Nuffnang

SEDIHNYA : Ke Mana Perginya Pegawai Dan Pejabat Zakat, JKM?


Semalam admin mendapat mesej dari seorang ibu muda meminta bantuan......."puan..saya dlm kesusahan, saya x mampu beli susu utk anak saya....tolonglah saya.....

"Saya ada 7 org anak, 3 drpd nya OKU, 2 mengidap tallasemia...kami tinggal dlm pondok kecil di tepi hutan"

Bila admin tanya..dr mana dia dapat nombor admin.., katanya seorang rakan menyuruh dia mendapatkan bantuan dr Kasih Hawa dlm facebook. 


Setelah mendengar cerita secara ringkas..admin membuat keputusan utk menziarahi keluarga ini...Rumah mereka terletak di Kemubu dekat dabong , Gua Musang..

Agak jauh ke pedalaman...menyusuri rel keretapi..hingga ke kwsan hutan...Bila admin sampai kelihatan sebuah bangsal kecil yg sgt usang di celah2 pohon getah..agak terlindung dari pandangan.Sungguh sayu melihat titi kecil yg dibina merentangi parit dalam utk ke rumahnya..

"Ini lah laluan kami bila ada hujan...air akan bertakung di dlm parit yg dalamnya kira-kira 9 kaki ." Jika tidak ada hujan kami turun melalui parit ini...


Bila admin sampai ke rumah mereka yg selayaknya di panggil bangsal...kelihatan riuh rendah anak2 mereka sedang mengulangkaji pelajaran...

Oleh kerana tiada ruang yg selesa di bangsal..anak2 mereka hanya duduk di bawah pokok di depan rumah dgn hanya beralaskan tikar...tiada secalit pun rasa malu di wajah anak2 itu...

Sebaliknya mereka hanya ketawa sesama mereka berbual sesuatu ttg buku mereka..Sungguh admin kagum semangat ibu kpd 7 anak ini yg masih mampu memberi didikan kpd anak2 walaupun dlm keadaan melarat sebegini..



Admin naik meniti 3 anak tangga ke dlm rumah mereka...kelihatan sebuah ruang yg sgt sempit..tetapi semuanya tersusun kemas dan rapi..perlahan2 admin memijak gelegar buluh takut kalau2 runtuh..patutlah..anak2 di suruh bermain di luar rumah...

Menurut siti lagi....bangsal ini sebenarnya rosak teruk akibat banjir...sudah lama x diduduki..suami nya meminta kebenaran membaiki dan tinggal sementara di situ..Dulu mereka menyewa ttp akibat perbelanjaan yg meningkat utk rawatan anak..mereka tiada pilihan lain selain pindah ke bangsal buruk ini.Lihatlah...anda lihatlah sendiri...admin dah merakamkan segalanya...

Menurut Siti, mereka anak beranak dah selalu berpindah randah...dr merata tempat..hanya krn nasib mrk mempunyai 3 org anak OKU..

Org kampung x suka...anak2nya mempunyai sikap yg berubah2..kadang2 ok..kadang2 jadi garang sampai bergaduh2...

Pergi sekolah pun cikgu x tahan...di suruh berhenti..Sekarang baru mula belajar di sekolah pendidikan khas berhampiran..baru 3 hari...Tp katanya..utk ke sekolah anak2nya perlu tambang rm1.50 seorang...

Jika hasil menoreh suaminya sedikit anak2 OKU itu x akan ke sekolah... Bertambah malang lagi anak ke 6 dan ke 7 pula di sahkan mengidap tallasemia...baru sahaja keluar wad...

Katanya dia terpaksa berikan susu sejat yg di bancuh cair utk mereka menyusu..kerana tiada wang utk membeli susu tepung.

Menurut doktor yg merawat anak2 nya..penyakit itu akan bertambah teruk jika anak2 nya meminum susu sejat namun apakan daya....

Menurut siti lagi, keluarganya tidak pernah mendapat bantuan dr mana2 pihak...Jika kehabisan beras dia akan meminta pd tuk imam Zaki di kampung itu...

Tapi kadang2 mereka menahan sahaja lapar krn segan asyik meminta...

Sebelum pulang admin memberi sedikit sumbangan...Ttp admin terkilan krn tak sempat membeli bekalan makanan kpd mrk krn mengejar masa...In sha Allah..kami akan ke sana lagi..Admin pulang dgn air mata dipipi..terasa seperti menonton kisah sedih di televisyen...tak sangka ianya adalah kenyataan.

Marilah kita sama2 mewar2kan...biarlah mereka mendapat perhatian yg sewajarnya..Admin akan pastikan mereka keluar dr bangsal itu...mendapat bantuan kewangan setiap bln dari JKM...dan anak2 nya yg mengidap tallasemia mendapat rawatan yg sempurna !

jika anda prihatin tolong viralkan sebanyak mungkin biar pihak berkenaan tahu rakyat susah ini, biar pusat zakat dan Baitulmall tahu kerjasama anda sangat diperlukan.

Credit: : https://www.facebook.com/suzamre.cheseman/posts/970047523051336
Share this article

2 Komen:

  1. Saya lama dah kata Pusat Zakat bangga kumpul duit saja

    BalasPadam
  2. Bukan kah elok sekiranya ada blogger seperti tuan admin yang buat website yang khusus hanya menyiarkan maklumat keluarga yang daif seperti ini dari seluruh negara? Untuk mendapatkan maklumat tak susah sebab orang ramai perihatin yang ada dipersekitaran kawasan mereka boleh menyalurkan maklumat-maklumat kepada admin. Maklumat yang sebegini harus dirujukkan terus kepada pusat baitulmal yang paling hampir dengan lokasi tempat mereka. Disamping itu admin boleh update status samada keluarga yang daif itu sudah mendapat perhatian yang diperlukan dari pusat baitulmal atau belum?

    Saya pasti pihak baitulmal pasti akan menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan lagi. Manakan tidak? Tidak mereka (Baitulmal) akan sedar bahawa mereka sedang dipantau oleh seluruh rakyat (Islam) Malaysia perihatin?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top