Syarikat bagaimanapun tidak memberikan nasihat perjalanan khusus untuk warganya berhubung Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar menyatakan bahawa Malaysia sentiasa akan memaklumkan kepada misi asing mengenai sebarang perkembangan isu keselamatan.

“Kami mengakui hakikat bahawa misi asing bebas untuk memberi penilaian mereka sendiri berhubung keadaan keselamatan di negara-negara tuan rumah, sekalipun mungkin faktanya tidak tepat atau memberi gambaran keadaan sebenar,” kata jurucakap yang enggan dikenali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 18 Januari berkata, Malaysia akan kekal dalam keadaan berjaga-jaga sambil pihak berkuasa meningkatkan langkah memastikan keselamatan negara.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top