Nuffnang

GANTUNG MUHYIDDIN : Hishammuddin Sangkal Dakwaan!!!


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyangkal dakwaan Timbalan Ketua Umno bahagian Pagoh bahawa beliau bertanggungjawab membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti.

Beliau berkata sebaliknya, keputusan itu dibuat secara bersama oleh semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dengan bersandarkan kepada pendirian parti.

"Pada mesyuarat MT Umno semalam, kebetulan presiden dan naib presiden pertama mengecualikan diri... maka saya yang paling senior untuk mempengerusikannya (mesyuarat).

"Saya nak sahkan di sini bahawa keputusan mesyuarat dibuat selepas berbincang secara terperinci dan ia dibuat secara konsesus melibatkan semua anggota MT Umno termasuk dari Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed yangmembidasnya dan beberapa pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan MT Umno menggantung jawatan Muhyiddin.

"Tiada sebab kita nak tuding jari kepada mana-mana pihak... kita lakukan ini dengan harapan memikirkan hala tuju parti untuk berhadapan situasi buruk atau baik sebagai satu pasukan.

"Sememangnya, keputusan semalam tidak boleh puaskan hati semua pihak. Tugas dan tanggungjawab timbalan presiden selain bantu parti adalah bantu presiden... bila tidak dapat bantu, kita terpaksa gantung dan keputusan itu adalah wajar dan adil," jelas Hishammuddin.

Semasa bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam, MT Umno sebulat suara memutuskan untuk menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan keputusan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti.

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top