Israel menyatakan permohonan maaf Khamis lalu atas tindakan keterlaluan seorang diplomat muda kedutaan negara tersebut yang didakwa menggunakan bendera Singapura sebagai alas meja dalam sebuah parti.
Media tempatan melaporkan kementerian luar Singapura telah memanggil duta Israel selepas satu laporan polis dibuat mengenai insiden yang berlaku Ahad lalu dan identiti diplomat tersebut telah didedahkan.
“Kedutaan Israel di Singapura amat kesal dengan tindakan keterlaluan yang ditunjukkan oleh salah seorang staf muda mereka dan dengan ini memohon maaf,” ujar kedutaan Israel dalam satu kenyataan media.
Ketua pengarah kementerian luar Israel dikatakan “telah mengarahkan tindakan disiplin yang tegas akan dikenakan” ke atas diplomat tersebut.
Kenyataan tersebut juga menjelaskan tindakan disiplin itu menggambarkan “ketegasan Israel dalam memandang insiden tersebut, terutama sekali dari aspek keakraban dan hubungan persahabatan antara Singapura dan Israel.”
Kementerian luar Singapura berkata "salah guna bendera Singapura merupakan satu kesalahan besar" dan mengalu-alukan permohonan maaf kedutaan tersebut dan jaminan mereka bahawa diplomat tersebut akan dihukum.
"Semua orang, termasuk para diplomat dan warga asing di Singapura, wajib menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan kami," tambah menteri luar tersebut.
Kedua-dua kenyataan rasmi dari Singapura dan Israel tidak menjelaskan butiran insiden berkenaan namun media tempatan menyatakan insiden tersebut merujuk kepada bendera Singapura yang digunakan sebagai alas meja dalam sebuah parti yang dianjurkan oleh diplomat di kondominium beliau di Singapura.
Seorang netizen yang memuat naik foto insiden berkenaan mengatakan beliau amat terkejut melihat sekumpulan orang berkulit putih yang “sememangnya menggunakan bendera Singapura kita sebagai alas meja!”
Kawan baik...saling bermaafan. Singapore sayang Israel, Israel sayang Singapore. Macam sial dua2 ekor laknat tu.
BalasPadam